Powered By Blogger

Wednesday, September 25, 2013

After five month.. saya kembali ke blog ini

Selamat malam kepada semua rakan-rakan terutama yang sudi follow blog yang tak seberapa ni. 

Dah lebih lima bulan saya tak update apa-apa di blog ni. Nak kata busy, jauh sekali. Sebab sejak saya tamat pengajian di UiTM Arau bulan oktober 2012 yang lepas, saya hanya menghabiskan masa di rumah dengan aktiviti harian macam siram pokok, berkebun, dan macam-macam lagi. Jadi, rasanya alasan yang paling sesuai sekali adalah "MALAS".

Sepanjang 6 bulan menganggur tu saya hanya banyak menghabiskan masa mencari kerja, dengan harapan tak de lah saya duduk terperap kat rumah menghabiskan beras je. Sebab ada juga suara-suara sumbang yang mengata saya pemalas, hanya sebab saya tak bekerja selama itu. Actually, bukannya saya tak mahu bekerja, tapi dengan hanya diploma, tambahan pula saya fresh graduate, agak sukar nak mencari kerja.

Ni anggur, amat berlainan dengan menganggur.


Dan sekali lagi actually, bukan tak ada kerja di Malaysia ni. Kerja banyak, even untuk lepasan diploma pun. Cuma saya yang agak memilih. Ada antara tawaran kerja saya tolak atas pelbagai sebab, contohnya semasa dapat tawaran kerja di Tanjung Langsat, Johor, saya rasa berat untuk pergi sebab terasa jauh dari rumah. Ada tawaran yang saya dapat di Tangkak, saya tolak sebab gaji hanya 900, saya rasa tak berbaloi dengan kerja yang bakal saya terima (jawatan site supervisor).

Nasihat saya pada rakan-rakan yang sedang mencari pekerjaan, kalau boleh, carilah pekerjaan yang anda rasa minat dahulu. Bagi saya even kalau gaji banyak, tapi kita sangat tak suka dengan kerja tu, tak adalah kepuasan dalam bekerja. Dan kalau dah hampir berbulan-bulan masih tak dapat pekerjaan, terima saja dulu mana-mana kerja yang ada dan sesuai dengan anda. Lepas dah cukup pengalaman, selalunya paling kurang satu tahun, pasti mudah untuk mohon kerja yang anda minat atau yang bayarannya lebih tinggi.

Dan alhamdulillah, Allah murahkan rezeki saya. Mungkin atas doa dari rakan-rakan dan keluarga, saya mendapat pekerjaan pada April 2013 setelah hampir enam bulan menanam anggur. Saya mendapat pekerjaan di negara jiran sebagai Pavement Inspector dan yang paling menggembirakan, saya mendapat kerja yang serasi dengan minat saya.


Kerja saya ialah memeriksa kerosakan jalan raya dan kemudiannya hantar report pada kontraktor untuk dibaiki. Bayarannya tak perlulah saya sebutkan di sini, tapi cukuplah untuk menampung hidup saya dan menabung untuk masa depan. Kerja pun seronok, jarang busy, dan santai. Harapnya lepas ni saya akan lebih rajin mengupdate blog ni dan berkongsi cerita-cerita baru dengan rakan-rakan pembaca.

Sekian   :)