Powered By Blogger

Wednesday, March 2, 2011

bb oh bb...

Kalau siapa2 perasan,sejak 5 Februari lepas,saya dah tak mengupdate kan blog ni. Nampak macam dh terbengkalai je..huhu. Actually saya tak dapat menulis entri baru sebab time lepas balik ke Arau sempena cuti Tahun Baru Cina aritu, kuota broadband Maxis saya untuk 27 Januari 2011 sampai 27 Februari 2011 dah habis digunakan. Tak tau la macam mana boleh habis. Maybe kawan2 saya buat tengok video kot..huhu.



Selamat saya guna Maxis bb,jadi saya boleh track balik usage. Maknanya saya boleh agak siapa yg guna byk sangat kuota bb saya tu. Cuma tak nak lah heboh2. Nak buat mcm mana, nnti tak bagi dikatanya kita kedekut, bila bagi mcm ni lah. Yang tanggung kesusahannya saya sendiri. Memang la maxis broadband tak kenakan caj lebih kalau bandwidth habis, tapi broadbandnye jadi slow gila ah.. Kalau biasa time waktu puncak (office hour) download rate boleh smpai 6Mbps, bila lepas habis bandwidth nak sampai 300kbps pun payah even kita online waktu malam. Saya jugak yg merana. Bayar RM68 sebulan, dpt guna sikit je. Jadi pada sesiapa yg memiliki broadband tak kira la Celcom,Digi or Maxis, berhati-hati lah kalau sesiapa nak pinjam ye. Bak kata kawan saya: ''Orang yang memiliki sesuatu barang tu akan lebih berhati-hati menggunakan barang tersebut berbanding orang yg meminjamnya''. Silap hari bulan, kita yang susah..huhu

No comments:

Post a Comment