Powered By Blogger

Friday, October 21, 2011

Jangan makan sardin..??

Entah kenapa, rakyat Malaysia kebanyakannya suka mengedarkan artikel-artikel yang berunsur fitnah. Selepas tak berjaya memfitnah dan menjatuhkan Secret Recipe, roti Hi-Fi, restoran KFC, Colgate, Cadbury, dan Munchy's (mungkin ada lagi yg saya tak tahu), kali ni mereka cuba menjatuhkan syarikat pembuat ikan sardin pula dengan menggunakan taktik lama mereka iaitu menulis cerita yang buruk dan sedih mengenai produk tersebut.

Adakah sardin dalam tin itu sama taraf dengan najis sampai mahu dipandang jijik?

Sebelum ni, terdapat cerita mengatakan ikan sardin dalam tin diadun dengan cacing dan siput babi. Walaupun tak berapa heboh diperkatakan, tapi ianya sedikit sebanyak memburukkan imej ikan-ikan sardin yang tak bersalah tu. Cuba angpa fikir balik. Untuk apa mereka meletakkan siput babi dan cacing? Sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia, baik yang beragama Islam ataupun Buddha, tak makan siput babi dan cacing.

Baru-baru ni, heboh pulak cerita pasal ikan sardin dalam tin mengandungi bahan kimia penyebab kanser. Notes dan artikel mengenai perkara tu dah banyak tersebar kat blog-blog dan facebook disebabkan sikap rakyat Malaysia yang hanya tau men'share'kan sesuatu perkara tanpa menyelidik kesahihan maklumat yang mereka terima. Bila ada yang menjelaskan perkara sebenar, diorang kutuk pulak orang tu.

Artikel Jangan Makan Sardin boleh dibaca di SINI dan SINI dan di facebook.

Perkara ni tak sepatutnya berlaku sebab ianya akan menyebabkan orang ramai membenci produk-produk sardin dalam tin dan menyebabkan syarikat sardin tu kerugian. Tak rasa bersalah ke menjatuhkan perniagaan orang lain dengan menggunakan alasan-alasan palsu?

Macam mana pula dengan orang-orang Islam yang bekerja dengan syarikat pengetin sardin tu? Adakah nak biarkan mereka hilang pekerjaan akibat kilang ditutup?

Sepatutnya kalau ada sebarang keraguan tentang sesuatu produk, rujuklah pada pihak yang berkenaan (Jabatan Kimia, farmasiologist, Kementerian Kesihatan, etc), bukannya menulis perkara yang buruk-buruk tentang produk tu dan menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak membeli produk  tersebut.


Sampaikan tulang sardin yang lembut kerana pressure semasa proses sterilization itu pun dikatanya akibat bahan kimia penyebab kanser. Bukan ke itu pengetahuan am? 

Mana boleh nak dibandingkan mempressurekan ikan menggunakan alat memasak di rumah dengan alat memasak industri. Sebagai contoh suhu maximum untuk air yang dimasak di rumah sekitar 100°C saja tapi di kilang, mereka boleh buat lebih tinggi dari tu dengan alat-alat yang harga dan teknologinya konpem berganda-ganda lebih mahal daripada alat memasak kat rumah kita. Macam tu jugak dengan pressurenya. Sebab tu kita tak berjaya melembutkan tulang ikan sardin dengan menggunakan periuk belanga kita kat rumah.


Dan tulang ikan sardin tu bukannya sengaja dilembutkan. Ianya hasil proses precooking dan nyahkuman semasa proses mengetin dilakukan. Kalau betul pihak pengilang sardin ni tak bertanggungjawab, dah lama diorang abaikan proses nyahkuman tu untuk jimatkan kos operasi. 


Untuk pengetahuan, semua pengilang makanan ada peraturan, prosedur dan undang-undang yang diorang mesti ikut. Semua tu ditetapkan dan dipantau oleh Kementerian Kesihatan melainkan kalau ia dikilangkan secara haram.

