Sempena cuti Tahun Baru Cina ni,sy mempunyai cuti selama 9 hari dan selamat sampai kat umah sy yg tercinta ni pd pagi Jumaat lepas,sejam sbelum orang2 Tangkak mula semayang jumaat. Selalunya emak sy ajak pergi kebun time cuti ni,at least ada la jugak keje nak dibuat. Tapi sejak balik hari tu sy tak berkesempatan utk melihat sinaran haba dari Encik Matahari sebab hari2 asik hujan je. Dari pagi,sampai ke malam,membawak ke pagi balik asik ujan je. Nak keluar rumah pun susah. Hari2 duk dalam selimut sambil ternak lemak pun bosan jugak tau.
Akibat dari tindakan kumpulan hujan yang langsung tak menunjukkan kesudiannya utk berenti turun ke bumi selama beberapa ratus jam,kebanyakan area kat Johor, Negeri Sembilan dan Pahang dah dilanda banjir lagi. Banjir kali ni hampir2 menyamai banjir besar lebih empat tahun lpas iaitu pada Disember 2006.
Time sy menonton laporan pasal banjir ni kat Buletin Utama,sy terfikir betapa bertuahnya sy sebab di mana bumi sy pijak,di situlah dia nak banjir. Akhir tahun lepas,masa sy tengah busy dengan persiapan utk final exam kat Arau,seluruh pekan kecik tu dinaiki air. Semua jalan keluar dari rumah sewa sy kat Repoh, Kangar dah ditenggelami air. So masa yg ada tu hanya digunakan utk buat persiapan berpindah saja. Sy hanya sempat snap beberapa puluh gambar saja sepanjang laluan yg kami lalui masa berpindah dan gambar2 tu belum cukup utk menceritakan keadaan sebenar negeri Perlis time banjir tu.
So bila sy balik sini,banjir pulak kat Tangkak ni. Kebetulan sy tengah bercuti. Assignment yg agak menimbun tu pun sy dah tinggalkan kat Arau tu utk santapan bila balik sana nnti. Jadi dgn masa yg agak byk tu sy cuba la menjelajah mencari2 tempat yg terjejas akibat banjir kali ni.