Powered By Blogger

Wednesday, April 6, 2011

Pantai Sungai Bahru, Perlis

*Peristiwa ini berlaku pada 25 Mac 2011

Saya memang amat2 teringin nak menulis entri pasal tempat ni tapi tak sempat sebab terlampau sibuk dengan assignment, test dan report yg melambak2. Hari ni, lepas dah siapkan kerja2 tu semua, baru lah saya berkesempatan menulis kat blog ini.

Peristiwa banjir kat Kangar pun saya tak sempat tulis lagi. Nanti kalau rajin saya tulis la.

25 Mac lepas, saya pergi cuci mata kat Pantai Kuala Sungai Bahru. Saje je jalan2 kat sana sebab dengar cerita,kat sana ada pantai. Teringin jugak nak main pasir, buat istana pasir macam masa saya bercuti kat Port Dickson dulu.


Pantai Kuala Sungai Bahru ni bukan la pantai yg popular dan cantik, boleh la kalau setakat nak main pasir dan nak jalan2 saja. Cuma kat area Perlis ni, pantai ni lah satu-satunya pantai yang belum tercemar. 

Kalau datang waktu petang time matahari nak terbenam, dapat dilihat ramai orang datang berjalan-jalan kat sini. 

Jalan pesisir pantai Kuala Sungai Bahru

Pantainya sebenarnya ada terletak kat bahagian bawah tembok batu tu..tapi masa saya sampai kat sana, air laut tengah pasang. Jadi pantainya dah dibanjiri air laut. Sebab tu tak nampak dengan mata kasar..huhu

Dari situ, kami jalan2 pulak kat kampung nelayan Sungai Bahru. Cantik jugak pemandangan kat sini..amat2 sesuai untuk photographer2 yg suka ambik gambaq matahari terbenam.

Kampung nelayan Sungai Bahru

Kat perkampungan nelayan ni, ada jugak penduduk yang mengusahakan perusahaan ikan kering. Masa saya lalu kat celah2 rumah tu, ada la beberapa buah rumah yang ada ikan kering tengah berjemur kat depan. So..sapa2 yg nak ikan kering segar tu boleh lah dapatkannya kat sini.
Kat tepi pantai ni jugak terdapat satu stesen janakuasa elektrik milik Teknologi Tenaga Perlis Sdn. Bhd. Dari jauh dah nampak tiga batang cerobong asap janakuasa tu. 

Pemandangan dari perkampungan nelayan Sungai Bahru

Gambar dari depan loji janakuasa

Pemandangan loji janakuasa waktu malam

Opp..lupa nak bagitau.. Loji janakuasa tu bukannya tempat pelancongan tau. Jadi orang awam tak dibenarkan masuk..tak dapek la nak melawat..haha

Dalam perjalanan balik ke Kangar, kami singgah ke pasar malam kat pekan xxx..tak tau apa nama pekan tu


Pasar malamnya sama ja dengan tempat lain tapi barang mentah kat sini lagi murah daripada kat Arau. Ikan kembong kalau kat Arau sepinggan (dalam 9-10 ekor) paling murah pun RM5. Kat sini boleh dapat sepinggan RM3 je. Fresh lagi baru naik dari laut..   =)

Dan lepas tu, kami pun balik lah ke rumah....


Sekian

1 comment: