Monday, June 21, 2010

Shortcourse Holiday


Dah memang agak lama sy tak bukak blog ni.Masa tak cukup sebab masa cuti semester sy dah terkorban dek gatal-gatal nak amek shortcourse.Rasenye semua tau kan ape tu shortcourse?Jadik tak payah la sy bercerita mengenai hal itu.huhu

Selama tiga bulan sy tak berkesempatan meluangkan masa berjalan-jalan di bumi Johor.Balik pun kejap je sebelum start sesi shortcourse aritu.Suatu hari tu tengah lepak-lepak lepas makan tengah hari,tiba-tiba saja roomate sy yang dikenali sebagai solid ni ajak berjalan-jalan.Setelah dalam beberapa minit meeting,dan sy dan solid pun dah memang rindu nak pergi Gunung Ledang, kami pun setuju nak pegi Bukit Ayer.Ni la gaya kawan2 sy kt sini,kalau nak jalan mereka ni takkan bincang dari awal. Time tu rase nak pegi,time tu jugak la mereka ini buat keputusan. Dan setelah ambik masa beberapa minit untuk siap,kami pun bertolak dari Arau menuju ke Bukit Ayer dengan ahli rombongan terdiri daripada sy,solid,Rashid,Irfan dan Sofe(bukan nama sebenar). Perjalanan dari Arau ke bukit Ayer tak berapa menarik,hanya sawah-sawah dan kawasan lapang aje di sekeliling kecuali kat kawasan bila dah hampir dengan Bukit Ayer itu je yang best sebab jalan tu melalui kawasan ladang anggur. Haa? Ladang anggur? Ade ke ladang anggur kat Malaysia? Iye,ladang anggur.

Ladang anggur-Pokok anggur ditanam di bawah plastik putih tu..

Ladang anggur ni letaknya kat tepi jalan ke Bukit Ayer. Tak banyak yang sy tau pasal ladang anggur ni tapi rasanya ladang ni milik FAMA negeri Perlis sebab ada papan tanda projek FAMA kat pintu masuk ladang tu. Masa kami lalu kat situ,ladang tu dah tak berbuah atau mungkin tuan ladang tu dah petik semua anggur yang ada agaknya. Lepas beberapa minit meninggalkan ladang anggur tu kami pun sampai ke Bukit Ayer. Kawan-kawan yg lain pun dengan semangatnya mengunci motosikal (sebagai langkah keselamatan) dan membawa barang2 naik ke atas bukit tapi....

Bukit Ayer yang tiada air,amat sedih.huhu

Muka-muka kecewa dengan keadaan Bukit Ayer
Apa yang dah jadik agaknya? Nama Bukit Ayer,tapi takde air. Pelik sungguh. Kawan2 sy semua dah tunjuk muka bengang. Haha. Oleh sebab nak tenangkan hati yang kecewa,marah,sedih dan macam-macam lagi,kami pun pakat ramai-ramai nak pergi Gua Kelam pulak.Tapi masalahnya takde seorang pun antara kami yang tau jalan pegi Gua Kelam tu.Oleh itu kami cuma mengikut saja papan tanda ke Wang Kelian yang merupakan salah satu pintu sempadan ''free zone'' (boleh keluar ke thailand tanpa passport) sebab sy pernah terdengar yang Gua Kelam tu terletak kat jalan menghala ke Wang Kelian tu.Perjalanan dari simpang Bukit Ayer di Kangar melalui jalan ke Padang Besar tidak membosankan. Mungkin sebab kami jarang melalui jalan itu dan pemandangan di sepanjang jalan itu juga menarik dan jarang ada kat tempat lain.Di pertengahan jalan,anda akan dapat tengok tasik Timah Tasoh yang luas.Sekali pandang nampak macam laut je.Tasik ni merupakan tasik hasil pembinaan empangan Timah Tasoh yang merupakan punca air utama untuk penduduk negeri Perlis ni. Air yang dihasilkan kat sini disalurkan ke seluruh negeri Perlis. Maknanya kami yang tinggal kat Arau pun turut menggunakan air dari empangan ni selain air dari loji air Arau yang tak berapa besar tu.
Tasik Timah Tasoh yang luas bangat!!

Dan akhirnya setelah menaiki motosikal selama lebih kurang 40 minit,kami sampai di Gua Kelam.Rasa teruja jugak sebab ni lah kali pertama sy masuk ke dalam gua yang original.Kalau terowong mungkin dah beberapa kali jugak sy lalu setiap kali nak balik Johor (terowong Menora kat Lebuhraya Utara-Selatan,Ipoh) tapi pemandangan dalam terowong tak sama dengan pemandangan dalam gua tau. Gua Kelam ni sebenarnya cuma kawasan perkelahan yang sama je dengan tempat perkelahan mandi-manda kat tempat lain seperti Sungai Batu Pahat (dekat dengan Bukit Ayer) cuma kelebihannya tempat ni untuk sampai ke tempat mandi-manda tu kita kena melalui gua yang agak panjang. Walaupun panjang gua ni lebih pendek daripada Terowong Menora tapi keadaan dalam gua tu yang lebih menarik pelancong datang ke sini.

Pintu masuk ke Gua Kelam-sebelah kanan tu ialah kaunter bayaran.Nak masuk bayar dulu tau.

Sebelum nak masuk ke gua tu,setiap pengunjung kena bayar dulu.Bayaran tu akan digunakan untuk servis kemudahan dalam kawasan Gua Kelam ni.Tapi bayarannya takde la mahal pun. Untuk golongan dewasa cuma RM1.00 je sorang. Kalau yang jenis suka masuk free tu boleh je kalau nak masuk free,datang la waktu malam sebab waktu malam takde orang jaga kat kaunter.Jadi takde la orang nak tahan kalau korang masuk tanpa beli tiket.Tapi datang kat kawasan hutan waktu malam,korang paham-paham la. Mana ada orang.Tak ke ianya menyeramkan? Huhu

Harga tiket nak masuk ke Gua Kelam

Bergambar dalam gua yang sejuk-saya dua dari kiri

Salah satu bahagian dalam gua




No comments:

Post a Comment