Powered By Blogger

Monday, March 28, 2011

Ohh...besday!

Pukul 1 pagi tadi, kembar saya call. Lebih kurang mcm ni lah perbualannya:

Dia: Wan hidden birthday pd semua orang ke?
Saya: A'ah. Knapa? (mamai2)
Dia: Ooo..man suruh hiddenkan dari budak2 maktab je.

Baru saya teringat. Ooo..hari ni hari jadi saya. Tak ingat langsung..semua test dan assignment punya pasal.. haha

Tiba2, saya pun teringat....

20 tahun lepas, waktu macam ni lah (10.32 pagi), mak saya tengah bertarung nyawa melahirkan saya dan kembar saya.. tak dapat bayangkan seksanya beliau masa tu..

Dah selesai melahirkan saya, beliau kena tinggal kat wad lagi. Saya kena jaundice (demam kuning). Tak tau lah berapa lama..mak saya takde bagitau pun.

Lepas tu, saya dibawak balik ke rumah dan dibesarkan dgn penuh kasih sayang macam anak2 orang lain..

Mak saya sanggup tak makan utk pastikan anak2 cukup makan..

Bila ada duit lebih, beliau cuba memenuhi kemahuan anak2..

Disebabkan saya mengidap G6PD deficiency, mak saya pun turut sama elakkan guna benda2 yg saya tak boleh consume walaupun ianya nampak remeh mcm encik kacang..supaya saya takde keinginan utk try2 benda2 tu..

Nampak mcm sedap je..

Setiap kali saya sakit, dia menjaga saya walaupun terpaksa berulang-alik bekerja dan terpaksa tidur atas kerusi kat wad tiap2 malam..

Walaupun saya selalu buat nakal, dia tak pernah menyesal melahirkan saya..

Kalau saya bangun lewat,dia tak pernah sebat saya dan tak pernah jirus air..hehe


Akhirnya jadilah saya seperti hari ni...

Saya sayang mak saya!!

Takkan ada sesiapa yg boleh menggantikan tempat emak saya.. 


Ok2..dah berenti sedih2..   =)

Pagi tadi bangun tido je saya terus online. Bukak fesbuk lah. Kat wall saya dah ramai yg wish Happy Birthday. Ohh..tak sangka pulak. 

Walaupun saya terhiddenkan besday saya, ramai yg dah wish kat wall saya tanpa jemu sejak malam tadi lagi..

Rasyidah Mohd Sani (kawan sejak taski Abim tangkak)
Iylia Inani (sepupu saya)
Hidayah Rahman
Hazimah (akak saya)
Lina Yusuf 
Adibah Arifin (sekarang di Cairo)
Muhammad Nor Azreen
Nor Atikah
Eyca Aziz (sori la..tak tau nama penuh..hehe)
Alifah Amin (sepupu saya) dan adiknya Asiyah Amin
Nursyahidah (kawan skolah rendah)..semangat nak wish smpai salah eja   =P
Zawir Abdul Rahim (kat Indonesia kot)
Sedara mara saya, Aniza dan Zainatun
 
Walaupun dah lama tak jumpa,diorang boleh ingat pulak besday saya. Saya sendiri pun hampir2 lupa. Pada yg nak wish tapi tak tau besday saya, sori byk2 ya.. Takda niat pun nak sorok.. tak sengaja..huhu

Sesekali saya terfikir..saya amat bertuah sebab mendapat ramai kawan yg baik dan tak mudah lupakan kawan..

kawan2 yg sentiasa menolong dan mensupport saya..
 
Terima kasih daun keladi..nnti besday diorang saya pulak yg wish..haha

Monday, March 14, 2011

Bukit Bendera @ Penang Hill

12 Mac 2011

Entri ini merupakan satu entri yg agak terbengkalai. Saya dah mula menulis sejak semalam tapi tak dapat nak habiskan disebabkan perasaan penat+sakit kaki akibat memanjat Penang Hill yang tak mau hilang lagi. Baru sentuh laptop,dah terlelap.. Tapi bak kata pepatah,sikit2 lama lama jadi bukit Bendera, akhirnya entri ini berjaya jugak disiapkan! 

Hari Sabtu lepas, bersamaan 12 Mac 2011, saya dan 5 lagi kawan bersiar-siar kat Penang. Dan salah satu aktiviti yg dirancang ialah memanjat Bukit Bendera atau Penang Hill sebab saya dari dulu memang teringin nak ke puncak bukit tu tapi hajat tu tak kesampaian sebab projek utk renovate keretapi Bukit Bendera tu tak siap2 lagi sejak beberapa tahun lepas. Daripada maklumat yg saya dapat drpada org2 kat situ,perkhidmatan train furnicular tu hanya akan dibuka pada 2X April 2011 (saya tak ingat tarikh yang tepat). Jadi kami ambik keputusan nak mendaki lalu jalan jip lah.


Kalau anda dari arah Bayan Lepas,Gelugor atau GeorgeTown, atau kalau nak senang masuk Jalan Masjid Negeri dan terus sampai hujung (menghala ke Batu Feringghi). Lepas tu ikut jalan ke Kebun Bunga. Signboard banyak, so jgn risau sesat ya.. Anda jugak boleh naik teksi atau naik bus nmbor 7 dari Stesen Bas Komtar utk ke sini.

Jalan jeep utk mendaki Penang Hill tu ialah kat Penang Botanical Garden ini. Ianya jugak salah satu tempat menarik kat Penang..

Berhati-hati dengan agen telco

*Artikel ini hanyalah luahan perasaan,bukan utk mempromote mana2 syarikat..

