Powered By Blogger

Monday, June 20, 2011

Gagal daftar MUET: Salah sape ek?

* Entri ini hanya luahan perasaan saja,bukan berniat untuk memaki-maki mana-mana pihak yg berkenaan.


Sewaktu entri ni ditulis, saya terasa nak marah-marah.Puncanya satu je, sebab saya tak dapat mendaftar untuk menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET). 

Dan yang menyebabkan saya marah ialah kegagalan mendaftar tu bukannya 100% disebabkan salah saya. Ianya berpunca daripada kekeliruan di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Saya dah berusaha mengikut semua langkah-langkah yang terdapat dalam Manual Pendaftaran Online untuk calon persendirian tapi tak berjaya.

Ketika saya cuba mendaftar, website tu memberitahu bahawa nombor kad pengenalan saya telah terdapat dalam pangkalan data mereka, atau dengan kata lain sudah didaftarkan dengan MPM. Sedangkan saya belum sekalipun mendaftar untuk ujian MUET tu sepanjang hayat saya.

Ok la. Saya cuba bersangka baik dengan mereka. Mungkin betul saya dah mendaftar atau ada kawan-kawan saya dah tolong daftar. Saya pun cuba tekan butang FORGOT PASSWORD tu untuk mendapatkan password yang mungkin saya telah lupa.

Lepas dah siap isi, saya pun tekan butang simpan. Tapi lepas saya klik butang simpan tu, dia keluar pulak popup ini.


Yang menjadi tanda tanya, macam mana dia boleh kata nombor kad pengenalan dan nama ibu saya tak ada dalam pangkalan data mereka sedangkan masa saya nak daftar tadi dia kata dah ada. Terserlah kekeliruannya di situ..

Dan langkah terakhir saya ialah cuba login dengan menggunakan apa-apa perkataan yang mungkin saya guna sebagai password (hampir kesemua akaun internet seperti emel dan facebook saya menggunakan password yang sama). Semua saya dah try termasuk nombor PIN MEC yang kita dapat masa buat bayaran kat BSN, tapi tetap tak berjaya login.


Saya cuba jugak menghubungi nombor yang terdapat kat website MPM tu tapi tak ada orang angkat. Maybe diorang cuti kot.

Dalam situasi ni, hanya dua kemungkinan yang ada. Satu, saya tersalah website (rasanya saya tak salah bukak website ni) dan yang kedua, ada seorang lagi calon MUET yang memiliki nombor kad pengenalan yang sama dengan saya dan telah mendaftar menggunakan nombor kad pengenalan itu menyebabkan pendaftaran saya disekat.

Dan untuk pengetahuan, pendaftaran MUET untuk akhir tahun 2011 dah ditutup mulai jam 12 malam tadi (jam 00:00 20 jun 2011).  Dan ianya bermakna duit 60 ringgit yang saya bayar untuk membeli nombor pin MEC tu lesap gitu saja...

Kepada MPM, saya nak mintak mereka kemaskini la website diorang tu. Terlalu banyak kekeliruan di situ. Info-info dalam website tu pun banyak yang mengelirukan. Malah tak melampau untuk mengatakan bahawa website tu langsung tak mesra pengguna!

29 comments:

  1. ak pun ad masalah pasal muet nie..ak nk daftar tp pusat pengambilan muet full pulak..so ak x dapat nk daftar muet..ak asal selangor..setiap daerah full..zzz
    skrang nie no pin muet tu leh pakai ag x tuk sesi akan datg..ke burn mcm tu ja

    ReplyDelete
  2. masalah yang sama berlaku kat aku. dah daftar muet, bila check balik website dia kata aku belum daftar. tarikh pendaftaran pun dah ditutup. dalam hati aku kata, "makanlah duit haram aku wahai kerajaan". bayaran muet sekarang RM101.06 (termasuk gst), bukan murah. aku masih pelajar.memang duit boleh dicari. tapi aku lebih sanggup bagi duit aku (yang sekarang dah burn) kat orang susah daripada bagi kepada kerajaan corrupted.

