Powered By Blogger

Sunday, December 5, 2010

Sesaknya Melaka!

20.10.2010,Tepat jam 2010 (08.10 malam), Melaka telah diisytiharkan sebagai negeri maju. Sebuah lagi pencapaian hebat untuk Negeri Melaka. Perisytiharan bersejarah itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Di sini sy juga ingin mengucapkan tahniah kpada kerajaan Negeri Melaka dan smua rakyat Melaka atas kejayaan Melaka memperoleh status negeri maju .Melaka telah maju? Persoalan itu bukan orang luar dari Melaka persoalkan bahkan orang negeri Melaka sendiri akan mengeluarkan persoalan tersebut. 04 Disember 2010 ialah kali kedua sy datang ke bandaraya Melaka selepas negeri itu diisytiharkan sbagai negeri maju pada 20 Oktober lepas dan sy turut mempersoalkan status negeri maju trsebut. Sy tak menafikan memang Melaka lebih maju dari segi pelancongan, tapi dari segi pengangkutan dan pergerakan trafik,amat 
Kesesakan di Melaka yg disebabkan oleh lampu isyarat terlalu banyak.
mendukacitakan. Sejak dari dulu sampai lah sekarang ni terlalu..terlalu..terlalu sikit usaha  utk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas ni. Kebanyakan persimpangan termasuk yg trletak kat jalan utama hanya dilengkapkan dgn lampu isyarat walaupun ia sebenarnya dah layak utk diganti dgn persimpangan bertingkat. Pendek kata,Melaka memang kaya dengan traffic light. Sy agak lebih kurang lima puluh lampu isyarat kat kawasan bandaraya Melaka ni,satu jumlah yg amat besar utk sebuah bandaraya yg padat dgn penduduk seperti Melaka. Seingat sy lah,kat bandar Melaka cuma ada enam
__________________________________________________
__________________________________________________

saja persimpangan bertingkat (Lebuhraya PLUS terkecuali). Cuba tengok kat sepanjang kawasan sesak di Lebuh AMJ (dari Paya Rumput interchange ke simpang ke Jalan Kandang) ,daripada berbelas-belas traffic light yg mnyekat aliran trafik,hanya tiga yang berjaya digantikan dgn persimpangan bertingkat lebih enam tahun lepas. Berlainan dengan Johor Bahru,jika memandu melalui Lebuhraya Skudai dan Jalan Tun Razak dari Senai Utara interchange ke Larkin interchange dan sebaliknya sejauh lebih kurang 30km,pengguna tidak perlu melalui traffic light dan boleh direct terus ke destinasi tanpa halangan(kecuali ketika kesesakan pada waktu puncak). Diorang bukan saja menggantikan simpang lampu isyarat dengan persimpangan bertingkat,malah beberapa persimpangan bertingkat yg mempunyai kepadatan trafik yg tinggi turut dinaiktaraf. Salah satu contoh ialah persimpangan Perling yang merupakan pertemuan Lebuhraya Skudai (laluan bawah) dengan Lebuhraya Pasir Gudang (laluan atas). 

