Powered By Blogger

Tuesday, November 16, 2010

Rasa penat pulak nak menulis entri ini..huhu.

Actually,saya baru balik dari Arau semalam. Walaupun naik penerbangan terus dari LTABL ke Senai Airport, Johor Bahru, tetap rasa penat skit. Tak tau la kenapa..

Dua hari lepas,untuk mengisi masa lapang yg ada,saya sama dgn Amin bercadang singgah kat rumah kawan saya kat Kepala Batas. Tuan rumah ajak singgah sebab kebetulan dari rumah dia pun dah senang nak ke airport nanti.
 
Menunggu tren Ekspres Langkawi sampai

Naik tren dari Arau pukul 7.00 malam,sampai kat Bukit Mertajam pukul 9.30 malam. Ayah dia dah menunggu kat sana. Lepas beliau membelanja kami makan, kami pun balik lah ke rumah dia. Agak segan jugak la sebab family dia layan kami macam kat hotel pulak..haha

Rumah di pinggir sawah

  Pemandangan kat depan rumah. Kat hujung tu ialah blok asrama Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Nak dekat tengah hari sikit, saya dan Amin pinjam motor utk ke pekan Kepala Batas. Cocok duit,jalan2..hehe..

Pekan Kepala Batas ni macam pekan2 lain jugak,tapi bezanya kebanyakan nama kat sini ada nama Dato' Kailan, Abdullah, Ahmad Badawi,dan yg sewaktu dengannya la...disebabkan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan kat sini..
Boarding pass. Tak ade benda ni takleh naik airplane tau..

Departure time pukul 4.50 petang tapi kaunter check-in & baggage drop tutup sejam sebelum departure time. Lebih kurang pukul 3 petang,kami dah gerak dari rumah Khalil utk ke airport. Kalau tak sangkut dalam traffic jam,paling lewat sejam dah sampai kot.harap2 tak de lah traffic jam ye..ops..ops.. Singgah kejap kat stesen KTM Butterworth, jemput si Paan yg baru gerak dari Arau pagi tadi.

Dan nasib baik kami tak tersangkut dalam traffic jam. Pukul 3.45 dah sampai kat airport. Sempat bergambar kat sebelah mesin x-ray. Bagasi yg nak didaftar(bagasi yg nak letak dalam tempat barang) mesti dimasukkan dalam mesin x-ray tu....

....utk mendapatkan tag kuning ni. Kalau tak ada tag ni,bagasi tak dibenarkan letak dalam tempat barang. Maknanya penumpang kena bawak sendiri la dalam kabin.

Tapi kalau bagasi tu lebih 7kg, tak boleh bawak masuk kabin. Takut airplane tak seimbang masa berlepas. Lagipun buatnya nanti airplane tu bergegar,beg tu jatuh timpa orang pulak. Jadi, pandai2 la.. Nak tinggalkan kat situ boleh,nak sedekah kat orang pun boleh..haha
Barisan kat kaunter check-in dah panjang macam keretapi. Selamat kami dah buat self check-in kat internet,jadi tak payah lah beratur lagi kat situ,terus je ke kaunter baggage drop utk daftar bagasi.
Baggage dro counter. Aish..kepala sapa la tu.


Sementara ada masa  sebelum boarding time,sempat lah kami meng'online'kan diri kat departure hall menggunakan wireless airport yg free lagi laju tu. Syok sangat online sampai tak perasan status penerbangan kami dah bertukar kepada ''boarding''.
 

Kemas2 laptop pastu kami terus jalan ke gate 10 utk naik airplane. Dia panggil penumpang ikut tempat duduk,jadi kena la tunggu sampai giliran kami naik.
 

Para pekerja duduk berteduh kat bawah airplane..



Bersiap-siap sebelum berlepas. Sila letak beg elok2 dan pasang tali pinggang ya.

Pemandangan dari udara. Nampak sayap je

 Sampai pun..   :)
Posing kejap..





No comments:

Post a Comment