Powered By Blogger

Tuesday, February 1, 2011

Jalan terjejas akibat banjir

Beberapa jalan utama di seluruh Malaysia dah terjejas disebabkan musim banjir yg melanda beberapa negeri di selatan dan timur Semenanjung Malaysia. Di sini sy tulis beberapa jalan utama itu yg sebahagian besarnya tak boleh dilalui oleh semua kenderaan.


:: 31 Januari 2011 ::


Jalan Jasin-Tangkak

Jalan Jasin-Tangkak antara Jambatan Sungai Kesang di Chohong dan simpang ke Kampung Sialang Dalam dah ditutup kepada lalulintas sejak pagi tadi (31/1/2011) disebabkan jalan dinaiki air dan jugak disebabkan keadaan jalan yg agak tak selamat sebab tanah mendap.
 
Kepada sesiapa yg ingin ke Tangkak dari Jasin atau sebaliknya bolehlah menggunakan jalan dari Bandar Jasin menuju ke Simpang Bekoh dan seterusnya melalui jalan Simpang Bekoh ke Tangkak. Kalau takut sesat  bolehlah menggunakan lebuhraya Utara Selatan melalui Plaza Tol Jasin dan keluar di Plaza Tol Tangkak. Cuma Plaza Tol Jasin agak jauh dari bandarnya jadi isi minyak secukupnya.


M144 Jalan Chenderah-Kumpai (daerah Jasin,Melaka)
 
Jalan dah dibuka kepada lalulintas pada 1/2/2011


M15 Jalan Jasin-Chohong (daerah Jasin,Melaka)
 
Banjir di kawasan antara Kampung Chohong dan Kampung Bukit Golot. Kalau dari Jasin dan nak ke Chabau,Bekoh dan sbagainya,sila gunakan jalan Rim.


Beberapa bahagian Lebuh AMJ,Melaka

Berhampiran Kampung Sungai Petai,jalan masih boleh dilalui kenderaan.
Kawasan sekitar persimpangan ke Pengkalan Balak hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat.
Sesetengah kawasan ditutup kepada semua kenderaan.



Jalan Melaka Pindah-Alor Gajah
 
Jambatan dinaiki air. Kenderaan ringan boleh gunakan Lebuh AMJ 


FT009 Jalan Karak-Mancis.
 
Utk pengguna yg dari Maran dan Temerloh yg nak ke Negeri Sembilan boleh menggunakan jalan melalui pekan Triang, Kemayan dan seterusnya ke Bahau. Jalan dari Bahau ke Gemas telah ditutup mulai semalam akibat banjir.
 
Kalau bimbang jalan itu pun dinaiki air,pengguna boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dan Karak


FT002 Jalan Karak-Temerloh
 
Kawasan antara Taman Tualang Indah dan Kampung Tualang. Hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat saja. Laluan alternatif yg paling senang ialah LPT saja.

Jalan Jementah-Segamat
 
Jalan Jementah-Segamat di bahagian antara Kampung Batu Badak dan Kampung Gemereh telah  ditutup pada semua lalulintas. Tiada laluan alternatif utk ke Segamat selain menunggu banjir surut utk melaluinya..huhu
Semua jalan menuju ke bandar Segamat juga dah ditutup kepada lalulintas. Bandar Segamat hanya boleh dihubungi melalui Lebuhraya Tun Abdul Razak atau lebih famous dgn nama Jalan Segamat-Kuantan utk ke Kuantan dan seterusnya melalui LPT dan Karak Highway utk access ke Kuala Lumpur.

Jalan Genuang dari Segamat 
 
Jalan ni dah boleh mulai dilalui oleh 4WD mulai petang tadi (31/1/2011). Kedua-dua jambatan di Segamat masih ditutup pada semua lalulintas. Jalan di kawasan Labis pun masih ditutup.


Kebanyakan jalan utama dalam kawasan bandar Segamat Baru
 
Kebanyakannya hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat. Air dah semakin surut kat kebanyakan kawasan dalam bandar Segamat.


Jalan-jalan utama dalam Pekan Labis.


FT005 Jalan Masjid Tanah-Lubok Cina.

Jalan Persekutuan 1 antara Gemas ke Batu Anam.
 
Ditutup kepada semua lalulintas. Tiada laluan alternatif diketahui.

Jalan Persekutuan 1 menghala ke Labis.
 
Ditutup kepada semua lalulintas antara simpang di lintasan kereta api Bukit Siput dan bandar Segamat. Laluan alternatif pun dah dinaiki air.

Jalan Persekutuan 1 Kilometer 145
 
Ditutup kepada kenderaan ringan termasuk 4WD disebabkan arus air deras yg melintas jalan. Tiada laluan alternatif diketahui.

KM9 dan KM12 hingga KM13 Jalan Karak-Kuala Pilah

Jalan telah ditutup kepada semua jenis kenderaan

Jalan Endau-Mersing


Kebanyakan jalan utama memasuki Bandar Mersing

Lebuhraya Utara-Selatan
 
Lebuhraya Utara-Selatan di kilometer 173.8 antara Jasin dan Tangkak dah dinaiki air di lorong kiri laluan menghala ke selatan. Kenderaan masih boleh menggunakan lorong laju utk ke selatan.
 
