Powered By Blogger

Sunday, December 5, 2010

Sesaknya Melaka!

20.10.2010,Tepat jam 2010 (08.10 malam), Melaka telah diisytiharkan sebagai negeri maju. Sebuah lagi pencapaian hebat untuk Negeri Melaka. Perisytiharan bersejarah itu dibuat secara langsung terus ke Stadium Hang Jebat disaksikan kira-kira 50,000 orang termasuk Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Di sini sy juga ingin mengucapkan tahniah kpada kerajaan Negeri Melaka dan smua rakyat Melaka atas kejayaan Melaka memperoleh status negeri maju .Melaka telah maju? Persoalan itu bukan orang luar dari Melaka persoalkan bahkan orang negeri Melaka sendiri akan mengeluarkan persoalan tersebut. 04 Disember 2010 ialah kali kedua sy datang ke bandaraya Melaka selepas negeri itu diisytiharkan sbagai negeri maju pada 20 Oktober lepas dan sy turut mempersoalkan status negeri maju trsebut. Sy tak menafikan memang Melaka lebih maju dari segi pelancongan, tapi dari segi pengangkutan dan pergerakan trafik,amat 
Kesesakan di Melaka yg disebabkan oleh lampu isyarat terlalu banyak.
mendukacitakan. Sejak dari dulu sampai lah sekarang ni terlalu..terlalu..terlalu sikit usaha  utk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas ni. Kebanyakan persimpangan termasuk yg trletak kat jalan utama hanya dilengkapkan dgn lampu isyarat walaupun ia sebenarnya dah layak utk diganti dgn persimpangan bertingkat. Pendek kata,Melaka memang kaya dengan traffic light. Sy agak lebih kurang lima puluh lampu isyarat kat kawasan bandaraya Melaka ni,satu jumlah yg amat besar utk sebuah bandaraya yg padat dgn penduduk seperti Melaka. Seingat sy lah,kat bandar Melaka cuma ada enam
__________________________________________________
__________________________________________________

saja persimpangan bertingkat (Lebuhraya PLUS terkecuali). Cuba tengok kat sepanjang kawasan sesak di Lebuh AMJ (dari Paya Rumput interchange ke simpang ke Jalan Kandang) ,daripada berbelas-belas traffic light yg mnyekat aliran trafik,hanya tiga yang berjaya digantikan dgn persimpangan bertingkat lebih enam tahun lepas. Berlainan dengan Johor Bahru,jika memandu melalui Lebuhraya Skudai dan Jalan Tun Razak dari Senai Utara interchange ke Larkin interchange dan sebaliknya sejauh lebih kurang 30km,pengguna tidak perlu melalui traffic light dan boleh direct terus ke destinasi tanpa halangan(kecuali ketika kesesakan pada waktu puncak). Diorang bukan saja menggantikan simpang lampu isyarat dengan persimpangan bertingkat,malah beberapa persimpangan bertingkat yg mempunyai kepadatan trafik yg tinggi turut dinaiktaraf. Salah satu contoh ialah persimpangan Perling yang merupakan pertemuan Lebuhraya Skudai (laluan bawah) dengan Lebuhraya Pasir Gudang (laluan atas). 

Persimpangan Perling...Tahun disiapkan:2008
Pada asalnya ia merupakan persimpangan jenis diamond (macam persimpangan depan Masjid Al-Azim di Melaka) yg menyekat aliran trafik disebabkan penggunaan traffic light untuk mengawal aliran trafik. Ia kemudiannya dinaiktaraf kepada double u-turn interchange disebabkan keluasan tanah terhad di kawasan itu. Setiap kali melalui persimpangan ini,sy terfikir betapa bijaknya designernya. Dengan kawasan tanah yg sekangkang kera tu,akhirnya dpt jugak lah dibina sebuah interchange yg mampu melancarkan aliran trafik. Mungkin pihak berkaitan di Melaka boleh belajar dgn pihak berkuasa Johor Bahru bagaimana mereka berusaha mengurangkan kesesakan walaupun kesesakan di Johor Bahru dah macam tak ada titik penamat. Satu lagi ialah dgn menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Contohnya kat tengah2 bandaraya Johor Bahru disediakan laluan khas utk bas. Jadiknya bas dpt brgerak lancar tanpa tersekat dlm traffic jam brsama kenderaan lain. Dan org ramai pun fikir:baik naik bas. That's why la kt JB jumlah penumpang bas setiap hari dah hampir sma dgn bilangan kenderaan prsendirian kat jalan raya sana. Kalau tak percaya pegi lepak kat hentian-hentian bas time peak hour. Sy pernah ikut ayah sy ke Melaka dgn menaiki bas dari Tangkak,Johor ke Melaka. Utk pngetahuan,bas ke Melaka itu tak akan direct ke Melaka Sentral sebaliknya akan memasuki kawasan bandaraya dan cilok-cilok ntah ceruk mana dan akhirnya tersangkut dalam kesesakan. Dalam hati sy ketika itu saya takkan naik bas lagi utk ke Melaka melainkan kalau perlu saje. 
Jalan Wong Ah Fook,Johor Bahru. Laluan merah itulah lorong khas utk bas.
Isu kesesakan kat Melaka ni dah byk dibincangkan dan penduduk bandaraya tu sendiri dah naik jemu sebab tak dapat nk bergerak bebas brsama keluarga. Memang la,kalau dah
Salah satu cadangan yg sy turut sokong.
hari-hari sesak je memanjang,sape nak keluar semata-mata nak pergi jalan-jalan saje kan. Tapi walau sesak mcm mna pun,yg pasti sy akan tetap brkunjung ke Melaka. Cuma harap kerajaan Melaka dapat lah mnghapuskan sedikit traffic light tu supaya tak sesak sgt. Baru lah sedap skit nk pergi melancong ke Melaka dan taklah sakit kepala.huhu...

1 comment:

  1. Memang sesak pun. Aku yang duduk Negeri Melaka masuk Bandaraya Melaka setahun sekali je. Kalau nak shopping ke, makan-2 ke , jalan-2 ke. Pergi Seremban je. Nak pergi Seremban senang, masuk Highway PLUS terus shoot ke Seremban. Dalam 30 minit sampai dari rumah aku-Seremban. Kalau nak pergi Bandaraya Melaka ambil masa 1 jam 15 minit. Hawau betul traffic light.

    ReplyDelete