Powered By Blogger

Sunday, January 30, 2011

Belajar di TBS

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.


Sempena cuti Tahun Baru Cina tahun ni,saya mengambil keputusan utk balik ke Tangkak memandangkan saya mempunyai cuti selama 9 hari. Mula2 saya ambik keputusan nak  booking penerbangan pada malam 28 Januari memandangkan malam tu ada tiket penerbangan tambang promosi tapi sebab saya terlalu sibuk dengan assignment dan lab report yg melambak-lambak,akhirnya promosi tu terlepas gitu saja tanpa sempat saya menempah tiket tu. 

Akhirnya saya ambik keputusan utk balik naik tren Ekspres Langkawi. Saya memang merupakan salah seorang penumpang setia tren ni,sampai makcik yg jual tiket kat stesen KTM Arau tu pun dah kenal saya. Dan dia lah yg mengajar sy macam mana nak beli tiket last minute time musim perayaan. Time saya datang beberapa hari sebelum tarikh saya nak balik tu,tiket dah sold out.. So makcik tu bagitau kalau nak beli tiket yg ada seat,datang time pagi hari perjalanan sebab biasanya pihak KTMB mesti ada tambah gerabak pagi tu kalau tiket dah sold out. Jadi pagi2 28 Januari tu saya dah dok terpacak depan kaunter tiket tu dan nak dijadikan cerita,akhirnya saya dapat jugak beli tiket dengan seat.

Ekspres Langkawi dari gerabak paling depan

Lebih kurang pukul 7 malam,tren ni bergerak meninggalkan pekan Arau yg di'cintai' tu. Dari mula tu sampai lah tren berhenti kat Bukit Mertajam,nak ditakdirkan seat sebelah saya tu ialah student perempuan sama universiti dgn saya,agak cute jugak la..tapi saya tak berani nak berborak sangat. Kang tak pasal2 dia cakap saya nak mengurat dia pulak..huhu

Sejak kebelakangan ni,tren KTM dah mula menepati masa. Tren yg saya naik tu pun sampai kat KL Sentral lebih kurang pukul 5.45 pagi,cuma lewat 5,6 minit saja dari jadual asal...

Monday, January 24, 2011

Hot Tiket

Salam.

Sejak diperkenalkan oleh seorang kawan,sy dah mula beralih pada sistem Hot Tiket ni. Utk pengetahuan anda,setiap kal kita topup RM15,kita akan dapat 120 minit masa berbual dan 300 sms serentak. Ada kwn2 yg tanya kenapa sy sangat suka menggunakan hot tiket ni? ok..kat sini sy tuliskan jawapannya.

Sebab pertama: Dengan menggunakan hot tiket ni,sy dapat jimat duit utk mentopupkan handset sy. Kalau topup cara konvensional,bila kita topup RM15,kita boleh buat panggilan maxis-maxis dengan caj serendah 12 sen(sy ambil caj yg rendah). Ini bermakna dengan RM15 tu kita hanya boleh membuat panggilan selama 100 minit je tapi dengan Hot Tiket ni sy dapat 120 minit masa berbual. 

Dan,yg paling menarik 120 minit tu bukan hanya utk panggilan maxis ke maxis saja tapi juga panggilan dari nombor maxis ke operator tempatan yg lain contohnya Celcom dan Digi dan jugak talian tetap (ala...telepon yg guna line kt umah tu). Bermakna kalau sy call nombor celcom dan digi selama 10 minit,masa panggilan yg sy dapat tu pun akan berkurang 10 minit jugak..not more,not less.. 

Lagipun masa sy call nombor tu kredit sy tinggal RM0.10 je,mustahil lah ada caj tersembunyi. Dari mana dia nak tolak caj tu kan? Hahaha


Sebab yg kedua: Bukan hanya jimat caj panggilan,tapi juga caj sms. Setiap kali kita hantar sms ke mana2 rangkaian,ianya hanya akan tolak jumlah mesej yg kita hantar saja. Setiap kali bila topup guna Hot Tiket ni kita juga akan dapat 300 sms.

Katakanlah sy telah menghantar satu sms ke nombor Celcom dan satu ke nombor Digi..bermakna jumlah 300 sms yg sy dpt tu akan berkurang kepada 298 sms saja. Sedangkan kalau ikut caj konvensional satu sms ke nombor rangkaian lain akan menelan RM0.15 hingga RM0.35. 