Persimpangan Perling...Tahun disiapkan:2008
Pada asalnya ia merupakan persimpangan jenis diamond (macam persimpangan depan Masjid Al-Azim di Melaka) yg menyekat aliran trafik disebabkan penggunaan traffic light untuk mengawal aliran trafik. Ia kemudiannya dinaiktaraf kepada double u-turn interchange disebabkan keluasan tanah terhad di kawasan itu. Setiap kali melalui persimpangan ini,sy terfikir betapa bijaknya designernya. Dengan kawasan tanah yg sekangkang kera tu,akhirnya dpt jugak lah dibina sebuah interchange yg mampu melancarkan aliran trafik. Mungkin pihak berkaitan di Melaka boleh belajar dgn pihak berkuasa Johor Bahru bagaimana mereka berusaha mengurangkan kesesakan walaupun kesesakan di Johor Bahru dah macam tak ada titik penamat. Satu lagi ialah dgn menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Contohnya kat tengah2 bandaraya Johor Bahru disediakan laluan khas utk bas. Jadiknya bas dpt brgerak lancar tanpa tersekat dlm traffic jam brsama kenderaan lain. Dan org ramai pun fikir:baik naik bas. That's why la kt JB jumlah penumpang bas setiap hari dah hampir sma dgn bilangan kenderaan prsendirian kat jalan raya sana. Kalau tak percaya pegi lepak kat hentian-hentian bas time peak hour. Sy pernah ikut ayah sy ke Melaka dgn menaiki bas dari Tangkak,Johor ke Melaka. Utk pngetahuan,bas ke Melaka itu tak akan direct ke Melaka Sentral sebaliknya akan memasuki kawasan bandaraya dan cilok-cilok ntah ceruk mana dan akhirnya tersangkut dalam kesesakan. Dalam hati sy ketika itu saya takkan naik bas lagi utk ke Melaka melainkan kalau perlu saje. 
Jalan Wong Ah Fook,Johor Bahru. Laluan merah itulah lorong khas utk bas.
Isu kesesakan kat Melaka ni dah byk dibincangkan dan penduduk bandaraya tu sendiri dah naik jemu sebab tak dapat nk bergerak bebas brsama keluarga. Memang la,kalau dah
Salah satu cadangan yg sy turut sokong.
hari-hari sesak je memanjang,sape nak keluar semata-mata nak pergi jalan-jalan saje kan. Tapi walau sesak mcm mna pun,yg pasti sy akan tetap brkunjung ke Melaka. Cuma harap kerajaan Melaka dapat lah mnghapuskan sedikit traffic light tu supaya tak sesak sgt. Baru lah sedap skit nk pergi melancong ke Melaka dan taklah sakit kepala.huhu...

Saturday, December 4, 2010

Can the most famous film star in the world fall for just an ordinary guy?

Hari ni tgah belek2 snarai lagu,tetiba trjumpa pulak dgn lagu ini. Memang best,even sy yg tak berapa expert english pun boleh mnghayatinya.
------------------------------------------------------------------
When You Say Nothing At All (Notting Hill sountrack)
It's amazing
How you can speak
Right to my heart
Without saying a word,
You can light up the dark
Try as I may
I could never explain
What I hear when
You don't say a thing

[CHORUS:]
The smile on your face
Lets me know that you need me
There's a truth in your eyes
Saying you'll never leave me
The touch of your hand says
You'll catch me
Whenever I fall
You say it best
When you say nothing at all

All day long I can hear
People talking out loud
But when you hold me near
You drown out the crowd
(The crowd)
Try as they may they can never define
What's been said between your
Heart and mine

The smile on your face
Lets me know that you need me
There's a truth in your eyes
Saying you'll never leave me
The touch of your hand says
You'll catch me
Whenever I fall
You say it best
When you say nothing at all.....

[music]

The smile on your face
Lets me know that you need me
There's a truth in your eyes
Saying you'll never leave me
The touch of your hand says
You'll catch me
Whenever I fall
You say it best
When you say nothing at all

You say it best
When you say nothing at all
You say it best
When you say nothing at all

The smile on your face
The truth in your eyes
The touch of your hand
Let's me know that you need me
--------------------------------------
Lagu ni adalah sountrack dari filem romantik Notting Hill yg mnjalani penggambaran di Notting Hill,London pada tahun 1999. Sy brpeluang mnonton filem ni baru2 ni walaupun ianya dah released lebih 11 tahun lpas,msa sy darjah tiga dulu. Filem ni memang best, jauh lagi best dripada filem2 romantik yg dihasilkan di Malaysia dan tak hairan lah ianya dah menang dua awards, x ingat pulak anugerah apa.

Poster filem Notting Hill, kulit DVD pun gamba ni jugak.huishh....

