Powered By Blogger

Sunday, January 16, 2011

Perubahan Jadual Perkuliahan 2011

Baru2 ni beberapa berita yg tak brapa enak didengar tersebar antara student UiTM Arau. Salah satunya ialah berkenaan cuti semester yg dipendekkan. Mula2 sy xmau percaya sebab belum ada statement drpada HEA. Beberapa hari lepas masa bukak student portal,sy terpandang notis ini:


Ok2..nmpaknya HEA dah keluarkn notis ini. Bagi pelajar pra-diploma,diploma dan asasi,cuti hujung semester Januari-Mei 2011 akan bermula pada 8 Mei 2011 dan berakhir pd 29 Mei 2011. Bermakna cuti utk mereka2 ni cuma lebih kurang 3 minggu saja. Dan drpd kenyataan ketua program EC bila sy tanya lebih lanjut, perkuliahan intersesi atau famousnye dipanggil shortcourse xkan dijalankan lagi. Ianya depend pd kampus. Kalau diorg decide nak buat,maka ada lah shortcourse tu. Utk kampus Arau,beliau kata stakat ni tak ada cadangan utk teruskan shortcourse kat kampus tersebut. Kelas utk sesi Mei-Oktober 2011 akan bermula pd 30 Mei 2011 hingga 13 September dengan cuti pertengahan semester pd 16 hingga 24 Julai 2011. 

 ''Student registration  according to group occurs within the period  of 3 weeks before the lecture commences.  The details are given in the Academic Calendar of each session which can be viewed from the Academic Affairs portal.''



Dan cuti kedua sperti yg semua dah tau ialah pd 27 Ogos 2011 hingga 4 September 2011 iaitu cuti Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan. Cuti ulangkaji akan bermula pd 14 hingga 18 September 2011 dan peperiksaan akhir pada 19 September 2011 hingga 9 Oktober 2011. So...sape2 yg nak tempah tiket pnerbangan tu boleh la tempah mulai sekarang ye. Dan khas utk sape2 yg nak mengambil peperiksaan MUET pd sem depan, peperiksaan MUET akan berlangsung pd 19 November 2011,iaitu sehari sbelum cuti sem tamat pd 20 November 2011. 




Oleh sbab shortcourse dah dimansuhkan,En. Mukhlis mencadangkan kpd sesiapa yg ada repeat byk subjek supaya memilih utk extend atau ambil part 7 instead of mnyumbat smua subjek dlm sem 6. Ia supaya tak membebankan si repeaters apabila cuba menyumbat-nyumbat semua subjek yg tak sempat ambil pada sem 6 dan mnyebabkan keputusan teruk. Lagipun utk penyambungan ke program ijazah,diorg tak tgok brapa sem korang repeat. Kalo repeat smpi sem 8 pun,tpi CGPA tinggi,diorg akan terima jugak anda ke program ijazah..


Manakala utk program ijazah pulak,cuti semester utk sesi Jan-Mei 2011 bermula mcm biasa iaitu pd 8 Mei 2011,dan diorang bolehlah mula mencari-cari kerja yg boleh dilakukan masa cuti nnti. Agak rugi kalau diorang tak pergi kerja sebab cuti utk program ijazah ialah 4 bulan disebabkan berlaku penyelarasan kalendar akademik IPTA yg dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Utk maklumat lanjut mengenai penyelarasan kalendar akademik IPTA,sila klik sini.


Jadual Perkuliahan utk pelajar Degree,Master dan Doctoral(tak tau nak translate)

No comments:

Post a Comment