Powered By Blogger

Monday, January 10, 2011

Cerita Cik Ti dan Miss N

Lepas 2 jam prjalanan yg memenatkan,akhirnya sy smpai kat rumah sewa sy di Repoh ni. Sebulan lebih dah tinggal tak ada orang duduk situ. Hajat di hati sampai kt rumah nak qada tido yg terganggu sepanjang prjalanan malam tadi,tapi bila bukak je pintu rumah...uwaaaa....rasa macam nak pitam tgok keadaan rumah. Bersepah macam baru lepas banjir,taik tikus pulak penuh kat lantai,meja,dan ntah mana2 lagi...pendek kata semua tempat yg mendatar ada la taik tikus tu. Geli betul tngok taik dia yg bujur2 tu....siot punya tikus. Terpaksa la sy mnumpang tidur kat rumah kawan.huhu..
Petang tu kebetulan ada pasar malam,sedang kami jalan2 kat pasar tu,nk dijadikan crita,terjumpa la dgn pakcik jual sangkar tikus...so kami beli la sebijik sangkar...ala..sangkar yg empat segi yg ada pintu otomatik tu... Malam tu jugak letak kat penjuru bilik. Esok pagi bangun tidur dh ada hasil tangkapan. Mmang brkesan ahh sangkar nih..padan muka kamu Cik Ti..haha

Ratatouille

Ok2...kes Cik Ti dah mula nak selesai dah..depa pun dh tak brani datang ke istana kami nih sebab takut kena seksa mcm kwn dia yg masuk jerat tu..haha.. Tapi satu lagi yg tak bole tahan ialah Miss N (nyamuk). Knape semua org sgt benci nyamuk? Jwapan yg basicnya ialah diorang ni suka sgt gigit org masa tidur dan jaga..tak kira waktu,mesti Miss N ni sentiasa mnemani kita. Housemate sy ada beli ridsect utk kurangkan kroni miss N. Agk brkesan jugak la kepada nyamuk dan kpada sy juga,sbb sy mengidap G6PD deficiency dan amat alah pd chemical2 nih. Biasalah dah duk ramai, tiba2 je terdedah ngan semburan ridsect ni, direct plak tu..dalam duk ramai2 xtau sape yg jd tukang sembur (time tu tgh tdo)..bgn pagi trus sakit kpala..risau jgk..kalo bole dh xnak dh dduk wad.serik ooo... 


Tapi spatutnya bukan sy saja yg kena jaga2 bab pnggunaan racun ni,yg normal pun kena jaga2 jugak. Ye lah,hari2 direct je hidu benda tu, awl2 mmang xda apa2, nnti kalo dh jadik ape2 nnti,kan ke mnyesal sumor idup. Ada crita yg sy dgr racun serangga ni bleh mnyebabkan kanser kalau kita sedut slalu. Betul ke?.. xtau la.huhu.. Jadi kat sini sy dh siap tulis langkah-langkah pencegahan/keselamatan penggunaan racun di rumah:

- Racun hendaklah disimpan dengan selamat sebelum dan selepas digunakan untuk menggelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
- Seelok-eloknya simpan di tempat yang tinggi dan tidak dapat dilihat oleh kanak-kanak.
- Tempat simpanan yang berkunci dan jangan simpan bersama bahan-bahan makanan dan minuman.
Simpan dalam bekas asal racun tersebut dan jangan pindahkan ke dalam bekas lain.
- Tempat racun diletakkan hendaklah tidak mudah dilihat oleh kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
- Gunakan bekas khas untuk menyediakan racun tikus dan jangan sekali-kali gunakan bekas itu untuk   menyediakan makanan.
- Jangan sediakan racun tikus dengan tangan dan sebaiknya cuci tangan selepas menyediakan racun tersebut.

- Gunakan racun semburan 20-25 minit sebelum masuk tidur.

- Elakkan daripada terdedah atau menghidu asap atau wap racun terutamanya bagi pengidap alahan, G6PD dan anemia.

- Sebelum menggunakan racun semburan pastikan tiada sesiapa di situ dan segala permainan kanak-kanak disimpan ke tempat lain.
- Pastikan ubat nyamuk (lingkaran) digunakan dalam bekas yang sesuai dan jauhkan dari sebaran bahan yang mudah terbakar.

Actually sy bukannya pembenci ridsect atau yg seumpama dengannya,tapi cuma berhati-hati saje. Ianya selamat digunakan,dgn syarat kena la ikut peraturannya. Tu je.....

No comments:

Post a Comment