Powered By Blogger

Sunday, October 13, 2013

Berhati-hati dengan agen telco (2)

Sejak beberapa hari ni, saya menerima beberapa maklum balas dari rakan pembaca berkenaan artikel Berhati-hati dengan agen telco kebanyakannya bertanyakan apa yang patut dibuat bila menjadi mangsa penipuan oleh agen-agen syarikat telekomunikasi. 

Dan yang agak mengejutkan saya, kebanyakan mereka turut ditipu oleh syarikat yang sama yang menipu saya tahun 2009 yang mana duit itu tak pernah saya halalkan lagi. Nampaknya mereka dah mula menggunakan taktik lama mereka. Think positive.. Mungkin syarikat tu dah hampir bangkrup jadi terpaksa guna taktik apa sekalipun untuk kembali mencatatkan keuntungan. ..haha. 

Saya sejujurnya tak ada pengalaman menyelesaikan masalah ni memandangkan masa saya menjadi mangsa, saya tak perasan yang saya ditipu. Bil yang dihantar ke rumah saya biarkan sebab mengenangkan promoter tu beritahu saya kalau saya tak mahu guna nombor tu, saya boleh buang saja sim kad tu, nanti line akan ditamatkan secara automatik. Tapi lepas 4 bulan, rupanya line tu masih tak tamat dan surat ugutan saman dari Celcom pun datang. Masa nak buat aduan, orang tu beritahu saya dah terlambat sebab tempoh masa terlalu panjang sejak tarikh penipuan tu berlaku.

Dari pengalaman dari rakan pembaca lain pula, cara mereka  selesaikan masalah ini ialah dengan buat laporan polis dulu. Bil jangan settle dulu, once bil dah bayar orang Celcom takkan layan apa-apa complain. Lepas buat laporan, bawa salinan report tu ke mana-mana celcom centre yang terdekat, kalau boleh bawak sekali siapa-siapa yang garang. Senang sikit kerja-kerja menggertak nanti sebab selalunya kalau kita pergi ke celcom centre dan bagi tahu kata nak buat complain, staff kat situ takkan layan (ini berlaku pada saya) kecuali digertak barulah dia nak bagi isi borang complain tu. 

Lagi best kalau dapat buat laporan ke SKMM jugak sebab selalunya siasatan oleh SKMM lebih cepat dan berkesan untuk kes berkenaan servis komunikasi. Iyalah, SKMM mempunyai kuasa lebih besar ke atas syarikat telco ni berbanding polis. Cuba mintak nasihat sama ada perlu atau tak membayar bil yang tertunggak tu. Kalau SKMM cakap tak perlu bayar, syarikat telco tak boleh buat apa-apa sebab kalau diorang degil mintak jugak, SKMM ada kuasa menarik balik lesen diorang. Jangan jadi macam saya, Bil dah melambak-lambak sebab lama sangat, bila nak buat report rupanya dah terlambat sebab kes terjadi dah terlalu lama (lebih 4 bulan).

Gambar rajah 

Wednesday, September 25, 2013

After five month.. saya kembali ke blog ini

Selamat malam kepada semua rakan-rakan terutama yang sudi follow blog yang tak seberapa ni. 

Dah lebih lima bulan saya tak update apa-apa di blog ni. Nak kata busy, jauh sekali. Sebab sejak saya tamat pengajian di UiTM Arau bulan oktober 2012 yang lepas, saya hanya menghabiskan masa di rumah dengan aktiviti harian macam siram pokok, berkebun, dan macam-macam lagi. Jadi, rasanya alasan yang paling sesuai sekali adalah "MALAS".

Sepanjang 6 bulan menganggur tu saya hanya banyak menghabiskan masa mencari kerja, dengan harapan tak de lah saya duduk terperap kat rumah menghabiskan beras je. Sebab ada juga suara-suara sumbang yang mengata saya pemalas, hanya sebab saya tak bekerja selama itu. Actually, bukannya saya tak mahu bekerja, tapi dengan hanya diploma, tambahan pula saya fresh graduate, agak sukar nak mencari kerja.

Ni anggur, amat berlainan dengan menganggur.


