Powered By Blogger

Monday, March 14, 2011

Berhati-hati dengan agen telco

*Artikel ini hanyalah luahan perasaan,bukan utk mempromote mana2 syarikat..

Petang tadi saya isi masa lapang dengan surf internet mnggunakan bb maxis yg laju ni. Actually saya tengah cari cara utk mendapatkan number SIM maxis bb ni. Number tu amaat2 diperlukan utk register kat mylaunchpad Maxis Broadband (akaun utk pengguna broadband check usage diorang). Masa tengah belek2 result kat Google search tu, saya terbaca satu tajuk forum yg agak menarik utk dibaca.

*Sila klik link ini utk membaca kisah2 duka dan luahan perasaan tentang celcom
...Dan juga link ini.

Nak dijadikan cerita,saya pun bukak la page tu. Ianya berkenaan sorang manusia ni yg mengingatkan kita semua supaya berhati-hati dgn tawaran agen syarikat telekomunikasi..tak kira la telco merah ke,telco biru atau kuning,semua mesti hati-hati. Kenapa? Sila tengok gambar ni:


Ooo..nampaknya tulisannya susah nak dibaca. Biar saya tulis balik:

Assalam...

Minta korang semua berhati2 dengan tawaran dapat panggilan percuma atau ape2 yang percuma dari mane2 agen telekomunikasi kerana segelintir dari agen telekomunikasi ini memperdaya budak2 sekolah atau remaja supaya memberi photostat ic untuk tawaran yang di sebut di atas..

kes adik kepada kawan aku..

semasa di KTM Seremban waktu tengah hari adik kawan aku dan rakan dia didatangi agen celcom yang menunjukkan kad sim baru percuma dan ditawarkan akan mendapat panggilan percuma jika mendaftarkan kad sim yang baru diperolehi ini.. budak2 lagi br pas SPM dapat kad sim free, tawaran hebat so diorang ni dah tak pk aper dah..

Dipendekkan cerita, nombor maxis budak ni (017....) telah diregister semula dibawah no celcom, malah lagi teruk, no tersebut juga didaftar sebagai celcom POSPAID, DIULANGI BUKAN PREPAID TAPI POSTPAID!!!!!

---yang C.I.L.A.K.A tu.. agen tu tak ada bagi tau pun yang nombor budak ni akan di tukar kepada celom POSPAID... Budak ni tak keje dan baru dapat Matrix so macam mane nak bayar??.

So sebagai peringgatan.. ingat2 kan la adik korang juga berhati2 dengan twaran dari agen syarikat2 telekomunikasi, jangan senang2 bagi potostat ic, selidik.. bace puas2 sebelom sain ape2, amik masa berfikir..
Hanya segelintir yang agen yang buat taik.. tapi satu rumah bau taik tu..

Kawan2 budak tu terkena juga.. so kesimpulan aku memg agen2 telco yang kurang ajar ni memang terget budak2 ni kot.

Haa...agak2 syarikat apa tu? Kalaupun dia tak mentioned pun syarikat mana yg diceritakan dlm post ini, saya dah tau syarikat mana.. Nak tau? Mesti la Celcom, pengendali syarikat telekomunikasi paling serabai kat Malaysia..atau maybe kat dunia. Kenapa saya cakap mcm tu ye? 
Sebabnya dulu saya pun pernah kena tipu dgn agen syarikat ni. Dan kawan sekelas saya masa sekolah rendah dulu pun kena tipu mcm saya jugak. Ceritanya mcm ni...


April 2009,saya berjalan2 ke PC Fair kat Dewan Jubli Intan, Muar bersama kembar saya. Jalan punya jalan,saya singgah la kat satu booth yg jual speaker,mouse,etc.. Kebetulan sebelah booth speaker tu ada booth Celcom,so tanpa diundang,salah sorang agen Celcom ni datang promote produk penipu dia tu. Cerita tu, cerita ni, pastu tanpa segan silu membuat penipuan paling merugikan negara tu.
 
Si penipu tersebut cuba promote celcom 1+5 plan (time tu pakej ni baru diperkenalkan), dia cerita sebijik mcm dalam iklan plan tu kat tv, tak kurang tak lebih. Katanya satu line RM5 je sebulan, dapat call free lah, sms free lah, itu..ini..  saya dengarkan aja. Menjawab tak..mengangguk pun tak, maklum la time tu tak berapa nak sihat (baru kluar wad)....

Agaknya dia bosan,dia cuba explain kat kembar saya,dan satu ayat dia yg saya tak boleh lupa sampai sekarang ialah
''Kalau you dah tak mau guna, you boleh tukar balik ke line Maxis dalam masa SEMINGGU. Kalau tak mau, you boleh buang saja kad SIM ni''
Oleh sebab saya dah malas nak layan, dan dia pun dah mentioned macam tu, saya cakap pd kembar saya utk buat plan tu guna nombor maxis saya (walaupun sayang sgt kat line maxis tu). Lepas tanya itu ini,diorang pun cakap tak de caj lain selain caj RM5 utk satu line. Dan diorang cakap supplement line (5 kad sim extra yg diberi selain kad sim asal) tu takkan dibillkan selagi tak diaktifkan.