Filem ni dilakonkan oleh Hugh Grant dan Julia Roberts. Secara ringkasnya filem ni mengisahkan kehidupan William Thacker (Huge Grant) yang bekerja di sebuah kedai buku bernama Travel Bookshop yang hanya menjual buku mengenai travel. Kehidupan lelaki ini amat simple tetapi tenang. Dia telah bercerai dengan isterinya dan masanya banyak dihabiskan untuk menguruskan kedai buku miliknya itu. Suatu hari seorang pelakon wanita yang terkenal dan popular di seluruh dunia, Anna Scott(Julia Roberts) telah datang berkunjung ke kedai buku milik Thacker. Dia melayan Anna seperti pelanggan biasa kerana pada masa itu dia tidak mengenali siapa sebenarnya Anna, hinggalah dia ternampak gambar poster Anna yang terpampang di badan bas yang sedang bergerak semasa Thacker sedang berjalan di luar kawasan kedai bukunya.

Salah satu babak dalam Notting Hill

Sewaktu berjalan di satu kawasan selepas itu,Thacker bertembung dengan Anna dan secara tak sengaja tertumpahkan minuman pada Anna. Dia kemudiannya meng'offer'kan rumahnya di seberang jalan untuk Anna membersihkan tumpahan trsebut dan Anna menghadiahkan satu ciuman tanda terima kasih yg mnyebabkan si Thacker ni mula terangaukan Anna tu. Sejak tu hubungan Anna dan Thacker brtambah baik tapi amat sukar utk brsama seseorang yg amat trkenal disebabkan pelbagai masalah yg dtg daripada kwn2 ataupun reporters yg asyik brlumba-lumba memburu gosip dan cerita panas. Dari situ bermula la kisah diorang ni yang
agak goyah gara2 reporters dan wartawan(sma la tu) yg asyik menyiarkan kisah mereka,contohnya masa Anna mnumpang tidur di rumah Thacker dan dapat disnap oleh reporters2. Peleraian pun bagus jugak dan disusun dgn baik,tak terlalu tergesa-gesa mcm kbanyakan filem lain. Pada peleraian filem ni,Thacker telah cuba brbaik semula dgn Anna yg telah direject disebabkan satu pertengkaran (tak igt pasal apa) setelah dinasihatkan oleh kwn2. Thacker sedar dia amat beruntung brbanding berbilion pminat Anna yg lain sebab dpt brsama seorg aktres yg trkenal tu dan cuba memujuk Anna semasa mnghadiri satu sidang akhbar.... That's all,actually sinopsisnya trlalu pnjang,tapi amat penat nk translate mmandangkn ianya ditulis dlm english... agk2 rasa nk lbih mnghayati bleh la search filem ni dari internet sperti youtube atau brhubung terus dgn lanun2 cetak rompak ye.

Tuesday, November 16, 2010

Rasa penat pulak nak menulis entri ini..huhu.

Actually,saya baru balik dari Arau semalam. Walaupun naik penerbangan terus dari LTABL ke Senai Airport, Johor Bahru, tetap rasa penat skit. Tak tau la kenapa..

Dua hari lepas,untuk mengisi masa lapang yg ada,saya sama dgn Amin bercadang singgah kat rumah kawan saya kat Kepala Batas. Tuan rumah ajak singgah sebab kebetulan dari rumah dia pun dah senang nak ke airport nanti.
 
Menunggu tren Ekspres Langkawi sampai

Naik tren dari Arau pukul 7.00 malam,sampai kat Bukit Mertajam pukul 9.30 malam. Ayah dia dah menunggu kat sana. Lepas beliau membelanja kami makan, kami pun balik lah ke rumah dia. Agak segan jugak la sebab family dia layan kami macam kat hotel pulak..haha

Rumah di pinggir sawah

  Pemandangan kat depan rumah. Kat hujung tu ialah blok asrama Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Nak dekat tengah hari sikit, saya dan Amin pinjam motor utk ke pekan Kepala Batas. Cocok duit,jalan2..hehe..

Pekan Kepala Batas ni macam pekan2 lain jugak,tapi bezanya kebanyakan nama kat sini ada nama Dato' Kailan, Abdullah, Ahmad Badawi,dan yg sewaktu dengannya la...disebabkan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan kat sini..
Boarding pass. Tak ade benda ni takleh naik airplane tau..

