Powered By Blogger

Tuesday, June 21, 2011

Tak tau nak habaq apa dah...

Baru-baru ni saya dah berpindah ke rumah sewa kawan coursemate saya. Sebabnya rumah sewa saya dah tak ramai orang, jadi kos sewa per kepala pun meningkat sama lah.
  
Rumah kawan saya ni pun ok jugak. Ada kemudahan sama macam rumah lama saya macam mesin basuh dan peti ais. TV pun ade. Siap leh dapat tv thailand lagi.
  
Satu kelebihan rumah diorang ni ialah ada kemudahan streamyx. Tapi saya tak teruja sangat pun. Sebab saya dah jadi pelanggan Maxis Broadband sejak lama lagi. Kiranya takde masalah la nak surf internet. 
  
Maxis Broadband tu pun masih kekal dengan kelajuan asalnya (download leh sampai 4.64mbps masa waktu puncak). Jadi saya ambik keputusan untuk teruskan saja perkhidmatan broadband di samping membayar yuran streamyx RM13 sebulan.
  
Nak dijadikan cerita, baru-baru ni kawan saya datang ke rumah. Lepas duduk-duduk beberapa lama,dia pun nak balik. Sebelum berangkat tu dia nak pinjam broadband sebab rumah dia takde internet. Saya dengan baik hatinya pun bagi pinjam dan siap pesan jangan guna banyak-banyak kuota (sebab saya guna plan broadband 3gb saja).
  
  
Dan malam ni saya terkejut bila check quota balance. Daripada 1.7Gb balance masa saya bagi dia pinjam semalam (petak hijau), malam ni cuma tinggal 0.4Gb! Sedangkan bill cycle date ada 7 hari lagi. Kalau saya guna sehari 100mb pun hanya boleh bertahan selama 4 hari saja sebelum broadband tu reached its limit. Adoyai..baru nak guna balance tu buat download movie. Dah abis pulak. Nampaknya lepas ni terpaksa la surf guna streamyx yg tak brape laju tu je.


Sebelum ni pun pernah terjadi macam ni jugak. Sila rujuk entri ini.


Adakah ianya salah saya sebab terlampau baik hati bagi orang pinjam broadband?

Monday, June 20, 2011

Gagal daftar MUET: Salah sape ek?

* Entri ini hanya luahan perasaan saja,bukan berniat untuk memaki-maki mana-mana pihak yg berkenaan.


Sewaktu entri ni ditulis, saya terasa nak marah-marah.Puncanya satu je, sebab saya tak dapat mendaftar untuk menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET). 

Dan yang menyebabkan saya marah ialah kegagalan mendaftar tu bukannya 100% disebabkan salah saya. Ianya berpunca daripada kekeliruan di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Saya dah berusaha mengikut semua langkah-langkah yang terdapat dalam Manual Pendaftaran Online untuk calon persendirian tapi tak berjaya.

Ketika saya cuba mendaftar, website tu memberitahu bahawa nombor kad pengenalan saya telah terdapat dalam pangkalan data mereka, atau dengan kata lain sudah didaftarkan dengan MPM. Sedangkan saya belum sekalipun mendaftar untuk ujian MUET tu sepanjang hayat saya.

Ok la. Saya cuba bersangka baik dengan mereka. Mungkin betul saya dah mendaftar atau ada kawan-kawan saya dah tolong daftar. Saya pun cuba tekan butang FORGOT PASSWORD tu untuk mendapatkan password yang mungkin saya telah lupa.

Lepas dah siap isi, saya pun tekan butang simpan. Tapi lepas saya klik butang simpan tu, dia keluar pulak popup ini.


Yang menjadi tanda tanya, macam mana dia boleh kata nombor kad pengenalan dan nama ibu saya tak ada dalam pangkalan data mereka sedangkan masa saya nak daftar tadi dia kata dah ada. Terserlah kekeliruannya di situ..

Dan langkah terakhir saya ialah cuba login dengan menggunakan apa-apa perkataan yang mungkin saya guna sebagai password (hampir kesemua akaun internet seperti emel dan facebook saya menggunakan password yang sama). Semua saya dah try termasuk nombor PIN MEC yang kita dapat masa buat bayaran kat BSN, tapi tetap tak berjaya login.


Saya cuba jugak menghubungi nombor yang terdapat kat website MPM tu tapi tak ada orang angkat. Maybe diorang cuti kot.

Dalam situasi ni, hanya dua kemungkinan yang ada. Satu, saya tersalah website (rasanya saya tak salah bukak website ni) dan yang kedua, ada seorang lagi calon MUET yang memiliki nombor kad pengenalan yang sama dengan saya dan telah mendaftar menggunakan nombor kad pengenalan itu menyebabkan pendaftaran saya disekat.

Dan untuk pengetahuan, pendaftaran MUET untuk akhir tahun 2011 dah ditutup mulai jam 12 malam tadi (jam 00:00 20 jun 2011).  Dan ianya bermakna duit 60 ringgit yang saya bayar untuk membeli nombor pin MEC tu lesap gitu saja...

Kepada MPM, saya nak mintak mereka kemaskini la website diorang tu. Terlalu banyak kekeliruan di situ. Info-info dalam website tu pun banyak yang mengelirukan. Malah tak melampau untuk mengatakan bahawa website tu langsung tak mesra pengguna!

Sunday, June 19, 2011

Hutan Lipur Puncak Janing, Kedah

Apa yg dimaksudkan dengan forest (hutan)?

