22 Januari 2011
Masuk kali ni dah lebih 5 kali saya bercuti kat Gua Kelam ni. Apa nak buat..dah ni saja tempat paling pest dan murah kos kat kawasan Perlis ni. Tak bosan ke asyik pegi situ je? Tak lah.. Saya tengok kawan2 saya pun tak pernah2 nak bosan pergi sana. Lagi2 masa time panas terik ni,dapat peluang berendam dalam air sejuk tu amatlah disyukuri.
Saturday, June 8, 2013
tak cukup sebab masa cuti semester aku dah terkorban dek gatal-gatal nak amek shortcourse.Rasenye semua tau kan ape tu shortcourse?Jadik tak payah la aku bercerita mengenai hal itu.huhu
Selama tiga bulan aku tak berkesempatan meluangkan masa berjalan-jalan di bumi Johor.Balik pun kejap je sebelum start sesi shortcourse aritu.Suatu hari tu tengah lepak-lepak lepas makan tengah hari,tiba-tiba saja roomate aku yang dikenali sebagai solid ni ajak berjalan-jalan.Setelah dalam beberapa minit meeting,dan aku dan solid pun dah memang rindu nak pergi Gunung Ledang, kami pun setuju nak pegi Bukit Ayer.Ni la gaya kawan2 aku kat UiTM ni,kalo nak jalan mereka ni takkan bincang dari awal.Time tu rase nak pegi,time tu jugak la mereka ini buat keputusan.Dan setelah ambik masa beberapa minit untuk siap,kami pun bertolak dari Arau menuju ke Bukit Ayer dengan ahli rombongan terdiri daripada aku,solid,Rashid,Irfan dan Sofe(bukan nama sebenar).Perjalanan dari Arau ke bukit Ayer tak berapa menarik,hanya sawah-sawah dan kawasan lapang aje di sekeliling kecuali kat kawasan bila dah hampir dengan Bukit Ayer itu je yang best sebab jalan tu melalui kawasan ladang anggur. Haa? Ladang anggur? Ade ke ladang anggur kat Malaysia? Iye,ladang anggur.
Biasanya assignment menjadi satu masalah besar pada student termasuk la pada kami. Waktu kuliah ECM206 tadi kami diberi satu assignment tapi asignment kali ini amat lain daripada yang lain. Biasanya assignment adalah perkara yang akan menyebabkan kita terpaksa mengadap skrin laptop dalam masa yang lama sampai kita jadi letih gila tapi bezanya assignment kali ni ialah kita tidak bosan melainkan terpaksa mengeluarkan modal yang agak besar jugak. Huhu... Apa assignment tu? Haa...kami dikehendaki merekabentuk,membina,menguji, mentauliah dan mendescribekan sebuah model bangunan...bangunan tau..tapi ada gak yang buat model jambatan. Haha... Kami diberi mandat tersebut sebelum raya so masa balik raya tu,waktu orang lain dok busy pergi beraya,kami pula dok busy mencari design bangunan apa yang nak dibuat. Kadang2 syok fikir sampai tak sedar sy dah menghabiskan kuih raya orang.Huhu
- Mounting board yang dah siap dan yang akan dipotong -
2 Oktober lepas, sy pergi ke rumah abang sy di Pulau Pinang utk ambil kamera digital yang sy dihantar ke kedai tempat sy beli kat Prangin Mall sebelum raya haru tu sebab rosak. Abang sy tinggal di rumah bertingkat (tak tau nak panggil apartment or kondominium) dan rumahnya terletak kat tingkat 15 dan menghadap pada bangunan-bangunan residential yang lain yang berceracak kat seluruh pulau tu. Dan kat situlah sy dapat idea nak buat apartment utk model projek ECM sy kali ni. Dan balik dari Penang tu sy terus mulakan proses mendesign dan memotong mounting board mengikut design yang dikehendaki. Utk pengetahuan, sy langsung x refer pada mana2 pelan dan sy hanya ikut fikiran sy sendiri saja. Jadi proses ini agak memakan masa memandangkan fikiran saya asyik berubah-ubah saja. Huhu...