Saya akui agak rumit nak mencari maklumat pasal kesahihan isu sardin penyebab kanser ni di internet. Dan saya bernasib baik kerana ada sorang hamba Allah ni dah terlebih dahulu menghantar emel pada pihak Ayam Brand bertanyakan tentang bahan kimia tu. Berikut emel yang saya copy dan pastekan kat sini :

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum.

Tuan / Puan,

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser dan tidak HALAL.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, tulang ikan menjadi lembut adalah kesan dari proses penyahkuman (sterilization) di mana ikan-ikan sardin yang telah di tinkan di masak di dalam sebuah dandang (atau “retort”) pada suhu mencecah 120°C selama satu jam. Ini perlu bagi memastikan semua kuman dan bakteria yang terdapat di dalam makanan dalam tin tersebut terhapus dan selamat untuk dimakan. Proses ini adalah wajib di dalam sebarang proses pengeluaran produk makanan dalam tin dan ianya tidak boleh disamakan dengan masakan di rumah walau menggunakan “pressure cooker” sekalipun.

Setakat ini tiada laporan klinikal atau saintifik yang mengaitkan sardin sebagai punca kepada ketumbuhan fibroid atau mana-mana jenis kanser. Sebaliknya Sardin Ayam Brand secara saintifiknya mengandungi minyak ikan Omega-3, kalsium dan bahan mineral lain yang kita perlukan.

Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan badan-badan pensijilan HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM mengikut negara-negara pengeluar produk tersebut.

Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang pemproses Sardin dalam Sos Tomato kami di Taiping, Malaysia, adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.

Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah kelolaan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka. 

Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.

Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.

Wassalam.

Yang Benar,

Encik Mohammad Hisham bin Hj.Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line ) 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sila baca artikel ini untuk mengetahui proses pengetinan ikan sardin:


Farmasiologist sepakat mengatakan tidak ada dalam medical jurnal yg mengatakan tentang makan ikan sardin dlm tin boleh mendatangkan cancer.

Jangan buat specificulasi tanpa sebarang bukti, setahu saya cancer / fibroid tidak dapat dikesan puncanya, tanya le mana2 Dr pun, mereka tak akan dapat tahu mana datang nya fibroid, sama ada dari pemakanan atau keturunan.

In fact, kebanyakan bahan makanan yang kita beli kat supemarket hari ni dah diproses dan dicampur bahan pengawet. Tujuan letak pengawet tu untuk bagi makanan tu tahan lama. Even beras yang kita beli dalam paket kilo-kilo tu pun ada pengawetnya sendiri tau(kapur). Kenapa tak nak kata makan nasi yang terhasil dari beras tu boleh menyebabkan kanser?

Kesimpulannya makanan dalam tin ni especially sardin yang menjadi isu besar skarang ni bukan tak boleh dimakan langsung, bukan untuk dipandang jijik. Tak bahaya kalau makan secara berhemah. Cuma jangan la setiap masa makan sardin je. Makan lah jugak makanan lain yang lebih berkhasiat.



Makanan apa pun, even ikan sardin yang paling organik sekalipun, kalau dah setiap masa makan yang tu je, akan memudaratkan jugak.

in fact, saya lafazkan syahadah jugak....saya pun tak berapa gemar makan sardin, makan bila malas nak masak benda lain je....dan saya tak berniat untuk membetul/salahkan kenyataan tersebut....cuma pandangan saya je...=) 

Kami selamat dimakan... :)

Fakta : 
-Makanan dalam tin memang kurang sikit khasiatnya berbanding makanan yg tak dipack dalam tin. 
-Makanan dalam tin yg dah kemik amat berbahaya untuk dimakan.
-Makanan dlm tin dan diluar tin memudaratkan kesihatan kalau dimakan ketika ianya dah expired.
-Makan makanan ketika di dalam tin berbahaya kerana tin yang tajam. Keluarkan dulu baru makan.

*lepas ni apa pulak yang diorang nak fitnah ye?


Untuk rujukan tentang keraguan sesuatu produk, lawat page ini :


Wallahualam

No comments:

Post a Comment