This is Hot Tiket

Sebab ketiga: Sebelum 31 Januari ni,dengan membeli sekeping Hot Tiket bernilai RM15,kita dapat membeli sekeping Pan Pizza Personnel (saiz 6'') dengan harga RM1 saja. 

Dan yg pastinya promosi drpd Maxis ini berjaya menarik minat sy utk menggunakan Hot Tiket nih. Ye la..sape la yg senang2 nak bagi pizza murah macam tu. Actually harga pan pizza 6'' tu mencecah belasan ringgit tau tak. Kira ok la tu dapat beli murah.. Campur2 tax pun baru RM2 ke RM3 je. RM15 tolak dengan RM2,bermakna kita dapat pulangan balik duit2 kita tu sebanyak RM13...wahhh!!!banyak tu....heheh..

Jadi kepada sapa2 yg nak try guna Hot Tiket ni,sila cuba..pasti anda tak menyesal. Tak usah risau,tak usah takut,sebab sepanjang pengalaman sy menggunaka line Maxis,baik prepaid ni mahupun Maxis broadband,tak pernah lagi sy ditimpa kesusahan yg amat teruk seperti yg pernah menimpa sy ketika mendaftar dengan Telco C lebih setahun lepas. Maxis Broadband pun ok,tak pernah lagi mendatangkan masalah pd sy even sy terlewat byr bil lebih 2 bulan..hehe

Bacaan speedtest menggunakan Maxis Broadban sy


Tuesday, January 18, 2011

Untitled



Page kat atas kelihatan comel dan menarik. Sy jugak suka tengok gambar lebah yg comel tu..haha

Tapi utk si pembooking tiket,ianya agak memfrustkan jugak. Lagi2 kalau setiap kali proceed nak booking tiket tu keluar page mcm ni. Bila tekan button ''i would like to try again'' tu dia akan back balik pada page select flight, maknanya nak tak nak tepaksa la kita repeat balik masukkan maklumat2 yg diorang mintak tu.  

Time sy nak tempah tiket penerbangan tadi (kebetulan ada promo..hehe),jadi jugak perkara cm tu. Tapi tak boleh la salahkan pihak AirAsia. Biasa la tu,rakyat Malaysia kan memang sukakan promosi..hahaha. Dan utk memastikan sy dapat beli jugak sebab tarikh tempah-menempah tu berapa hari je lagi habis,sy teruskan merepeat dan merepeat sampai akhirnya dapat jugak tempah tiket tu....


....dengan hanya RM20.50. Iye,,dua puluh hinggit lima puluh sen saja. Kalau tiket bas ni mau2 RM50++..huhu.. 


Actually ni lah first time sy menempah tiket penerbangan sendiri. Sebelum ni kawan sy yg tolong buatkan. Kalau tiket bas tu,selalu la jugak beli sendiri. Oleh sebab tak nak susahkan dia,maka sy pun ambik lah inisiatif belajar menempah sendiri..huhu


Sunday, January 16, 2011

Perubahan Jadual Perkuliahan 2011

Baru2 ni beberapa berita yg tak brapa enak didengar tersebar antara student UiTM Arau. Salah satunya ialah berkenaan cuti semester yg dipendekkan. Mula2 sy xmau percaya sebab belum ada statement drpada HEA. Beberapa hari lepas masa bukak student portal,sy terpandang notis ini:


Ok2..nmpaknya HEA dah keluarkn notis ini. Bagi pelajar pra-diploma,diploma dan asasi,cuti hujung semester Januari-Mei 2011 akan bermula pada 8 Mei 2011 dan berakhir pd 29 Mei 2011. Bermakna cuti utk mereka2 ni cuma lebih kurang 3 minggu saja. Dan drpd kenyataan ketua program EC bila sy tanya lebih lanjut, perkuliahan intersesi atau famousnye dipanggil shortcourse xkan dijalankan lagi. Ianya depend pd kampus. Kalau diorg decide nak buat,maka ada lah shortcourse tu. Utk kampus Arau,beliau kata stakat ni tak ada cadangan utk teruskan shortcourse kat kampus tersebut. Kelas utk sesi Mei-Oktober 2011 akan bermula pd 30 Mei 2011 hingga 13 September dengan cuti pertengahan semester pd 16 hingga 24 Julai 2011. 