Elakkan memandu laju sebab kawasan ni dah menjadi sesak disebabkan pertambahan jumlah kenderaan sempena Tahun Baru Cina dan sebab lorong kiri dah ditutup. Kesesakan setakat petang tadi menjangkau jarak  lebih 3.5 kilometer.
Laluan dijangka dibuka semula awal pagi nanti kalau tiada hujan turun lagi. Utk perjalanan yg lancar,pastikan minyak kenderaan mencukupi dan yg paling penting,jangan pentingkan diri macam pengguna lebuhraya dalam gambar2 kat bawah ni:
Sila klik pd gambar utk melihat nombor platnye dgn lebih jelas..hehe


:: Update 01 Februari 2011 ::

Jalan Segamat-Kuantan sekitar Muadzam Shah
 
Tenkiu pd kawan sy di Pekan yg bagi maklumat ini   :)

KM18 Jalan Durian Chondong-Bukit Kepong
 
Nama lain ialah Jalan Bukit Serampang atau Kampung Teratai dinaiki air di sekitar Kampung Simpang Tiga Durian Chondong. Laluan alternatif ialah terus ke Pekan Grisek dan melalui jambatan ke Panchor dan terus ikut arah ke Pagoh dan Bukit Kepong.

Jalan Taman Merdeka-Angkasanuri,Bandaraya Melaka

Jalan ni masih ditutup kepada semua kenderaan setakat jam 11 pagi tadi. Sila gunakan Jalan Taman Merdeka ke Batu Berendam.

KM79-KM81 Jalan Kluang-Mersing

Jalan Felda Kepis,Kuala Pilah

Laluan ditutup kepada semua kenderaan sebab terdapat tanah runtuh. Mungkin akan dibuka semula bila runtuhan tanah tu dibersihkan.


Jalan Felda Bukit Jalor,Tampin

Jambatan lencongan merentasi sungai berhampiran lintasan kereta api ditutup pada semua lalulintas akibat jambatan runtuh. Laluan yg ada ialah melintasi sungai menggunakan jambatan keretapi dan melalui tapak projek landasan kereta api berkembar utk ke jalan Felda semula.
  
KM47 Jalan Muar-Labis

Ditutup kepada kenderaan ringan


* Jalan Karak-Mancis,Pahang dan Jalan Masjid Tanah-Lubok Cina,Melaka yg ditutup semalam dah boleh dilalui semua kenderaan.


* Jalan Kumpai-Chenderah,Jasin dan Jalan Jasin-Chohong dah dibuka semula pd semua kenderaan sebab banjir dah surut.


:: 3 Februari 2011 ::


Jalan Grisek-Panchor-Pagoh
 
Area lepas turun dari jambatan Sungai Muar dan di Pekan Panchor mula dinaiki air semalam(2/2/2011). Sy nak lalu utk pegi kebun kat Panchor tapi x lepas. Satu-satunya laluan utk ke pekan Panchor dan kampung-kampung kat dalam kawasan tu ialah melalui jalan tanah merah dari Taman Pagoh Jaya utk ke  terowong jalan access ke R&R Pagoh utk ke Kampung Terus. Kalau takut sesat,boleh tanya orang2 taman tu.


Gambar dari arah jambatan Grisek


Jalan berikut dah boleh dilalui semula oleh semua kenderaan:

Lebuh AMJ 
Jalan Angkasanuri-Taman Merdeka
Jalan Melaka Pindah-Alor Gajah
Jalan Jasin-Tangkak


:: 4 Februari 2011 ::


FT001 Antara Simpang Jelai ke Simpang Rompin

Jambatan rosak masih belum dibaiki dan ditutup pada semua kenderaan.


KM70 Jalan Muar-Labis berhampiran selekoh jirat cina Bukit Pasir (3/2/2011)


Jalan dinaiki air. Kenderaan ringan dan rendah ditegah meredah banjir.


Jambatan Sungai Penarah,Jalan Tangkak-Segamat

Jambatan runtuh. Tiada laluan alternatif. Untuk kenderaan dari Segamat dan Pantai Timur yg nak ke Tangkak,Muar dan daerah2 lain di Pantai Barat boleh melalui jalan ke Batang Melaka di Gemencheh dan seterusnya ke Bandar Jasin. Dari situ bolehlah menuju ke destinasi masing2. Ataupun melalui jalan Segamat-Yong Peng utk ke Johor Bahru sebab banjir dah surut tapi mungkin ada kerosakan di beberapa tempat. Jadi,sila pandu berhati-hati.


Jalan berikut dah mula dibuka pada semua kenderaan:

KM79 - KM81 Jalan Kluang Mersing
FT001 Jalan Buloh Kasap area sempadan Gemas-Batu Anam
Jalan Durian Chondong-Bukit Kepong area Kampung Teratai
Jalan dalam bandar Segamat dan Labis


:: 5 Februari 2011 ::


Jalan berikut dah dibuka kepada semua kenderaan:

Jalan Tangkak-Jementah
Semua jalan dalam bandar Segamat




Kenderaan dah bebas melalui Segamat utk ke Pantai Barat dan Pantai Timur...


Last update: 6/2/2011   011:15 am


5 comments:

  1. haha.. pas ak bc blog ni ak scroll smpai bwh.. ea2.. kwn ak rupenye.. haha..

    ReplyDelete
  2. susah2 je scroll..kat atas ade tulis.haaha

    ReplyDelete
  3. jap, nk tnye....if dr tol tangkak nk ke muar den ke bp..leh lalu kan?

    ReplyDelete
  4. jalan tangkak-muar tak ada masalah. jln muar-bp rasanya tak da masalah jugak sebab tak banjir aritu

    ReplyDelete
  5. jalan segamat ke bahau ke termerloh dittup atau pun tidak?

    ReplyDelete