Departure time pukul 4.50 petang tapi kaunter check-in & baggage drop tutup sejam sebelum departure time. Lebih kurang pukul 3 petang,kami dah gerak dari rumah Khalil utk ke airport. Kalau tak sangkut dalam traffic jam,paling lewat sejam dah sampai kot.harap2 tak de lah traffic jam ye..ops..ops.. Singgah kejap kat stesen KTM Butterworth, jemput si Paan yg baru gerak dari Arau pagi tadi.

Dan nasib baik kami tak tersangkut dalam traffic jam. Pukul 3.45 dah sampai kat airport. Sempat bergambar kat sebelah mesin x-ray. Bagasi yg nak didaftar(bagasi yg nak letak dalam tempat barang) mesti dimasukkan dalam mesin x-ray tu....

....utk mendapatkan tag kuning ni. Kalau tak ada tag ni,bagasi tak dibenarkan letak dalam tempat barang. Maknanya penumpang kena bawak sendiri la dalam kabin.

Tapi kalau bagasi tu lebih 7kg, tak boleh bawak masuk kabin. Takut airplane tak seimbang masa berlepas. Lagipun buatnya nanti airplane tu bergegar,beg tu jatuh timpa orang pulak. Jadi, pandai2 la.. Nak tinggalkan kat situ boleh,nak sedekah kat orang pun boleh..haha
Barisan kat kaunter check-in dah panjang macam keretapi. Selamat kami dah buat self check-in kat internet,jadi tak payah lah beratur lagi kat situ,terus je ke kaunter baggage drop utk daftar bagasi.
Baggage dro counter. Aish..kepala sapa la tu.


Sementara ada masa  sebelum boarding time,sempat lah kami meng'online'kan diri kat departure hall menggunakan wireless airport yg free lagi laju tu. Syok sangat online sampai tak perasan status penerbangan kami dah bertukar kepada ''boarding''.
 

Kemas2 laptop pastu kami terus jalan ke gate 10 utk naik airplane. Dia panggil penumpang ikut tempat duduk,jadi kena la tunggu sampai giliran kami naik.
 

Para pekerja duduk berteduh kat bawah airplane..



Bersiap-siap sebelum berlepas. Sila letak beg elok2 dan pasang tali pinggang ya.

Pemandangan dari udara. Nampak sayap je

 Sampai pun..   :)
Posing kejap..





Saturday, October 30, 2010

Twister or Tornado?..

28 Oktober 2010,Malaysia dikejutkan dengan kewujudan satu puting beliung yang melanda sekitar kawasan Perlis pada 29 Oktober 2010. Fenomena alam ini tidak biasa dilihat di Malaysia kerana faktor iklim Malaysia yang sederhana. Banyak rumah-rumah dan kedai-kedai yg mnjadi laluan puting beliung tu rosak teruk dan ada jugak yg terbang terus. Alhamdulillah rumah yg sy masih tinggal semasa kejadian tu (skarang dah pndah) tak diterbangkan walaupun trletak sipi-sipi jek dengan laluan twister tu..huhu...

Pemandangan twister dri depan rumah baru sy.Actually bkn sy yg snap gmbar ni.
Kebetulan si empunya gmbar ni snap gmbar twister ni dri situ...huhu

Disebabkan Malaysia merupakan negara beriklim sederhana,twister yg trbentuk tu kecil saje,tapi disebabkan jarang trjadi kat Malaysia,ianya mnjadi bualan orang ramai trmasuk kawan2 sy. Sy agak trkilan sbb time twister tu mengganas sy sedang lepak-lepak kat rumah kawan sy kat RPA Arau,jdi sy xdapat nk snap gambar puting beliung tu dgn kamera sy sndiri. Sdih btul..huuu.....

Byk blog yg mnulis cerita pasal twister ni. Kalau korang nak lebih tau pasal twister ni,atau nak tengok lebih banyak gambar dan video,search je kat Google atau Yahoo. Kebanyakan pemilik blog dah letak video tu kat blog masing-masing. Jadi tak perlulah anda bersusah payah menggali video2 trsebut dari youtube.

Monday, October 11, 2010

Udang Masak Lemak

Hari ni sy berjaya memasak udang masak lemak neh. Sbelum balik aritu smpat mintak resipi ni kat mak. Nmpak susah tapi sebenarnya simple je. X smpai 15 mnit dah masak. Selamat mncuba!

Bahan-bahan :
600 gm udang sederhana besar
1 biji kelapa - ambil 3 cawan santan
10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah (kecil)
2 batang serai. diketuk
garam secukup rasa
Tomato dan kacang panjang (optional)

Cara Membuat :
1. Udang dibersihkan.
2. Tumbuk cili api, garam dan kunyit hidup hingga lumat.Masukkan bawang dan tumbuk lagi.
3. Masukkan bahan tumbuk dalam periuk bersama serai dan santan. kacau rata.
4. Buka api sederhana dan masak kuah itu sehingga hampir mendidih. Masukkan kacang panjang kalau ada. Kacau selalu supaya tidak berketul.
5. Masukkan udang dan tomato dan biarkan kuah mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
6. Lepas dh sejuk skit barulah hidangkan supaya x merosakkn lidah..hehe

Udang masak lemak yg dah dicampur nasik...sedapp

Disebabkan first time masak,beberapa ksilapan pun brlaku,antaranya:
1. Terlebih bubuh asam keping
2. Terkurang santan
3. Dan banyak lagi
Sesungguhnya kesilapan itu adat dlm memasak...Mesti ada yg brtanya,sedap x sy masak? Dan sy akan jwb: Sndiri yg masak,msti la ngaku sedap...kuang..kuang. Slamat mencuba!

Monday, June 21, 2010

Shortcourse Holiday


Dah memang agak lama sy tak bukak blog ni.Masa tak cukup sebab masa cuti semester sy dah terkorban dek gatal-gatal nak amek shortcourse.Rasenye semua tau kan ape tu shortcourse?Jadik tak payah la sy bercerita mengenai hal itu.huhu

Selama tiga bulan sy tak berkesempatan meluangkan masa berjalan-jalan di bumi Johor.Balik pun kejap je sebelum start sesi shortcourse aritu.Suatu hari tu tengah lepak-lepak lepas makan tengah hari,tiba-tiba saja roomate sy yang dikenali sebagai solid ni ajak berjalan-jalan.Setelah dalam beberapa minit meeting,dan sy dan solid pun dah memang rindu nak pergi Gunung Ledang, kami pun setuju nak pegi Bukit Ayer.Ni la gaya kawan2 sy kt sini,kalau nak jalan mereka ni takkan bincang dari awal. Time tu rase nak pegi,time tu jugak la mereka ini buat keputusan. Dan setelah ambik masa beberapa minit untuk siap,kami pun bertolak dari Arau menuju ke Bukit Ayer dengan ahli rombongan terdiri daripada sy,solid,Rashid,Irfan dan Sofe(bukan nama sebenar). Perjalanan dari Arau ke bukit Ayer tak berapa menarik,hanya sawah-sawah dan kawasan lapang aje di sekeliling kecuali kat kawasan bila dah hampir dengan Bukit Ayer itu je yang best sebab jalan tu melalui kawasan ladang anggur. Haa? Ladang anggur? Ade ke ladang anggur kat Malaysia? Iye,ladang anggur.

Ladang anggur-Pokok anggur ditanam di bawah plastik putih tu..

Ladang anggur ni letaknya kat tepi jalan ke Bukit Ayer. Tak banyak yang sy tau pasal ladang anggur ni tapi rasanya ladang ni milik FAMA negeri Perlis sebab ada papan tanda projek FAMA kat pintu masuk ladang tu. Masa kami lalu kat situ,ladang tu dah tak berbuah atau mungkin tuan ladang tu dah petik semua anggur yang ada agaknya. Lepas beberapa minit meninggalkan ladang anggur tu kami pun sampai ke Bukit Ayer. Kawan-kawan yg lain pun dengan semangatnya mengunci motosikal (sebagai langkah keselamatan) dan membawa barang2 naik ke atas bukit tapi....