 ''Student registration  according to group occurs within the period  of 3 weeks before the lecture commences.  The details are given in the Academic Calendar of each session which can be viewed from the Academic Affairs portal.''



Dan cuti kedua sperti yg semua dah tau ialah pd 27 Ogos 2011 hingga 4 September 2011 iaitu cuti Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan. Cuti ulangkaji akan bermula pd 14 hingga 18 September 2011 dan peperiksaan akhir pada 19 September 2011 hingga 9 Oktober 2011. So...sape2 yg nak tempah tiket pnerbangan tu boleh la tempah mulai sekarang ye. Dan khas utk sape2 yg nak mengambil peperiksaan MUET pd sem depan, peperiksaan MUET akan berlangsung pd 19 November 2011,iaitu sehari sbelum cuti sem tamat pd 20 November 2011. 




Oleh sbab shortcourse dah dimansuhkan,En. Mukhlis mencadangkan kpd sesiapa yg ada repeat byk subjek supaya memilih utk extend atau ambil part 7 instead of mnyumbat smua subjek dlm sem 6. Ia supaya tak membebankan si repeaters apabila cuba menyumbat-nyumbat semua subjek yg tak sempat ambil pada sem 6 dan mnyebabkan keputusan teruk. Lagipun utk penyambungan ke program ijazah,diorg tak tgok brapa sem korang repeat. Kalo repeat smpi sem 8 pun,tpi CGPA tinggi,diorg akan terima jugak anda ke program ijazah..


Manakala utk program ijazah pulak,cuti semester utk sesi Jan-Mei 2011 bermula mcm biasa iaitu pd 8 Mei 2011,dan diorang bolehlah mula mencari-cari kerja yg boleh dilakukan masa cuti nnti. Agak rugi kalau diorang tak pergi kerja sebab cuti utk program ijazah ialah 4 bulan disebabkan berlaku penyelarasan kalendar akademik IPTA yg dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Utk maklumat lanjut mengenai penyelarasan kalendar akademik IPTA,sila klik sini.


Jadual Perkuliahan utk pelajar Degree,Master dan Doctoral(tak tau nak translate)

Beware of virus !

Pernah tak masa korg klik pd link (especially bila search kat google),ia akan keluar skrin mcm kat bwh ni:


Ianya sebijik mcm skrin My Computer Window XP. Semalam masa sy tgah mncari gali bahan2 utk assignment kat Encik Google,sy telah mengklik pd salah satu link drpd search result tu dan secara otomatiknya terkeluarlah webpage mcm kat atas. Dan nasib baik lah sy jenis yg suka tgok2 dan baca2 dlu,jdi sy dpt perasan ianya adalah palsu dan dusta2 belaka...dan sy terus tutup page trsebut. Lagipun sy mnggunakan OS Window 7,takkan tetiba je keluar My Computer Win XP pulak. Agak tak logik di situ...haha. 


Agak2 apa jadi kalau kita tekan butang ''REMOVE ALL'' tu ye? Kwn sy pernah scara tak sengaja tertkan butang tu,dan hasilnya bukan saja virus kat dlm laptop dia dibuang,malah website tu menambah pulak virus baru kat dlm laptop dia. Maklumla..time tu sy tak pernah tgok lgi page penipu ni. Tambah pulak kwn sy pnya laptop mmg guna Window XP,lagi lah mudah ditipu. Haha
Dan kalau korang ragu2 tntang mna2 website dan nak try security website tu,korang hanya perlu copy URL webpage dan paste kat laman web http://safeweb.norton.com/ . Kpada siapa yg nak try tngok2 page tu,boleh lah taip URL juxvrmow.co.cc/?id=6abQDY3 kat adress bar korang ye dan tngok apa yg berlaku. 
* ! Peringatan ! : Cuma bukak page je. Jgn memandai pulak nak tekan apa2 button kat situ. Segala risiko adalah tanggungjawab anda sndiri. 
Kat bwh ni ialah hasil utk website trsebut slepas sy test kat laman web Norton.
Stiap kali terjadi mcm ni,sy mnjadi takut sikit. Knapa? Sebabnya ianya tak mustahil berlaku pd laman perbankan online mcm CIMBClicks dan Maybank2U. Dan ianya mmg dah berlaku. Sy jugak merupakan slh seorg pmilik akaun CIMBClicks dan kwn sy telah mnerima emel sperti di bwh:

Dear Valued CIMB Customer,

After our scheduled account maintenance, for security reasons, access to your account has been restricted. To avoid account deactivation, your immediate response is required to restore immediate access to your account by following the below secured location.

http://www.sd-clicks-alerts.com/CIMB-Online.htm

You account will be disabled if access is not restored within the next few hours.

