Powered By Blogger

Tuesday, February 1, 2011

Banjir..banjir dan banjir lagi

Sempena cuti Tahun Baru Cina ni,sy mempunyai cuti selama 9 hari dan selamat sampai kat umah sy yg tercinta ni pd pagi Jumaat lepas,sejam sbelum orang2 Tangkak mula semayang jumaat. Selalunya emak sy ajak pergi kebun time cuti ni,at least ada la jugak keje nak dibuat. Tapi sejak balik hari tu sy tak berkesempatan utk melihat sinaran haba dari Encik Matahari sebab hari2 asik hujan je. Dari pagi,sampai ke malam,membawak ke pagi balik asik ujan je. Nak keluar rumah pun susah. Hari2 duk dalam selimut sambil ternak lemak pun bosan jugak tau. 
  
Akibat dari tindakan kumpulan hujan yang langsung tak menunjukkan kesudiannya utk berenti turun ke bumi selama beberapa ratus jam,kebanyakan area kat Johor, Negeri Sembilan dan Pahang dah dilanda banjir lagi. Banjir kali ni hampir2 menyamai banjir besar lebih empat tahun lpas iaitu pada Disember 2006. 

Time sy menonton laporan pasal banjir ni kat Buletin Utama,sy terfikir betapa bertuahnya sy sebab di mana bumi sy pijak,di situlah dia nak banjir. Akhir tahun lepas,masa sy tengah busy dengan persiapan utk final exam kat Arau,seluruh pekan kecik tu dinaiki air. Semua jalan keluar dari rumah sewa sy kat Repoh, Kangar dah ditenggelami air. So masa yg ada tu hanya digunakan utk buat persiapan berpindah saja. Sy hanya sempat snap beberapa puluh gambar saja sepanjang laluan yg kami lalui masa berpindah dan gambar2 tu belum cukup utk menceritakan keadaan sebenar negeri Perlis time banjir tu.

So bila sy balik sini,banjir pulak kat Tangkak ni. Kebetulan sy tengah bercuti. Assignment yg agak menimbun tu pun sy dah tinggalkan kat Arau tu utk santapan bila balik sana nnti. Jadi dgn masa yg agak byk tu sy cuba la menjelajah mencari2 tempat yg terjejas akibat banjir kali ni. 

Jalan terjejas akibat banjir

Beberapa jalan utama di seluruh Malaysia dah terjejas disebabkan musim banjir yg melanda beberapa negeri di selatan dan timur Semenanjung Malaysia. Di sini sy tulis beberapa jalan utama itu yg sebahagian besarnya tak boleh dilalui oleh semua kenderaan.


:: 31 Januari 2011 ::


Jalan Jasin-Tangkak

Jalan Jasin-Tangkak antara Jambatan Sungai Kesang di Chohong dan simpang ke Kampung Sialang Dalam dah ditutup kepada lalulintas sejak pagi tadi (31/1/2011) disebabkan jalan dinaiki air dan jugak disebabkan keadaan jalan yg agak tak selamat sebab tanah mendap.
 
Kepada sesiapa yg ingin ke Tangkak dari Jasin atau sebaliknya bolehlah menggunakan jalan dari Bandar Jasin menuju ke Simpang Bekoh dan seterusnya melalui jalan Simpang Bekoh ke Tangkak. Kalau takut sesat  bolehlah menggunakan lebuhraya Utara Selatan melalui Plaza Tol Jasin dan keluar di Plaza Tol Tangkak. Cuma Plaza Tol Jasin agak jauh dari bandarnya jadi isi minyak secukupnya.


M144 Jalan Chenderah-Kumpai (daerah Jasin,Melaka)
 
Jalan dah dibuka kepada lalulintas pada 1/2/2011


M15 Jalan Jasin-Chohong (daerah Jasin,Melaka)
 
Banjir di kawasan antara Kampung Chohong dan Kampung Bukit Golot. Kalau dari Jasin dan nak ke Chabau,Bekoh dan sbagainya,sila gunakan jalan Rim.


Beberapa bahagian Lebuh AMJ,Melaka

Berhampiran Kampung Sungai Petai,jalan masih boleh dilalui kenderaan.
Kawasan sekitar persimpangan ke Pengkalan Balak hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat.
Sesetengah kawasan ditutup kepada semua kenderaan.