Tuesday, February 1, 2011

Banjir..banjir dan banjir lagi

Sempena cuti Tahun Baru Cina ni,sy mempunyai cuti selama 9 hari dan selamat sampai kat umah sy yg tercinta ni pd pagi Jumaat lepas,sejam sbelum orang2 Tangkak mula semayang jumaat. Selalunya emak sy ajak pergi kebun time cuti ni,at least ada la jugak keje nak dibuat. Tapi sejak balik hari tu sy tak berkesempatan utk melihat sinaran haba dari Encik Matahari sebab hari2 asik hujan je. Dari pagi,sampai ke malam,membawak ke pagi balik asik ujan je. Nak keluar rumah pun susah. Hari2 duk dalam selimut sambil ternak lemak pun bosan jugak tau. 
  
Akibat dari tindakan kumpulan hujan yang langsung tak menunjukkan kesudiannya utk berenti turun ke bumi selama beberapa ratus jam,kebanyakan area kat Johor, Negeri Sembilan dan Pahang dah dilanda banjir lagi. Banjir kali ni hampir2 menyamai banjir besar lebih empat tahun lpas iaitu pada Disember 2006. 

Time sy menonton laporan pasal banjir ni kat Buletin Utama,sy terfikir betapa bertuahnya sy sebab di mana bumi sy pijak,di situlah dia nak banjir. Akhir tahun lepas,masa sy tengah busy dengan persiapan utk final exam kat Arau,seluruh pekan kecik tu dinaiki air. Semua jalan keluar dari rumah sewa sy kat Repoh, Kangar dah ditenggelami air. So masa yg ada tu hanya digunakan utk buat persiapan berpindah saja. Sy hanya sempat snap beberapa puluh gambar saja sepanjang laluan yg kami lalui masa berpindah dan gambar2 tu belum cukup utk menceritakan keadaan sebenar negeri Perlis time banjir tu.

So bila sy balik sini,banjir pulak kat Tangkak ni. Kebetulan sy tengah bercuti. Assignment yg agak menimbun tu pun sy dah tinggalkan kat Arau tu utk santapan bila balik sana nnti. Jadi dgn masa yg agak byk tu sy cuba la menjelajah mencari2 tempat yg terjejas akibat banjir kali ni. 




 Tengok paras air yang dah separas dengan jalan. Gambar ni dirakam pd 30/1/2011 di Kampung Seri Ma'amor dan pada 31/1/2011,kawasan ni dah ditenggelami air dengan sadis skali... Semua mangsa selamat dipindahkan ke Sekolah Agama Bandar Tangkak.  Kesian orang ni. Baru nak kawin dah banjir. Apa nak buat,dah takdir..

  
Gambar seterusnya ni dirakam di Kampung Tanjung Labuh. Kami cuma boleh sampai kat sini saja sebab kampungnya dah tenggelam paras pinggang. Amat takut rasanya nak meredah banjir dalam gitu. Kang tak pasal-pasal je....


 


Jalan Jasin-Tangkak yg ditutup kepada semua kenderaan sebab banjir pd 31/1/2011. Gambar ni diambil pd sebelah petang,iaitu lepas air surut. Jalan masih belum bukak lagi utk dilalui kereta sebab takut tanah mendap jadi kami terpaksa jalan kaki utk meninjau keadaan kat hujung sana.


Projek jambatan yg terpaksa dihentikan. Habis hanyut kon merah putih tu. Siap sangkut2 lagi celah pokok sawit..huhu




Kat bawah ni ialah gambar yg sempat sy cilok dari blog Encik  Azuwan memandangkan sy tak dapat memasuki bandar Segamat sebab semua jalan dah ditutup pd semua kenderaan. Kalau nak jalan kaki tu agak kesusahan jugak la..huhuhu
Atas: Gambar hari cuaca biasa      Bawah:  Gambar semalam

Paras air sungai ni pada masa hari biasa jauh lebih rendah dari paras deck jambatan keretapi tu macam dalam gambar atas tu. Dapat bayangkan lah apa jadi kalau kita terjatuh kat dalam sungai tu..huhu


Gambar dalam Berita Harian. Tengok landasan keretapi yg rosak teruk

Dan banjir yg melanda daerah Segamat,Labis dan jugak Gemas menyebabkan landasan kereta api kat sana rosak teruk. KTMB dah keluarkan notis kat bawah ni utk bagitau mengenai gangguan perjalanan tren yg melalui landasan di antara Tampin hingga Labis.


Ni gambar yg saya rakam di jambatan Sungai Muar arah ke pekan Panchor. Setiap kali nak pergi kebun kat Kampung Sungai Renggam memang kami lalu jalan ni,tapi ianya dah dinaiki air. Sedara sy pun ajar kami menggunakan jalan tanah merah kat Taman Pagoh Jaya. Masuk dari sana,tembus kat Kampung Terus,jalan nak pergi RSA Pagoh arah selatan.



Lepas habis kerja kat kebun,tengah hari tu kami pergi berjalan-jalan kat hujung kampung. Saja je nak tengok2 banjir. Actually masa kami jalan ke sana, banjir baru nak naik. Tapi dah ada la rumah yg tenggelam. Contohnya  rumah yg tenggelam kat Kampung Sungai Renggam ni. Kepada semua yg terlibat dgn bencana banjir ni,harap bersabar ye. 

Ni gambar yg sy ambik semalam di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka.






Nak tau jalan yg tutup,sila baca entri ini.

1 comment:

  1. Assalammualaikum, kampung seri maamor tu kampung say, rumah yg nak wat kenduri kawen tu pon umah sedara saye :D

    ReplyDelete