Sincerely,

CIMB Bank Group

Nampak macam real je emel ni. Tapi awas! Pihak bank takkan mintak pelanggan membuat apa2 urusan melalui emel. Wesite tu akan mintak data akaun online anda dan mnggunakannya utk mentransfer duit2 anda ke akaun mereka. Jadi,kalau terima emel macam ni nnti,apa yg anda perlu buat ialah anda boleh delete ia jika rasa emel ni mngganggu ataupun simpan saja utk dijadikan kenangan. Pengajarannya,bkn saja di jalan raya perlu berhati-hati,kat dalam internet pn kena hati2 jugak. Silap langkah,merana la..

Monday, January 10, 2011

Kisah seorang pengutip sampah

Pristiwa ni brlaku pd sy bberapa hari lpas. Sy dh tmbah sdikit perasa kpd crita ni supaya ianya lbih ok utk ditulis di sini   :)

Mr A bngun tidur pagi td, dia trdengar bunyi lori sampah lalu tepi rumah. Mr A ni terus mencapai sampah2 yg dah siap dibungkus elok-elok dan bawak keluar rumah. Dan tnpa rasa segan silu Mr A terus bwk plastik sampah tu ke belakang lori dan buang kat belakang lori tu. Jirannya,Mr B yg mrupakan seorg yg brpangkat berasa pelik melihat perbuatannya itu terus memanggilnya dan bertanya soalan berikut:
Mr B: Knapa awak pegi hantar sndiri sampah tu?Kenapa tak sruh diorg je dtg amik smpah awk tu?
Mr A: Sbabnya sy agk kesian pd org yg kutip tu. Dh lah dia penat datang   mengutip sampah yg berat tu kat stiap rumah,lepas tu sy pulak mngada-ngada nak bagi kat dia je sedangkan sy mampu pegi buang sendiri..huhu.
Mr B: Awak tak rasa segan pegi buang kat lori tu?  
Mr A: Knapa sy msti segan? Sy lngsung tak segan,malah sy amat2 mnghormati org yg datang memungut sampah tu. Sepatutnya smua org kena hormat dgn mereka jugak.
Mr B: Kenapa sy kena hormat mereka?
Mr A: Sebabnya diorg dtg kutip sampah dgn jujur dan ikhlas,tak pernah ponteng tugas(kecuali bila lori rosak). Diorg tak prnah ckp ''jemu la asyik dtg rumah kau je amik sampah''. Dan shingga hari ni sy tak pernah  dgr diorg merungut psl gaji kecik. Oleh sbb tu,sy amat kagum dan hormat pd diorg.
Mr B: Mmemang lah gaji kecik. Sbb peranan diorg bukannya penting sgt kpada kita.
Mr A: Knapa awak ckp mcm tu? Awak tak sedar ke apa akan jadi kalau diorg tak wujud kat kwsan kita ni? Smpah2 berselerak,penduduk buang smpah merata-rata dan ke dlm sungai,mnyebbkan sumber air bersih trcemar dan waktu tu kita hanya boleh minum air yg bertoksik saja. Dan diorg lah yg byk mnyelamatkan alam sekitar kita dgn cara mncari bahan2 yg boleh dikitar semula dan mnghantarnya ke pusat kitar semula. Kalau diorg tak ada,mesti bumi dh dipenuhi smpah skarang ni. Adakah awak nak sekeliling rumah kita ni mnjadi tempat buang smpah?
Mr B: ....