    ReplyDelete
    Replies
    1. then, kau tak amik lagi la muet ni? actually, aku dah daftar tapi dia cakap aku tk berjaya daftar muet tapi just berjaya daftar as pengguna. so apa suggestion kau?

      Delete
  3. AKU PUNYA NI AKU LUPA PASSWORD THEN KLIK LA LUPA PASSWORD TAPI DIA CKP AKAN EMAIL KE EMAIL YG DAFTAR DAH SETTLE . EMAIL X DAPAT-DAPAT PON

    ReplyDelete
  4. Mcm mana kalau saya lupa Pengguna ID sekali? Adakah saya dapat rujuk kat slip rujukan?

    ReplyDelete
  5. Aku dah dapat no. pin, tapi tak boleh pakai. Well played MPM. Takkan RM100 nak burn gitu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepastu kamu punya no pin how? dah bolehke? saya pon takboleh guna no pin tu

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. so, awak boleh beli baru tak nmbr pin tu? sbb saya pon takboleh guna no pin nihh?

      Delete
    4. Sama la nak daftar dia cakap nom pin salah:')

      Delete
    5. Sama seperti saya, saya pnya no.MEC invalid. Serius nak nangiss :')

      Delete
    6. Same as me x dpt guna nombor pin tu..so korang buat cam mane

      Delete
    7. So how korang buat bila nombor pin invalid..share please cause im stuck and x tahu nak buat ape

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. aq daa beli no. pin muet online dekat https://dapatpay.dapat.com/mpm/

    sampai sekarang tak dapat2 email from MPM for my mec pin. kena scam kew apew nie. like seyes ah RM102 burnt camtu jew.... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lol me too, tak dapat lagi , 2 jam dah

      Delete
    2. yew dowh. daa 3 jam nie. keep check tempat. dlm Selangor semua jauh2 yang tinggal. gg ah

      Delete
    3. Gg ni, i tengah email mpm tu
      mpmadmin@mpu.edu.my
      Not sure boleh tak

      Delete
    4. I dah email dah. but still no response or email from them.

      Delete
    5. I baca dekat twitter that if you haven't receive the pin yet, email your

      "full name"
      "ic number"
      "phone number"
      "email address that you use for pin mec"
      "attach sekali bukti pembayaran pin muet tu"

      email dekat 🔗 alwani@mpm.edu.my

      good luck (btw aq still x dapat2 lagy HAHA GG SEAT SELANGOR DAH FULL)

      Delete
    6. I dah emailed dua2 email ni haha, gg belum dapat lagi, rip malaysia muet system

      Delete
    7. sksksk. gg teruks. kalau daa dapat, korang nak amik muet kat mana? (like, negeri yg tinggal nie kat mana jew yg kosong XD)

      Delete
    8. Aku tinggal kat perak, lagi ade seat la, tapi kalau mpm tak bagi muet pin lagi, nak join i pigi bakar office mpm tak haha, jkjk ( if you’re mpm and you’re reading this , im jk ok, i love mpm, dont come after me :) )

      Delete
    9. babe, you live in Perak where ah? because this morning I checked Perak daa full. like if there's still empty seats left, I wanna take @Ipoh near my granma's house dowh.

      andddd I would love to join your 🔥 🏢 mpm laa 😂 tapi kat selayang. kene rentas daerah lagy hshs how dowhh

      Delete
    10. Finally got my pin mec no. ffs, i emailed alwani@mpm.edu.my again few mins ago and got an instant responds from them. But now... where tf am i gonna take my exam then, Perak all full dah :), gotta travel to some place else now, might as well bakar their office along the way 🔥 🏢

      Delete
    11. me too. this evening around 6:30 p.m. only after I emailed miorhanif@mpm.edu.my

      seems like you need to choose Penang/Kedah laa weyh.. you you want to go to the Southern? alang2 MUET, terus holiday skali weyh hshshs

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Mcm mana eh aku punya daftar pengguna x sahkan email dgn ic aku padahal aku guna email dgn ic tu waktu beli pin muet.

    ReplyDelete