Semalam ada sorang kawan saya kat facebook telah menshare satu cerpen pasal huru-hara di bulan ramadan. Cerpennya berbunyi macam ni:
---------------------------------------------------------------------------------------
03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat )
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..
Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Actually nota atau mesej ni dah lama jadi isu hangat kat facebook dan blog-blog. Dah basi pun,tapi masih ada lagi yang kutip dan terus share pada kawan-kawan. Kebetulan malam tadi saya ada masa yg lapang sangat, sempat la saya menggodeh isu ni kat beberapa laman forum yg dicari guna encik Google. Kat sini saya copy salah satu jawapan yg menarik dan jelas mengenai hadis yg digunakan dalan notes tu:
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini jawapan dari JAKIM
"Walaikum salam....
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas
Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.
Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).
Wallahu a'lam...semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...
Wassalam...
Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)
29 Julai 2009
----------------------------------------------------------------------------------
Status hadis ini: Hadis palsu, lihat, Al-Albani, dalam kitab Silsilah Dhaifah, no: 6471
Ni pulak jawapan daripada forum satu lagi:
Ini pula jawapan Ustaz Adlan AAN
1- Hadith ini adalah di antara hadith-hadith palsu dan tidak sahih yang tersebar setiap kali tibanya bulan Ramadhan yang mulia. Walaupun telah berulang kali diterangkan oleh ramai ulama hadith masa kini, hadith ini tetap tersebar dan berlegar dalam masayarkat.
2- Hadith ini tidak ada di dalam mana-mana buku utama hadith sebagaimana kajian para ulama hadith dulu dan kini. Walaupun ia ada di dalam buku al-Fitan karya Nu'aim Bin Hammad, ia tidak diriwayatkan oleh imam-imam hadith terkemuka dalam buku-buku utama.
3- Pengkaji hadith sejak dahulu hingga kini telah meneliti asal-usul hadith ini termasuk rantaian periwayatan yang dikemukakan oleh Nu'aim dan mendapati ia dipenuhi dengan pelbagai masalah seperti periwayat yang tidak dipercayai dan sebagainya.
4- Seharusnya umat Islam lebih berhati-hati dalam menerima mana-mana maklumat tentang Islam agar diselidiki sumber asalnya dan kesahihannya.
wallahu a'lam
------------------------------------------------------------------------
Dalam masa tak sampai sejam,saya dah dapat banyak maklumat yang cukup untuk mengesahkan ketidak sahihan hadis tu. Pelik jugak rasanya kenapa masih ada yg share lagi notes tu sedangkan dah ramai yg mempertikaikannya kat internet.
Secara asasnya, kalau tidak dinyatakan siapa perawinya( hadis riwayat siapa) better jgn di ambil melainkan yang mmg kita tahu kesahihannya. Better ambil hadis yang dari kitab yang enam bukhari, muslim, ibn marjah, an nasaie dan ahmad. yang lain tu melainkan kita ada ilmu, then boleh di tarjih dan di takrijkan (memeriksa kesahihah hadis dan mengeluarkan hadis)...
Lain2 maklumat berkaitan hadis-hadis ni dan cara-cara mengenalpasti hadis sahih atau palsu boleh dibaca kat sini:
Ini salah satu kandungan buku tersebut yg saya copy n paste.
Cara kita ingin mengkaji sesuatu hadis bergantung kepada sejauh mana ilmu dan pengetahuan kita dalam bidang hadis. Untuk mereka yang ingin tahu, saya cadangkan di sini cara dan kaedah untuk menganalisis sesuatu hadis:
1- Bagi mereka yang menguasai bahasa Arab dan mampu membaca hasil kajian para ulama hadis terdahulu, maka cara untuk menganalisis sesuatu hadis ialah dengan menyemak terlebih dahulu apa yang telah dikatakan oleh ulama-ulama hadis tentang hadis tersebut. Sebagai contoh, jika kita bertemu dengan sebuah hadis yang terdapat dalam buku al Jami’ al Kabir atau Sunan al Tirmizi, maka kita mestilah melihat apa kata Abu Bakr Ibn al Arabi dalam Aridhat al Ahwazi, komen al Mubarakfuri dalam Tuhfatu al Ahwazi, kata pengkaji dan penyemak Sunan al Tirmizi seperti Ahmad Syakir, al Albani, Basyar Awwad Ma’ruf dan lain-lain lagi. Setelah pandangan mereka ditemui, nilailah dengan melihat kekuatan hujah masing-masing. Mungkin hadis yang sama ada dalam buku-buku lain. Maka perlulah kita melihat apa kata pengkaji buku tersebut.
2- Sekiranya telah lama berpengalaman dalam membaca kajian ulama, bolehlah mempraktikkan teori mustolah hadis dengan mengeluarkan sanad-sanad hadis tersebut lalu disemak satu persatu kedudukan periwayatnya. Ini boleh dilakukan dengan menyemak apa pandangan para ulama dalam bidang al Jarh wa at Ta’dil (pujian dan kritikan terhadap periwayat) seperti buku Tahrir Taqrib al Tahzib , Tahzib al Kamal, Mizan al I’tidal dan lain-lain lagi. Kajian ini dibandingkan dan digabungkan pula dengan langkah pertama tadi, maka hasilnya akan bertambahlah ilmu dan maklumat kita dalam pengkajian hadis.
3- Bagi mereka yang tidak mampu, maka perlulah mengambil pandangan mereka yang tahu. Kalau dalam perubatan kita merujuk kepada doktor atau ahli farmasi, dalam kejuruteraan kita akan merujuk kepada jurutera, maka dalam bidang hadis, rujuklah kepada para ilmuwan yang tahu dan berpengalaman dalam bidang pengkajian hadis.
4- Membaca buku-buku hadis yang telah diterjemah juga merupakan satu cara untuk mengetahui kesahihan hadis. Perkara ini penting terutama buku-buku yang telah diberi komen tentang kedudukan atau darjat sesuatu hadis sama ada sahih atau tidak. Contohnya buku-buku seperti Koleksi Hadis-Hadis Nabi (4 jilid) yang dicetak oleh syarikat Jahabersa. Buku ini telah diberi nota kaki yang membicarakan tentang darjat hadis bersumberkan al Albani. Terdapat juga buku lain seperti Sahih Sunan Abu Daud yang diterjemahkan dalam bahasa Indonesia dan lain-lain lagi.
-----------------------------------------------------------------------
Saya tak salahkan sesiapa yg share notes tu. Cuma rasa sikit marah pada orang yg mula2 menulis tu. Yang lain cuma share saja. Dan saya sebenarnya bukannya sibuk sangat nak memperbesarkan isu ni. Mungkin niatnya baik,nak bagitau orang bahawa planet X tu nak langgar bumi (kalau betul la), tapi kenapa mesti menggunakan hadis yg tak dipastikan kesahihannya untuk meyakinkan orang?
Jadi lepas ni kalau nak share sesuatu notes atau artikel yg ada hadis, sila lah pastikan dulu hadis tu samada sahih atau tak. Bak kata seorang blogger, kalau menurut biar berilmu, nak mengikut biar berakal.
Sama ada info-info yang didapati benar ataupun salah, apa yang wajib kita ketahui ialah mengenai hari Kiamat. Hari yang pasti dan tetap akan berlaku. Berdoalah kita supaya kita tergolong dikalangan orang yang dilindungi oleh Allah s.w.t bila sampainya kemusnahan dunia ni nanti.
Sumber rujukan: