Monday, October 11, 2010

Udang Masak Lemak

Hari ni sy berjaya memasak udang masak lemak neh. Sbelum balik aritu smpat mintak resipi ni kat mak. Nmpak susah tapi sebenarnya simple je. X smpai 15 mnit dah masak. Selamat mncuba!

Bahan-bahan :
600 gm udang sederhana besar
1 biji kelapa - ambil 3 cawan santan
10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang merah (kecil)
2 batang serai. diketuk
garam secukup rasa
Tomato dan kacang panjang (optional)

Cara Membuat :
1. Udang dibersihkan.
2. Tumbuk cili api, garam dan kunyit hidup hingga lumat.Masukkan bawang dan tumbuk lagi.
3. Masukkan bahan tumbuk dalam periuk bersama serai dan santan. kacau rata.
4. Buka api sederhana dan masak kuah itu sehingga hampir mendidih. Masukkan kacang panjang kalau ada. Kacau selalu supaya tidak berketul.
5. Masukkan udang dan tomato dan biarkan kuah mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
6. Lepas dh sejuk skit barulah hidangkan supaya x merosakkn lidah..hehe

Udang masak lemak yg dah dicampur nasik...sedapp

Disebabkan first time masak,beberapa ksilapan pun brlaku,antaranya:
1. Terlebih bubuh asam keping
2. Terkurang santan
3. Dan banyak lagi
Sesungguhnya kesilapan itu adat dlm memasak...Mesti ada yg brtanya,sedap x sy masak? Dan sy akan jwb: Sndiri yg masak,msti la ngaku sedap...kuang..kuang. Slamat mencuba!

No comments:

Post a Comment