Pengajarannya,lpas ni elakkan lah drpada mngutuk dan mmandang rndah org2 yg dtg mengutip smpah ya. Sy tau semua yg mmbaca blog ni tak prnah brbuat begitu kan...   :)

Cerita Cik Ti dan Miss N

Lepas 2 jam prjalanan yg memenatkan,akhirnya sy smpai kat rumah sewa sy di Repoh ni. Sebulan lebih dah tinggal tak ada orang duduk situ. Hajat di hati sampai kt rumah nak qada tido yg terganggu sepanjang prjalanan malam tadi,tapi bila bukak je pintu rumah...uwaaaa....rasa macam nak pitam tgok keadaan rumah. Bersepah macam baru lepas banjir,taik tikus pulak penuh kat lantai,meja,dan ntah mana2 lagi...pendek kata semua tempat yg mendatar ada la taik tikus tu. Geli betul tngok taik dia yg bujur2 tu....siot punya tikus. Terpaksa la sy mnumpang tidur kat rumah kawan.huhu..
Petang tu kebetulan ada pasar malam,sedang kami jalan2 kat pasar tu,nk dijadikan crita,terjumpa la dgn pakcik jual sangkar tikus...so kami beli la sebijik sangkar...ala..sangkar yg empat segi yg ada pintu otomatik tu... Malam tu jugak letak kat penjuru bilik. Esok pagi bangun tidur dh ada hasil tangkapan. Mmang brkesan ahh sangkar nih..padan muka kamu Cik Ti..haha

Ratatouille

Ok2...kes Cik Ti dah mula nak selesai dah..depa pun dh tak brani datang ke istana kami nih sebab takut kena seksa mcm kwn dia yg masuk jerat tu..haha.. Tapi satu lagi yg tak bole tahan ialah Miss N (nyamuk). Knape semua org sgt benci nyamuk? Jwapan yg basicnya ialah diorang ni suka sgt gigit org masa tidur dan jaga..tak kira waktu,mesti Miss N ni sentiasa mnemani kita. Housemate sy ada beli ridsect utk kurangkan kroni miss N. Agk brkesan jugak la kepada nyamuk dan kpada sy juga,sbb sy mengidap G6PD deficiency dan amat alah pd chemical2 nih. Biasalah dah duk ramai, tiba2 je terdedah ngan semburan ridsect ni, direct plak tu..dalam duk ramai2 xtau sape yg jd tukang sembur (time tu tgh tdo)..bgn pagi trus sakit kpala..risau jgk..kalo bole dh xnak dh dduk wad.serik ooo... 


Tapi spatutnya bukan sy saja yg kena jaga2 bab pnggunaan racun ni,yg normal pun kena jaga2 jugak. Ye lah,hari2 direct je hidu benda tu, awl2 mmang xda apa2, nnti kalo dh jadik ape2 nnti,kan ke mnyesal sumor idup. Ada crita yg sy dgr racun serangga ni bleh mnyebabkan kanser kalau kita sedut slalu. Betul ke?.. xtau la.huhu.. Jadi kat sini sy dh siap tulis langkah-langkah pencegahan/keselamatan penggunaan racun di rumah:

- Racun hendaklah disimpan dengan selamat sebelum dan selepas digunakan untuk menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
- Seelok-eloknya simpan di tempat yang tinggi dan tidak dapat dilihat oleh kanak-kanak.
- Tempat simpanan yang berkunci dan jangan simpan bersama bahan-bahan makanan dan minuman.
Simpan dalam bekas asal racun tersebut dan jangan pindahkan ke dalam bekas lain.
- Tempat racun diletakkan hendaklah tidak mudah dilihat oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
- Gunakan bekas khas untuk menyediakan racun tikus dan jangan sekali-kali gunakan bekas itu untuk   menyediakan makanan.
- Jangan sediakan racun tikus dengan tangan dan sebaiknya cuci tangan selepas menyediakan racun tersebut.

- Gunakan racun semburan 20-25 minit sebelum masuk tidur.

- Elakkan daripada terdedah atau menghidu asap atau wap racun terutamanya bagi pengidap alahan, G6PD dan anemia.

- Sebelum menggunakan racun semburan pastikan tiada sesiapa di situ dan segala permainan kanak-kanak disimpan ke tempat lain.
- Pastikan ubat nyamuk (lingkaran) digunakan dalam bekas yang sesuai dan jauhkan dari sebaran bahan yang mudah terbakar.

Actually sy bukannya pembenci ridsect atau yg seumpama dengannya,tapi cuma berhati-hati saje. Ianya selamat digunakan,dgn syarat kena la ikut peraturannya. Tu je.....