Dan sekali lagi actually, bukan tak ada kerja di Malaysia ni. Kerja banyak, even untuk lepasan diploma pun. Cuma saya yang agak memilih. Ada antara tawaran kerja saya tolak atas pelbagai sebab, contohnya semasa dapat tawaran kerja di Tanjung Langsat, Johor, saya rasa berat untuk pergi sebab terasa jauh dari rumah. Ada tawaran yang saya dapat di Tangkak, saya tolak sebab gaji hanya 900, saya rasa tak berbaloi dengan kerja yang bakal saya terima (jawatan site supervisor).

Nasihat saya pada rakan-rakan yang sedang mencari pekerjaan, kalau boleh, carilah pekerjaan yang anda rasa minat dahulu. Bagi saya even kalau gaji banyak, tapi kita sangat tak suka dengan kerja tu, tak adalah kepuasan dalam bekerja. Dan kalau dah hampir berbulan-bulan masih tak dapat pekerjaan, terima saja dulu mana-mana kerja yang ada dan sesuai dengan anda. Lepas dah cukup pengalaman, selalunya paling kurang satu tahun, pasti mudah untuk mohon kerja yang anda minat atau yang bayarannya lebih tinggi.

Dan alhamdulillah, Allah murahkan rezeki saya. Mungkin atas doa dari rakan-rakan dan keluarga, saya mendapat pekerjaan pada April 2013 setelah hampir enam bulan menanam anggur. Saya mendapat pekerjaan di negara jiran sebagai Pavement Inspector dan yang paling menggembirakan, saya mendapat kerja yang serasi dengan minat saya.


Kerja saya ialah memeriksa kerosakan jalan raya dan kemudiannya hantar report pada kontraktor untuk dibaiki. Bayarannya tak perlulah saya sebutkan di sini, tapi cukuplah untuk menampung hidup saya dan menabung untuk masa depan. Kerja pun seronok, jarang busy, dan santai. Harapnya lepas ni saya akan lebih rajin mengupdate blog ni dan berkongsi cerita-cerita baru dengan rakan-rakan pembaca.

Sekian   :)

Saturday, June 8, 2013

22 Januari 2011
Masuk kali ni dah lebih 5 kali saya bercuti kat Gua Kelam ni. Apa nak buat..dah ni saja tempat paling pest dan murah kos kat kawasan Perlis ni. Tak bosan ke asyik pegi situ je? Tak lah.. Saya tengok kawan2 saya pun tak pernah2 nak bosan pergi sana. Lagi2 masa time panas terik ni,dapat peluang berendam dalam air sejuk tu amatlah disyukuri.




Dah memang agak lama aku tak bukak blog ni.Masa
tak cukup sebab masa cuti semester aku dah terkorban dek gatal-gatal nak amek shortcourse.Rasenye semua tau kan ape tu shortcourse?Jadik tak payah la aku bercerita mengenai hal itu.huhu

Selama tiga bulan aku tak berkesempatan meluangkan masa berjalan-jalan di bumi Johor.Balik pun kejap je sebelum start sesi shortcourse aritu.Suatu hari tu tengah lepak-lepak lepas makan tengah hari,tiba-tiba saja roomate aku yang dikenali sebagai solid ni ajak berjalan-jalan.Setelah dalam beberapa minit meeting,dan aku dan solid pun dah memang rindu nak pergi Gunung Ledang, kami pun setuju nak pegi Bukit Ayer.Ni la gaya kawan2 aku kat UiTM ni,kalo nak jalan mereka ni takkan bincang dari awal.Time tu rase nak pegi,time tu jugak la mereka ini buat keputusan.Dan setelah ambik masa beberapa minit untuk siap,kami pun bertolak dari Arau menuju ke Bukit Ayer dengan ahli rombongan terdiri daripada aku,solid,Rashid,Irfan dan Sofe(bukan nama sebenar).Perjalanan dari Arau ke bukit Ayer tak berapa menarik,hanya sawah-sawah dan kawasan lapang aje di sekeliling kecuali kat kawasan bila dah hampir dengan Bukit Ayer itu je yang best sebab jalan tu melalui kawasan ladang anggur. Haa? Ladang anggur? Ade ke ladang anggur kat Malaysia? Iye,ladang anggur.