Bukit Ayer yang tiada air,amat sedih.huhu

Muka-muka kecewa dengan keadaan Bukit Ayer
Apa yang dah jadik agaknya? Nama Bukit Ayer,tapi takde air. Pelik sungguh. Kawan2 sy semua dah tunjuk muka bengang. Haha. Oleh sebab nak tenangkan hati yang kecewa,marah,sedih dan macam-macam lagi,kami pun pakat ramai-ramai nak pergi Gua Kelam pulak.Tapi masalahnya takde seorang pun antara kami yang tau jalan pegi Gua Kelam tu.Oleh itu kami cuma mengikut saja papan tanda ke Wang Kelian yang merupakan salah satu pintu sempadan ''free zone'' (boleh keluar ke thailand tanpa passport) sebab sy pernah terdengar yang Gua Kelam tu terletak kat jalan menghala ke Wang Kelian tu.Perjalanan dari simpang Bukit Ayer di Kangar melalui jalan ke Padang Besar tidak membosankan. Mungkin sebab kami jarang melalui jalan itu dan pemandangan di sepanjang jalan itu juga menarik dan jarang ada kat tempat lain.Di pertengahan jalan,anda akan dapat tengok tasik Timah Tasoh yang luas.Sekali pandang nampak macam laut je.Tasik ni merupakan tasik hasil pembinaan empangan Timah Tasoh yang merupakan punca air utama untuk penduduk negeri Perlis ni. Air yang dihasilkan kat sini disalurkan ke seluruh negeri Perlis. Maknanya kami yang tinggal kat Arau pun turut menggunakan air dari empangan ni selain air dari loji air Arau yang tak berapa besar tu.
Tasik Timah Tasoh yang luas bangat!!

Dan akhirnya setelah menaiki motosikal selama lebih kurang 40 minit,kami sampai di Gua Kelam.Rasa teruja jugak sebab ni lah kali pertama sy masuk ke dalam gua yang original.Kalau terowong mungkin dah beberapa kali jugak sy lalu setiap kali nak balik Johor (terowong Menora kat Lebuhraya Utara-Selatan,Ipoh) tapi pemandangan dalam terowong tak sama dengan pemandangan dalam gua tau. Gua Kelam ni sebenarnya cuma kawasan perkelahan yang sama je dengan tempat perkelahan mandi-manda kat tempat lain seperti Sungai Batu Pahat (dekat dengan Bukit Ayer) cuma kelebihannya tempat ni untuk sampai ke tempat mandi-manda tu kita kena melalui gua yang agak panjang. Walaupun panjang gua ni lebih pendek daripada Terowong Menora tapi keadaan dalam gua tu yang lebih menarik pelancong datang ke sini.

Pintu masuk ke Gua Kelam-sebelah kanan tu ialah kaunter bayaran.Nak masuk bayar dulu tau.

Sebelum nak masuk ke gua tu,setiap pengunjung kena bayar dulu.Bayaran tu akan digunakan untuk servis kemudahan dalam kawasan Gua Kelam ni.Tapi bayarannya takde la mahal pun. Untuk golongan dewasa cuma RM1.00 je sorang. Kalau yang jenis suka masuk free tu boleh je kalau nak masuk free,datang la waktu malam sebab waktu malam takde orang jaga kat kaunter.Jadi takde la orang nak tahan kalau korang masuk tanpa beli tiket.Tapi datang kat kawasan hutan waktu malam,korang paham-paham la. Mana ada orang.Tak ke ianya menyeramkan? Huhu

Harga tiket nak masuk ke Gua Kelam

Bergambar dalam gua yang sejuk-saya dua dari kiri

Salah satu bahagian dalam gua




Friday, April 30, 2010

Arini bangun pagi dah pukul 11.15.Memang x dijangka sbab malam tu aku tido paling awal sejak beberape hari lepas (tido pkul 3.30 pagi) tpi sebelom ni bangun x la selewat itu.Paling lewat pun pkol 10.30 pagi.Huhuhuhu...

Thursday, April 29, 2010


Ni gamba masa temankan paan n akif pegi joging dati arau ke kangar.Walaupun kitorang nek basikal,tpi tetap terasa keletihannya.
Tepat 29/9/2010,aku brjaya mmbukak satu lagi laman blog yg baru.Bukan sebab yg lama dh penuh,tpi sbab dah lme x bukak(sbb internet slow),aku dh lpe username and passwordnye.huhu...