Powered By Blogger

Friday, April 6, 2012

Jalan terbelah dua

Lepas isyak tadi saya tak ada benda nak dibuat selain online dan terus online..jalan-jalan dalam facebook. Tetiba ternampak kawan saya share satu gambar yang dikenali iaitu jalan raya yang terbahagi dua dengan batu besar bersantai kat tengah-tengah jalan.


Ada jugak yang tak percaya atau hampir tak percaya kewujudan jalan mcm dalam gambar tu.

Kenapa? Tak percaya ka? haha..

Actually jalan ni sebenarnya wujud kat dunia ni. Jalan yang dimaksudkan tu ialah jalan masuk ke kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang. Ianya bermula dari selekoh selepas pekan Sagil (kalau travel dari arah Tangkak) dan tamat di kawasan Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. Jalan ni baru siap selepas mula dibina beberapa bulan lepas (last saya lalu kat situ tak mula bina lagi pun).    
  
*Nampak orang tag gambar tu, teringin pulak nak menulis pasaljalan yang unik ni..

signboard Taman Negara Gunung Ledang

Waktu balik dari mandi-mandi kat air terjun Gunung Ledang Resort petang tadi, saya teringin untuk melalui satu jalan yang baru dibukak untuk orang awam. Jadi saya pun membelokkan kereta ke jalan tu

 

Jalan ini sangat lurus pada mulanya, sangat2 menaikkan nafsu untuk memandu laju. Cuma agak bahaya untuk memandu laju sebab keadaan jalan yang muat-muat untuk dua kenderaan dan berbukit-bukit. Bukitnya cukup untuk menghalang pandangan ke depan. 

Tengah-tengah sedap memandu laju, para pemandu akan terkejut bila tiba-tiba ada bongkah batu besar dok bersantai kat tengah-tengah jalan. Dari jauh nampak macam pondok pengawal yang selalu dibina kat tengah jalan tu. Kalau waktu siang, batu tu boleh dilihat dari jauh.

Batu yang duduk tengah-tengah jalan yang saya snap petang tadi. Gambar ni dirakam arah ke Pekan Sagil.

Lokasi jalan yang terbelah dua ni terletak di kawasan jalan yang curam (laluan mendaki/menurun). Ada dua tempat jalannya jadi macam ni. Maybe nak hukum orang yang suka drive laju-laju kot..hahaha...

Kedudukan lokasi kedua-dua batu


Batu yang sebijik lagi
 
Bagi saya, batu tu sengaja dibiarkan macam tu. Untuk letupkan batu tu memerlukan belanja yang besar, agak tak berbaloi memandangkan tak banyak kenderaan yang akan melalui jalan tu.
 
Selain masalah kos, maybe diorang sengaja biarkan supaya ada keunikan taman negara ni kot..hahaha