Monday, March 14, 2011

Bukit Bendera @ Penang Hill

12 Mac 2011

Entri ini merupakan satu entri yg agak terbengkalai. Saya dah mula menulis sejak semalam tapi tak dapat nak habiskan disebabkan perasaan penat+sakit kaki akibat memanjat Penang Hill yang tak mau hilang lagi. Baru sentuh laptop,dah terlelap.. Tapi bak kata pepatah,sikit2 lama lama jadi bukit Bendera, akhirnya entri ini berjaya jugak disiapkan! 

Hari Sabtu lepas, bersamaan 12 Mac 2011, saya dan 5 lagi kawan bersiar-siar kat Penang. Dan salah satu aktiviti yg dirancang ialah memanjat Bukit Bendera atau Penang Hill sebab saya dari dulu memang teringin nak ke puncak bukit tu tapi hajat tu tak kesampaian sebab projek utk renovate keretapi Bukit Bendera tu tak siap2 lagi sejak beberapa tahun lepas. Daripada maklumat yg saya dapat drpada org2 kat situ,perkhidmatan train furnicular tu hanya akan dibuka pada 2X April 2011 (saya tak ingat tarikh yang tepat). Jadi kami ambik keputusan nak mendaki lalu jalan jip lah.


Kalau anda dari arah Bayan Lepas,Gelugor atau GeorgeTown, atau kalau nak senang masuk Jalan Masjid Negeri dan terus sampai hujung (menghala ke Batu Feringghi). Lepas tu ikut jalan ke Kebun Bunga. Signboard banyak, so jgn risau sesat ya.. Anda jugak boleh naik teksi atau naik bus nmbor 7 dari Stesen Bas Komtar utk ke sini.

Jalan jeep utk mendaki Penang Hill tu ialah kat Penang Botanical Garden ini. Ianya jugak salah satu tempat menarik kat Penang..
Masa kami sampai kat situ,ramai tourist datang melawat. Maknanya memang terkenal lah tu...

Penang Botanical Garden

*Untuk maklumat tentang Botanical Garden,sila lawat entri ini.

Jalan jeep ni sebenarnya dibina utk memudahkan jip2 penduduk turun naik dari puncak. Tapi pejalan kaki pun boleh jugak mendaki lalu jalan ni. Cuma kena berhati-hati lah sikit supaya tak dilenyek jip yg lalu lalang. Pelawat boleh memilih utk mendaki secara berjalan kaki atau menaiki 4WD dengan caj yg berpatutan.

Kami start naik bukit jam 9 pagi. Awal2 lagi jalan dah curam sampai 35-40 darjah. Siap boleh main guling2 lagi kat atas jalan tu. 


Tapi awas! Elakkan berlari masa naik bukit sebab kawan saya pun buat mcm tu..last2 kaki dia kejang2.. Naik secara jalan kaki secara santai saja sebab jarak utk ke puncak tu memang jauh. 5.2 kilometer kena jalan kaki secara naik bukit curam. Kalau awal2 dah pancit alamatnya memang tak sampai la nak jalan naik atas...

Nak agak berapa curam jalan tu,cuba perhatikan betul2 lumut2 kat dinding tepi tu...

Dalam perjalanan tu,terjumpa jugak orang2 yg baru turun dari atas...

Actually mereka ni jalan menuju ke bawah. Kiranya diorang jalan terbalik la.. Nak turun dari bukit tu kena jalan secara mengundur supaya senang imbangkan badan dan utk elakkan otot betis sakit dan cedera..

Kat tepi jalan ada dipasang signboard yg menandakan kilometer. Disebabkan jalan yang curam dan exercise yg sikit, saya terpaksa berenti rehat kat setiap 100m. Dan sampai kat kilometer 1.2, saya dah rasa macam nak pitam dah. Tengah rehat2 tu,ada la jip majlis bandaran lalu. Dia berhenti nak kasi tumpang, saya pun naik je la. Sekejap je dah sampai kat atas..hehe..

Trima kasih pakcik!!   :)

Nampak tak menatang yg kaler coklat belakang pakcik tu? Tu ialah gerabak keretapi Penang Hill yang lama. Saja diletakkan kat situ utk tatapan generasi akan datang. Kalau tak nnti mesti adik2 kita ingat train electric yg dah hampir siap tu memang dipasang oleh British dari dulu lagi..huhu

Pemandangan Pekan Bukit Bendera..

Kat atas ni sebenarnya banyak tempat utk berjalan-jalan. Suhunya pun sejuk nyaman je, tak panas macam kat bawah. Tapi titian kanopi tak boleh naik sebab dah rosak kena timpa tanah runtuh..


Sempat lah posing2 kejap..


Pemandangan bandar George Town dari atas. Dapat dilihat jambatan Pulau Pinang merentasi laut. Dapat jugak kita memantau traffic jam dari atas. Masa kami kat atas ni,nampak Jalan Masjid Negeri tengah jammed.




Masjid yg ada di puncak bukit

Mesti meriam ni marah saya sebab ambil gambar punggung dia   :P


Perjalanan turun akan saya tulis kemudian..

3 comments:

  1. slm mr. hazwan. sy plan nk g penang ari khamis ni(7 julai). leh x kongsi sket pengalamn anda g bkt bendera..just nk tnya, kalau dri batu feringgi ke bkt bendera brapa lma msa utk smpai ctu? TQ

    ~cpgirz~

    ReplyDelete
  2. sorry lambat reply ye.bleh saya tau tak anda nak naik ke atas guna khidmat jip atau naik tren? perkhidmatan jip utk naik ke atas bermula/tamat kat Botanical Garden. Lagi dekat dengan batu feringgi tapi tambang maybe mahal sikit kot.
    Pasal yang pengalaman tu,rasanya kat atas tu best sebab pemandangan cantik je. Banyak bangunan2 zaman british,pendek kata rasa mcm ada kat oversea kejap. =) Lagi satu kat atas tu udara sejuk je. Dapat rasa bezanya dengan kat bawah bukit. Jemput2 la melawat ye

    ReplyDelete
  3. sy nk g bkt bendera dgn kereta dari btu feringgi. cuma nk tau aggaran msa utk smpai ke ctu..^_^
    kalau kena guna jip or train, sy prefer naik train la kot sb murh sket. apa2 pon, mekasih ye! =)

    ReplyDelete