Saya pun dengan perasaan syak dan ragu yg mula menipis pun terus la sign borang utk register tu walaupun hati tak rela lagi. Semua ada tiga borang kena sign, satu utk simpanan agen (nak claim upah kot), satu utk simpanan headquarters, satu lagi tak diketahui. Yg penting dia dah mentioned terang2 tu utk plan 1+5. Dan lepas membeli mp4 baru,saya pun balik la ke rumah..
Sampai kat rumah, rasa menyesal pulak tukar pada Celcom, jadi kadSIM2 yg dpt byk tu saya buat cenderahati aja,letak atas rak. Plastik pembalut nya pun saya tak bukak. Saya pun beli la kad SIM maxis yg baru (setia betul dgn Maxis)..   :)

Dan sebulan lepas tarikh tu (Mei/Jun 2009),bil Celcom Postpaid tu pun sampai lah kat rumah. Nak tau berapa cajnya? RM50 utk satu line!! Kad sim yg saya tak aktifkan tu pun kena caj jugak. Kad sim asal+5 supplement SIM tu= RM250!! Padahal kad SIM tu masih bertenggek dgn tenang lagi kat atas rak. Plastik pembalut pun tak bukak. Saya baru abis SPM, kerja pun tak lagi, mcm mana nak bayar?? Saya terus call orang Celcom sruh berhentikan number tu. Tapi bill tu saya tak bayar lagi.

Julai 2009, satu surat saman dihantar oleh Celcom memaksa saya bayar bil yg tertunggak. Mak saya pun terpaksa lah bank in duit nak tolong bayar bil tu.. Dan kat Celcom Centre Kangar tu,skali lagi saya terkejut. Bil tertunggak plus bayaran utk terminate number2 tu semuanya RM57+.++!! Mencarut-carut jugak saya kat situ. 

Sambil menguruskan hal tu,saya bertanya jugak kat mana saya boleh buat aduan pasal agen penipu tu,tapi staf2 kat Celcom centre tu ternyata berlagak, sombong, tak mesra pelanggan dan macam2 lagi la yg buruk2! Langsung taknak jawab pertanyaan saya tu! Maybe HQ Celcom dah bagitau awal2 kot supaya tak bagitau pelanggan cara2 membuat aduan.. Kalau tak nnti tak boleh la diorang nak menipu lagi.. 

 Resit bayaran Celcom. 
Utk line asal,bayar RM183.25 kat kaunter(resit belakang skali)..lagi RM50 masukkan kat mesin deposit.
Utk 5 supplement line,bayar RM7.55/line kat kaunter (RM7.55X5=RM37.75)..lagi RM50/line (RM50X5=RM250) kene masukkan kat mesin deposit. 
Tambah caj2 ntah ape2 lagi,jadi la RM57+.++

Apa2 hal pun, dari situ pihak Celcom dah pun mendapat keuntungan beratus2 ringgit. Kawan saya pun kena tipu dengan jumlah yg tak jauh beza dgn jumlah yg saya kena tu. Maknanya saya dan kawan saya saja dah menyumbang lebih RM1100 kepada Celcom. Bayangkan kalau ada seratus orang kena tipu mcm saya.. Dan sejak peristiwa tu, saya memang sangat33 anti dengan Celcom! Better guna Maxis, biar le tokey nya non-muslim pun, tapi beliau tak menipu pelanggan.. 

So far saya guna maxis prepaid dan broadband, mak saya guna postpaid dan kembar saya pun guna maxis broadband jugak, tak ada la problem2 serius mcm tu. Dan utk pengetahuan,plastik pembalut kad SIM tu masih tak dibukak lagi sampai la ke saat entri ini ditulis..
 
So sebagai peringgatan.. ingat2 kan la adik korang juga berhati2 dengan twaran dari agen syarikat2 telekomunikasi, jangan senang2 bagi potostat ic, selidik.. bace puas2 sebelom sain ape2, amik masa berfikir. Kalau boleh amek video masa sign tu. Hanya segelintir yang agen yang buat taik.. tapi satu rumah bau taik tu..

*Special sori la pada Celcom sebab saya terpaksa la mentioned syarikat awak kat sini..sapa suruh tipu saya..huhu

5 comments:

  1. Saya pun pernah mengalami situasi yang sama apabila ditipu dngn sim kad percuma ni. Walaupun saya ta pernah langsung gunakan sim kad tersebut tapi setiap bulan pasti ada bil sampai ke rumah. Disebabkan cuak dngn surat yang na kena saman tu, saya pun pegi la bayar RM 300 di celcom center. Bila saya datang balik semula bersama dngn laporan polis, pihak celcom menyatakan bahawa kes saya ta dpt difailkan atas alasan saya dah pun membayar duit tersebut. Pada mulanya attendant tersebut menyatakan bahawa saya perlu juga membayar baki bil tersebut untuk clear kan nama saya dari di black list. Nasib baik saya datang bersama bapa saya kerana selepas digertak barulah attendant tersebut memaklumkan yng saya boleh mengisi borang 'fraud complain' untuk clearkan nama. Dah lah layanan yang diberikan agak kurang ajar. Ada ke attendant tu kelua pegi lunch sblm sempat saya habis isi borang tersebut. Tak profesional langsung. Sudah terang lg nyata bahawa celcom turut sama terlibat. Jika tidak disebabkan bapa saya, mungkin saya terpaksa melunaskan baki yng ada berjumlah RM 700+. Diharapkan pihak yng berwajib melakukan sesuatu bagi membanteras kegiatan ini kerana ia melibatkan sebahagian besar student yng tidak tahu menahu langsung tentang kegiatan ini.