  • F stand for "Fish and wildlife" (Ikan dan hidupan liar)
  • O stand for "Outdoor recreation" (kegiatan luar)
  • R stand for "Range and forages" 
  • E stand for "Environmental amenities"
  • S stand for "Soil conservation" (Pemuliharaan tanih)
  • and T stand for "Timber" (kayu balak, bukan 'balak' yg lagi satu tu)
Tujuan saya menulis entri ni bukanlah utk bercerita tentang definisi hutan ataupun menjadi penterjemah. Kali ni saya nak bawak anda ke satu kawasan rekreasi di negeri jelapang padi, Kedah.

Kawasan yang dimaksudkan ialah Hutan lipur Puncak Janing. Ada juga yang panggil kawasan riadah ni sebagai Air Terjun Puncak Janing, Hutan Simpan Puncak Janing....whatever lah..asalkan semuanya adalah kawasan yg sama.

Hutan Lipur Puncak Janing ni terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin. Ianya terletak lebih kurang 50km dari Alor Setar melalui jalan dari Jitra ke Kuala Nerang. Ianya kaya dengan flora dan fauna dan mempunyai air terjun dan sungai yang mengalir sepanjang kawasan rekreasi tersebut.


Aktiviti yang boleh dijalankan termasuklah mandi-manda, berkelah, bersiar-siar, mendaki gunung, berkhemah dan jungle tracking. Antara kemudahan yang disediakan ialah dewan, surau dan padang. Ada jugak denai hutan yang menghubungkan hutan lipur ni dengan hutan lipur Bukit Wang. 



Tetapi yang mengecewakan saya ialah hampir semua kemudahan yang terdapat di kawasan rekreasi ni tidak dijaga  dan diselenggara dengan baik. Jangan pelik bila kita menyusuri tangga laluan pejalan kaki yang disediakan, tiba-tiba ada paip besar melintang menghalang jalan. Saya juga tidak menjumpai tandas yang berfungsi di kawasan ini.


Sewaktu saya sampai ke sini, jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang. Suasana memang sunyi sangat sebab tak sampai sejam lagi anak2 jin akan keluar ke tadika dan bapak-bapak jin keluar bekerja. Jadi tak elok duduk kat luar rumah waktu-waktu macam ni. Hanya ada sekumpulan budak-budak kampung berhampiran mandi-manda di situ.

Oleh sebab hari dah lewat, jad tak sempatlah saya nak merasa kedinginan air sunga puncak Janing ni. Lagipun musim kemarau ni air yang mengalir tak banyak. 

Monday, June 6, 2011

Gua Kerbau, Kodiang, Kedah

Banyak gambar yang disnap kat gua tu kabur. Masa snap gambar tu kat sana nampak elok je. Bila masukkan dalam laptop baru nampak kabur.


  
Gua Kerbau merupakan salah satu daripada puluhan gua batu kapur yang terbentuk dalam sebuah bukit batu kapur berhampiran Pekan Kodiang, Kedah.
Jalan masuk ke kawasan gua ni senang ditemui memandangkan ada banyak papan tanda tunjuk arah dipasang dari jalan Kodiang-Jitra hingga ke kawasan gua.
   
   
Tak seperti rakannya,Gua Kelam, Gua Kerbau ni masih menjadi tempat kediaman bagi haiwan2 seperti batman(kelawar), burung-burung dan lain-lain. Dalam beberapa bahagian gua ni banyak najis kelawar yang wangi lagi segar berselerak atas lantai gua. Bahagian dalam gua ni sentiasa sejuk walaupun cuaca kat luar panas terik.
   
Kat dalam gua ni jugak terdapat laluan disediakan untuk pengunjung meneroka ke beberapa bahagian gua. Lampu jugak ada disediakan tapi masa kami datang, takde sebijik pun yang menyala. Lupa bayar bil kot.
   
Tangga ke bahagian atas gua


Bagi pengunjung yang berminat dengan aktiviti meneroka gua, Gua Kerbau ni sesuai untuk aktiviti tersebut sebab kat dalam gua ni terdapat banyak cabang-cabang yang menuju ke arah dalam bukit dan dipercayai boleh menembusi ke gua-gua lain yang ada kat situ.

Satu kekurangan gua ni berbanding Gua Kelam ialah kat sini tak ada sungai untuk mandi-manda macam kat Gua Kelam.


Gua yang tak bernama berhampiran Gua Kerbau
  
Selain gua ni, terdapat satu lagi gua berhampiran yang menjadi lawatan pelancong iaitu Gua Batu Putih. Tapi tadi kami tak punya banyak masa untuk meneroka gua tersebut. Jadi kami hanya masuk ke Gua Kerbau sebab rasanya keadaan dalam Gua Batu Putih tu pun lebih kurang sama je dengan Gua Kerbau ni. 
   
   
   
Batu ini tertulis begini:
  
Gua Kerbau dan Gua Batu Putih pernah menjadi tempat kediaman masyarakat purba berdasarkan kepada penyelidikan dan penemuan di gua ini. Artifak-artifak yang ditemui di Gua Kerbau ialah alat-alat batu zaman Neolitik serta tembikar berkaki tiga yang mempunyai persamaan dengan penemuan di Bukit Tengku Lembu di Perlis dan di Ban Kao di Thailand. 
    
Di Gua Batu Putih kira-kira 200 meter ke arah barat laut Gua Kerbau terdapat lukisan-lukisan antaranya berbentuk manusia dan binatang. Adalah dipercayai lukisan-lukisan ini dilukis oleh masyarakat orang asli yang pernah tinggal di gua ini.
 
Salah satu terowong menuju ke bawah tanah