Powered By Blogger

Sunday, January 30, 2011

Belajar di TBS

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.


Sempena cuti Tahun Baru Cina tahun ni,saya mengambil keputusan utk balik ke Tangkak memandangkan saya mempunyai cuti selama 9 hari. Mula2 saya ambik keputusan nak  booking penerbangan pada malam 28 Januari memandangkan malam tu ada tiket penerbangan tambang promosi tapi sebab saya terlalu sibuk dengan assignment dan lab report yg melambak-lambak,akhirnya promosi tu terlepas gitu saja tanpa sempat saya menempah tiket tu. 

Akhirnya saya ambik keputusan utk balik naik tren Ekspres Langkawi. Saya memang merupakan salah seorang penumpang setia tren ni,sampai makcik yg jual tiket kat stesen KTM Arau tu pun dah kenal saya. Dan dia lah yg mengajar sy macam mana nak beli tiket last minute time musim perayaan. Time saya datang beberapa hari sebelum tarikh saya nak balik tu,tiket dah sold out.. So makcik tu bagitau kalau nak beli tiket yg ada seat,datang time pagi hari perjalanan sebab biasanya pihak KTMB mesti ada tambah gerabak pagi tu kalau tiket dah sold out. Jadi pagi2 28 Januari tu saya dah dok terpacak depan kaunter tiket tu dan nak dijadikan cerita,akhirnya saya dapat jugak beli tiket dengan seat.

Ekspres Langkawi dari gerabak paling depan

Lebih kurang pukul 7 malam,tren ni bergerak meninggalkan pekan Arau yg di'cintai' tu. Dari mula tu sampai lah tren berhenti kat Bukit Mertajam,nak ditakdirkan seat sebelah saya tu ialah student perempuan sama universiti dgn saya,agak cute jugak la..tapi saya tak berani nak berborak sangat. Kang tak pasal2 dia cakap saya nak mengurat dia pulak..huhu

Sejak kebelakangan ni,tren KTM dah mula menepati masa. Tren yg saya naik tu pun sampai kat KL Sentral lebih kurang pukul 5.45 pagi,cuma lewat 5,6 minit saja dari jadual asal...


Dari KL Sentral,saya naik komuter ke Bandar Tasik Selatan utk ke Terminal Bersepadu Selatan kat Bandar Tasik Selatan. Tambangnya cuma satu hinggit malaysia atau RM1 saje. Sampai kat stesen Bandar Tasik Selatan dapat lah nampak terminal TBS yang besau tu. Lagi besar dari LCCT tau. Keluar dari komuter saya terus hilang arah. Langsung tak ada papan tanda arah utk pengguna ke terminal baru tu. Memang lah dia terletak bersebelahan,tapi takkan nak lintas je kat landasan STAR,Komuter dan ERL tu.. Saya terpaksa tanya pd sorang tukang cuci kat stesen komuter tu dan dia pun bagitau cara2 nak ke terminal tu dari A sampai Z. 

Macam ni la lebih kurang pelan kedudukan Terminal TBS ni. Jejantas pertama tu ialah jejantas lama yg menghubungkan ERL,KTM Komuter dan STAR LRT tu. Dari STAR LRT atau Komuter, anda kena ikut signboard arah ke KLIA Express iaitu ikut arah anak panah merah dalam pelan kat atas. Terus saja sampai hujung jejantas dan lepas anda melepasi tangga dan lif ke KLIA Express di sebelah kiri,kat hujung jejantas tu ada eskalator utk naik ke satu lagi jejantas yg lebih tinggi(jejantas kedua). Terus naik ke eskalator dan sampai atas,anda dah boleh nampak pintu masuk ke bangunan TBS tu. 


Nak beli tiket bas kat sini pun lain dari yg lain. Sistem nya ala-ala airport,nak beli tiket kena bagi kad pengenalan (IC) dan jugak number enset. Ada pakcik tu merungut sebab katanya pihak pengurusan terminal tu banyak kerenah. Tapi kalau tengok dari segi positifnya mungkin pihak pengurusan tu takut penumpang terlepas bas jadi diorang mintak number supaya senang nak contact kalau penumpang tak sampai2 kat situ time bas nak jalan. Orang awam jugak cuma boleh menghantar penumpang sampai kat ruang legar saja sebab departure hall cuma boleh dimasuki oleh pemegang tiket saja. Actually saya dah snap beberapa gambar bahagian dalam terminal baru tu utk diletakkan kat sini tapi ianya dah dipadam oleh adik saya yg nakal tu..huhu.

Nota: Terminal TBS dikhaskan utk perjalanan bas ke selatan saja. Utk perjalanan ke bahagian lain,sila pergi ke Bukit Jalil atau ke Hentian Duta utk ke Utara.
Kebanyakan syarikat bas seperti Mayang Sari,KKKL,Delima,Cepat Ekspres dan banyak lagi dah mula beroperasi di TBS. Kepada yg nak naik bas ke selatan,anda bolehlah cuba belajar naik bas dari terminal ni supaya tak kekok di masa depan.

No comments:

Post a Comment