Powered By Blogger

Saturday, June 8, 2013

Kolam Air Panas Ulu Lenggong, Kedah

Dalam entri kali ni saya nak membawa pembaca sekalian melawat ke Kolam Air Panas Ulu Lenggong, Baling, Kedah. Melawat saja, kalau nak mandi kena pergi sana lah ye.

Ada suara berkata "jalan lagi...asyik bejalan je budak ni". Yes, saya memang suka berjalan. Ajak lah saya ke mana-mana (bukan tempat maksiat ye), asalkan ada bajet, mesti saya akan ikut sama.

Macam mana nak mula ek. Ok. First nya, kolam air panas ni macam nama dia, terletak di Ulu Lenggong, daerah Baling, Kedah. Kedudukannya agak jauh ke dalam hutan, tapi jangan risau kerana ada jalan raya yang sempurna menghubungkan kawasan air panas ni dengan jalan utama Baling-Sik ( laluan negeri  K10  ).

Ketika saya berkunjung ke sini, saya dari arah utara melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar di persimpangan Sungai Petani Utara dan seterusnya ikut arah papan tanda ke Baling.Saya tak dapat menceritakan lebih detail kerana pada pandangan saya lebih baik pembaca sendiri mencari jalan mengikut papan tanda kerana jalannya susah untuk diceritakan secara terperinci.  Jalan untuk ke Baling ini akan melalui pekan Kuala Ketil dan pekan-pekan kecil yang lain. Jarak dari Sungai Petani ke Baling lebih kurang 60 km melalui ladang dan hutan. Sesekali kita akan melalui kawasan perkampungan. Anda boleh mengisi minyak siap-siap di Sungai Petani ataupun di pekan Kuala Ketil (masa saya lalu pukul 4 pagi pun masih bukak lagi).

Untuk yang dari Pulau Pinang dan Selatan tanah air, lebih mudah melalui Lebuhraya Butterworth-Kulim untuk ke pekan Baling. Jika anda melalui jalan ini, anda takkan melalui pekan Kuala Ketil jadi kalau ternampak signboard Kuala Ketil, tak perlulah ikut ye. Saya tak tahu jarak dari Butterworth sebab saya tak pernah melalui jalan ini.

Sampai di Pekan Baling, saya nasihatkan anda isi minyak kalau-kalau minyak dah kurang. Sebab anda perlu teruskan lagi perjalanan ke arah Sik. Kolam air panas ini terletak lebih kurang 25 km dari pekan Baling dan stesen minyak di pekan Baling itu adalah yang terakhir sebelum sampai ke kolam air panas. Signboard banyak dipasang untuk menunjukkan arah ke sana, jadi tak perlulah risau.

No comments:

Post a Comment