Monday, March 28, 2011

Ohh...besday!

Pukul 1 pagi tadi, kembar saya call. Lebih kurang mcm ni lah perbualannya:

Dia: Wan hidden birthday pd semua orang ke?
Saya: A'ah. Knapa? (mamai2)
Dia: Ooo..man suruh hiddenkan dari budak2 maktab je.

Baru saya teringat. Ooo..hari ni hari jadi saya. Tak ingat langsung..semua test dan assignment punya pasal.. haha

Tiba2, saya pun teringat....

20 tahun lepas, waktu macam ni lah (10.32 pagi), mak saya tengah bertarung nyawa melahirkan saya dan kembar saya.. tak dapat bayangkan seksanya beliau masa tu..

Dah selesai melahirkan saya, beliau kena tinggal kat wad lagi. Saya kena jaundice (demam kuning). Tak tau lah berapa lama..mak saya takde bagitau pun.

Lepas tu, saya dibawak balik ke rumah dan dibesarkan dgn penuh kasih sayang macam anak2 orang lain..

Mak saya sanggup tak makan utk pastikan anak2 cukup makan..

Bila ada duit lebih, beliau cuba memenuhi kemahuan anak2..

Disebabkan saya mengidap G6PD deficiency, mak saya pun turut sama elakkan guna benda2 yg saya tak boleh consume walaupun ianya nampak remeh mcm encik kacang..supaya saya takde keinginan utk try2 benda2 tu..

Nampak mcm sedap je..

Setiap kali saya sakit, dia menjaga saya walaupun terpaksa berulang-alik bekerja dan terpaksa tidur atas kerusi kat wad tiap2 malam..

Walaupun saya selalu buat nakal, dia tak pernah menyesal melahirkan saya..

Kalau saya bangun lewat,dia tak pernah sebat saya dan tak pernah jirus air..hehe


Akhirnya jadilah saya seperti hari ni...

Saya sayang mak saya!!

Takkan ada sesiapa yg boleh menggantikan tempat emak saya.. 


Ok2..dah berenti sedih2..   =)

Pagi tadi bangun tido je saya terus online. Bukak fesbuk lah. Kat wall saya dah ramai yg wish Happy Birthday. Ohh..tak sangka pulak. 

Walaupun saya terhiddenkan besday saya, ramai yg dah wish kat wall saya tanpa jemu sejak malam tadi lagi..

Rasyidah Mohd Sani (kawan sejak taski Abim tangkak)
Iylia Inani (sepupu saya)
Hidayah Rahman
Hazimah (akak saya)
Lina Yusuf 
Adibah Arifin (sekarang di Cairo)
Muhammad Nor Azreen
Nor Atikah
Eyca Aziz (sori la..tak tau nama penuh..hehe)
Alifah Amin (sepupu saya) dan adiknya Asiyah Amin
Nursyahidah (kawan skolah rendah)..semangat nak wish smpai salah eja   =P
Zawir Abdul Rahim (kat Indonesia kot)
Sedara mara saya, Aniza dan Zainatun
 
Walaupun dah lama tak jumpa,diorang boleh ingat pulak besday saya. Saya sendiri pun hampir2 lupa. Pada yg nak wish tapi tak tau besday saya, sori byk2 ya.. Takda niat pun nak sorok.. tak sengaja..huhu

Sesekali saya terfikir..saya amat bertuah sebab mendapat ramai kawan yg baik dan tak mudah lupakan kawan..

kawan2 yg sentiasa menolong dan mensupport saya..
 
Terima kasih daun keladi..nnti besday diorang saya pulak yg wish..haha

No comments:

Post a Comment