Petang tadi saya isi masa lapang dengan surf internet mnggunakan bb maxis yg laju ni. Actually saya tengah cari cara utk mendapatkan number SIM maxis bb ni. Number tu amaat2 diperlukan utk register kat mylaunchpad Maxis Broadband (akaun utk pengguna broadband check usage diorang). Masa tengah belek2 result kat Google search tu, saya terbaca satu tajuk forum yg agak menarik utk dibaca.

*Sila klik link ini utk membaca kisah2 duka dan luahan perasaan tentang celcom
...Dan juga link ini.

Nak dijadikan cerita,saya pun bukak la page tu. Ianya berkenaan sorang manusia ni yg mengingatkan kita semua supaya berhati-hati dgn tawaran agen syarikat telekomunikasi..tak kira la telco merah ke,telco biru atau kuning,semua mesti hati-hati. Kenapa? Sila tengok gambar ni:


Ooo..nampaknya tulisannya susah nak dibaca. Biar saya tulis balik:

Assalam...

Minta korang semua berhati2 dengan tawaran dapat panggilan percuma atau ape2 yang percuma dari mane2 agen telekomunikasi kerana segelintir dari agen telekomunikasi ini memperdaya budak2 sekolah atau remaja supaya memberi photostat ic untuk tawaran yang di sebut di atas..

kes adik kepada kawan aku..

semasa di KTM Seremban waktu tengah hari adik kawan aku dan rakan dia didatangi agen celcom yang menunjukkan kad sim baru percuma dan ditawarkan akan mendapat panggilan percuma jika mendaftarkan kad sim yang baru diperolehi ini.. budak2 lagi br pas SPM dapat kad sim free, tawaran hebat so diorang ni dah tak pk aper dah..

Dipendekkan cerita, nombor maxis budak ni (017....) telah diregister semula dibawah no celcom, malah lagi teruk, no tersebut juga didaftar sebagai celcom POSPAID, DIULANGI BUKAN PREPAID TAPI POSTPAID!!!!!

---yang C.I.L.A.K.A tu.. agen tu tak ada bagi tau pun yang nombor budak ni akan di tukar kepada celom POSPAID... Budak ni tak keje dan baru dapat Matrix so macam mane nak bayar??.

So sebagai peringgatan.. ingat2 kan la adik korang juga berhati2 dengan twaran dari agen syarikat2 telekomunikasi, jangan senang2 bagi potostat ic, selidik.. bace puas2 sebelom sain ape2, amik masa berfikir..
Hanya segelintir yang agen yang buat taik.. tapi satu rumah bau taik tu..

Kawan2 budak tu terkena juga.. so kesimpulan aku memg agen2 telco yang kurang ajar ni memang terget budak2 ni kot.

Haa...agak2 syarikat apa tu? Kalaupun dia tak mentioned pun syarikat mana yg diceritakan dlm post ini, saya dah tau syarikat mana.. Nak tau? Mesti la Celcom, pengendali syarikat telekomunikasi paling serabai kat Malaysia..atau maybe kat dunia. Kenapa saya cakap mcm tu ye? 
Sebabnya dulu saya pun pernah kena tipu dgn agen syarikat ni. Dan kawan sekelas saya masa sekolah rendah dulu pun kena tipu mcm saya jugak. Ceritanya mcm ni...

Tuesday, March 8, 2011

Pac-man

Semalam lepas logout email yahoo saya, macam biasa ia akan terus redirect ke page Yahoo UK & Ireland. Time tu terjumpa lah article ini:

''Five things you never knew about Pac-Man''

Oleh sebab game Pac-Man (dalam bahasa Melayu dipanggil Pak Man) ni popular, pun copy dan paste kan articlenya kat sini. Sekadar untuk berkongsi saja memandangkan sy pun dah lama tak update blog.  
Five most surprising fact about Pacman:



Wednesday, March 2, 2011

bb oh bb...

Kalau siapa2 perasan,sejak 5 Februari lepas,saya dah tak mengupdate kan blog ni. Nampak macam dh terbengkalai je..huhu. Actually saya tak dapat menulis entri baru sebab time lepas balik ke Arau sempena cuti Tahun Baru Cina aritu, kuota broadband Maxis saya untuk 27 Januari 2011 sampai 27 Februari 2011 dah habis digunakan. Tak tau la macam mana boleh habis. Maybe kawan2 saya buat tengok video kot..huhu.



Selamat saya guna Maxis bb,jadi saya boleh track balik usage. Maknanya saya boleh agak siapa yg guna byk sangat kuota bb saya tu. Cuma tak nak lah heboh2. Nak buat mcm mana, nnti tak bagi dikatanya kita kedekut, bila bagi mcm ni lah. Yang tanggung kesusahannya saya sendiri. Memang la maxis broadband tak kenakan caj lebih kalau bandwidth habis, tapi broadbandnye jadi slow gila ah.. Kalau biasa time waktu puncak (office hour) download rate boleh smpai 6Mbps, bila lepas habis bandwidth nak sampai 300kbps pun payah even kita online waktu malam. Saya jugak yg merana. Bayar RM68 sebulan, dpt guna sikit je. Jadi pada sesiapa yg memiliki broadband tak kira la Celcom,Digi or Maxis, berhati-hati lah kalau sesiapa nak pinjam ye. Bak kata kawan saya: ''Orang yang memiliki sesuatu barang tu akan lebih berhati-hati menggunakan barang tersebut berbanding orang yg meminjamnya''. Silap hari bulan, kita yang susah..huhu