Powered By Blogger

Monday, May 12, 2014

SENYUM SIMPUL...(KHAS UTK PARA LELAKI YG BERHASRAT BERKAHWIN 4)

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah

Isteri : Kenapa pula?
...
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang ”singular” dan “plural”

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa
bezanya?

Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural,
maka abang MAMPUS, tambah “s” je,kan ?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya
untuk berkahwin lagi.

No comments:

Post a Comment