Inilah gam yang sy gunakan utk mencantumkan kepingan-kepingan mounting board yg dah siap dipotong ikut bahagian masing-masing. Gam ni berasaskan getah dan sifatnya pun macam getah jugak tapi ia melekat kuat sama mcm gam 321...ala...gam yang 3 saat dah keras tu.Harga gam ni pun murah je,RM2.40 jek sebotol. Cuma sebab gam ni lambat kering, sy terpaksa guna masking tape utk lekatkan kepingan mounting board tu sementara nak tunggu gam tu kering. Lepas dah siap dipotong mengikut bentuk, mounting board itu dicantum pulak mengikut bahagian-bahagiannya yang kemudiannya nanti akan dicantum bersama menjadi bangunan.
Dan dalam sibuk-sibuk menyiapkan model bangunan sy itu, sy juga sempat melawat ke tapak projek jambatan milik group student sebelah rumah sy. Mereka membuat model jambatan yang boleh diangkat di bahagian tengah utk membolehkan kapal melaluinya. Tapi masa model diorang dah siap spenuhnya, sy tak sempat nak ambil gambar sebab mereka terus bawak pergi ke kuliah utk dipresentkan.
Mereka mendakwa objek ini ialah pokok. Nampak mcm batu jek.Hehe...
Tepat pukul 6.30 pagi 6 oktober, model structure yang kami kena buat untuk presentation pun siap. Lepas lebih dua minggu berusaha membinanya akhirnya jadilah hasil macam dalam gambar bawah ni. Nmpak real kan??
*Harap2 dapat full marks...huhu
Kolam Air Panas Ulu Lenggong, Kedah
Dalam entri kali ni saya nak membawa pembaca sekalian melawat ke Kolam Air Panas Ulu Lenggong, Baling, Kedah. Melawat saja, kalau nak mandi kena pergi sana lah ye.
Ada suara berkata "jalan lagi...asyik bejalan je budak ni". Yes, saya memang suka berjalan. Ajak lah saya ke mana-mana (bukan tempat maksiat ye), asalkan ada bajet, mesti saya akan ikut sama.
Macam mana nak mula ek. Ok. First nya, kolam air panas ni macam nama dia, terletak di Ulu Lenggong, daerah Baling, Kedah. Kedudukannya agak jauh ke dalam hutan, tapi jangan risau kerana ada jalan raya yang sempurna menghubungkan kawasan air panas ni dengan jalan utama Baling-Sik ( laluan negeri K10 ).
Ketika saya berkunjung ke sini, saya dari arah utara melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar di persimpangan Sungai Petani Utara dan seterusnya ikut arah papan tanda ke Baling.Saya tak dapat menceritakan lebih detail kerana pada pandangan saya lebih baik pembaca sendiri mencari jalan mengikut papan tanda kerana jalannya susah untuk diceritakan secara terperinci. Jalan untuk ke Baling ini akan melalui pekan Kuala Ketil dan pekan-pekan kecil yang lain. Jarak dari Sungai Petani ke Baling lebih kurang 60 km melalui ladang dan hutan. Sesekali kita akan melalui kawasan perkampungan. Anda boleh mengisi minyak siap-siap di Sungai Petani ataupun di pekan Kuala Ketil (masa saya lalu pukul 4 pagi pun masih bukak lagi).
Untuk yang dari Pulau Pinang dan Selatan tanah air, lebih mudah melalui Lebuhraya Butterworth-Kulim untuk ke pekan Baling. Jika anda melalui jalan ini, anda takkan melalui pekan Kuala Ketil jadi kalau ternampak signboard Kuala Ketil, tak perlulah ikut ye. Saya tak tahu jarak dari Butterworth sebab saya tak pernah melalui jalan ini.
Sampai di Pekan Baling, saya nasihatkan anda isi minyak kalau-kalau minyak dah kurang. Sebab anda perlu teruskan lagi perjalanan ke arah Sik. Kolam air panas ini terletak lebih kurang 25 km dari pekan Baling dan stesen minyak di pekan Baling itu adalah yang terakhir sebelum sampai ke kolam air panas. Signboard banyak dipasang untuk menunjukkan arah ke sana, jadi tak perlulah risau.
Subscribe to:
Posts (Atom)