    ReplyDelete
  2. Sambungannya di

    http://wanajee.blogspot.com/2013/10/berhati-hati-dengan-agen-telco-2.html

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://agentelco.blogspot.my/p/telco-menipu.html

      Delete
  4. Assalamualaikum
    Kepada mereka-mereka yang terlalu sayangkan diri mereka, suka manjakan diri mereka dengan mengambil jalan mudah x mau penatkan diri sendiri untuk berfikir, untuk mengambil tindakan sebagai pengguna, yang rasa BANYAK DUIT UNTUK BAYAR...silakan BAYAR JER BIL OVERCHARGE yang sampai kat anda.
    kepada mereka yang sebenarnya sedar akan hak mereka sebagai pengguna dan paling penting sekali sedar akan hak mereka sebagai manusia yang masih hidup dimuka bumi ini (hak untuk tidak dizalimi) silakan FIGHT UNTUK DIRI ANDA. FIGHT UNTUK JUSTICE.
    sekali terkena, saya mengambil jalan untuk memanjakan diri-sendiri, MALAS nak fikir panjang, MALAS nak buat report, MALAS nak amik tahu setiap bit penggunaan data yang sampai beratus tu dan sememangnya tekad dan nekad yang kejadian x akan berulang. dan akhirnya... x sampai beberapa bulan kemudian, muncul lagi kerenah bil yang sama. Kali ni x sampai seminggu pakai, mobile data pun saya rajin on/off, on bila pakai, off balik bila x pakai, habis seminggu, terima message talian disekat x lama kemudian terima bil RM200.00++.
    Duit makan pun x sampai RM 200.00 sebulan, ni kena tipu
    Kalu pihak Celcom x mampu bagi setiap butiran penggunaan internet (setiap bit), saya tertanya-tanya macammanala mereka kira bill internet tu sebenarnya.
    Dah bertahun isu nie berterusan, x der inisiatif untuk mengatasi masalah ejen menipula, masalah system coding la(byk penipuan berkait duit berjuta-juta di media, sila search), atau x der inisiatif pun untuk improve celcom' punya service..rupanya disebabkan orang2 macam saya ni la yang X KISAH BAYAR, YAKIN X KAN BERULANG lagi kejadian yang sama. Orang macam saya ni la, yang x segan2 BUAT MUKA MAMPU BAYAR bil beratus, X KISAH PUN NAK BAYAR BIL BERATUS..tanpa memikirkan nilai duit tu bila digunakan secara baik
    kepada mereka2 yang rasa Celcom ini yang terbaik service, tahniah..anda/mereka2 yang anda kisah/kasihi belum menjadi mangsa.. kepada mereka yang terkena, please2 ambil tindakan sebetulnya. ANDA LAYAK UNTUK MENDAPAT YANG LEBIH BAIK. ANDA ADA HAK UNTUK TIDAK DIZALIMI!!!
    X KIRALA MEREKA KATA ANDA PAKAI INTERNET, SEBAB TU BIL ANDA SEBANYAK TU ( SAPE2 YANG TERIMA JER BULAT2 ALASAN TU, X DER BENDA NAK CKP DAH....*ZAMAN NAK MASUK 2020 NIE X RETI FIKIR KER...APA BUKTI!!!!!)
    KALU MEREKA KATA BEGITU, SETAKAT NIE SUME COMPLAIN TERIMA ALASAN YANG SAMA, PLEASE2 MINTA BUKTI PEMAKAIAN DATA TERSEBUT, TARIKH, APA YANG ANDA SURF, WEB APA, BERAPA LAMA, TOTAL UNTUK SETIAP SURFING...INGAT ANDA LAYAK DAN BOLEH UNTUK DAPATKAN DATA2 TERSEBUT SEBAGAI HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA. ATAS SEBAB2 POLITIK DAN MONEY FLOW KAT NEGARA NIE..MEMANG X DER HOPE CELCOM NAK KENA SAMAN SEBAB ENGGAN ATAU X MAMPU NAK PROVIDE SUCH DETAIL KEPADA PELANGGAN YANG MEMBAYAR..TAPI SEKURANG-KURANGNYA ANDA SETTLE DENGAN DAPAT PENGECUALIAN BIL DAN SETERUSNYA MENJURUS KEPADA PEMBERHENTIAN SERVICE. kalu aku terus stop

    ReplyDelete