Biasanya assignment menjadi satu masalah besar pada student termasuk la pada kami. Waktu kuliah ECM206 tadi kami diberi satu assignment tapi asignment kali ini amat lain daripada yang lain. Biasanya assignment adalah perkara yang akan menyebabkan kita terpaksa mengadap skrin laptop dalam masa yang lama sampai kita jadi letih gila tapi bezanya assignment kali ni ialah kita tidak bosan melainkan terpaksa mengeluarkan modal yang agak besar jugak. Huhu... Apa assignment tu? Haa...kami dikehendaki merekabentuk,membina,menguji, mentauliah dan mendescribekan sebuah model bangunan...bangunan tau..tapi ada gak yang buat model jambatan. Haha... Kami diberi mandat tersebut sebelum raya so masa balik raya tu,waktu orang lain dok busy pergi beraya,kami pula dok busy mencari design bangunan apa yang nak dibuat. Kadang2 syok fikir sampai tak sedar sy dah menghabiskan kuih raya orang.Huhu

- Mounting board yang dah siap dan yang akan dipotong -

2 Oktober lepas, sy pergi ke rumah abang sy di Pulau Pinang utk ambil kamera digital yang sy dihantar ke kedai tempat sy beli kat Prangin Mall sebelum raya haru tu sebab rosak. Abang sy tinggal di rumah bertingkat (tak tau nak panggil apartment or kondominium) dan rumahnya terletak kat tingkat 15 dan menghadap pada bangunan-bangunan residential yang lain yang berceracak kat seluruh pulau tu. Dan kat situlah sy dapat idea nak buat apartment utk model projek ECM sy kali ni. Dan balik dari Penang tu sy terus mulakan proses mendesign dan memotong mounting board mengikut design yang dikehendaki. Utk pengetahuan, sy langsung x refer pada mana2 pelan dan sy hanya ikut fikiran sy sendiri saja. Jadi proses ini agak memakan masa memandangkan fikiran saya asyik berubah-ubah saja. Huhu...


Inilah gam yang sy gunakan utk mencantumkan kepingan-kepingan mounting board yg dah siap dipotong ikut bahagian masing-masing. Gam ni berasaskan getah dan sifatnya pun macam getah jugak tapi ia melekat kuat sama mcm gam 321...ala...gam yang 3 saat dah keras tu.Harga gam ni pun murah je,RM2.40 jek sebotol. Cuma sebab gam ni lambat kering, sy terpaksa guna masking tape utk lekatkan kepingan mounting board tu sementara nak tunggu gam tu kering. Lepas dah siap dipotong mengikut bentuk, mounting board itu dicantum pulak mengikut bahagian-bahagiannya yang kemudiannya nanti akan dicantum bersama menjadi bangunan.



Dan dalam sibuk-sibuk menyiapkan model bangunan sy itu, sy juga sempat melawat ke tapak projek jambatan milik group student sebelah rumah sy. Mereka membuat model jambatan yang boleh diangkat di bahagian tengah utk membolehkan kapal melaluinya. Tapi masa model diorang dah siap spenuhnya, sy tak sempat nak ambil gambar sebab mereka terus bawak pergi ke kuliah utk dipresentkan.


Mereka mendakwa objek ini ialah pokok. Nampak mcm batu jek.Hehe...








Tepat pukul 6.30 pagi 6 oktober, model structure yang kami kena buat untuk presentation pun siap. Lepas lebih dua minggu berusaha membinanya akhirnya jadilah hasil macam dalam gambar bawah ni. Nmpak real kan??
*Harap2 dapat full marks...huhu

Kolam Air Panas Ulu Lenggong, Kedah

Dalam entri kali ni saya nak membawa pembaca sekalian melawat ke Kolam Air Panas Ulu Lenggong, Baling, Kedah. Melawat saja, kalau nak mandi kena pergi sana lah ye.

Ada suara berkata "jalan lagi...asyik bejalan je budak ni". Yes, saya memang suka berjalan. Ajak lah saya ke mana-mana (bukan tempat maksiat ye), asalkan ada bajet, mesti saya akan ikut sama.

Macam mana nak mula ek. Ok. First nya, kolam air panas ni macam nama dia, terletak di Ulu Lenggong, daerah Baling, Kedah. Kedudukannya agak jauh ke dalam hutan, tapi jangan risau kerana ada jalan raya yang sempurna menghubungkan kawasan air panas ni dengan jalan utama Baling-Sik ( laluan negeri  K10  ).

Ketika saya berkunjung ke sini, saya dari arah utara melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar di persimpangan Sungai Petani Utara dan seterusnya ikut arah papan tanda ke Baling.Saya tak dapat menceritakan lebih detail kerana pada pandangan saya lebih baik pembaca sendiri mencari jalan mengikut papan tanda kerana jalannya susah untuk diceritakan secara terperinci.  Jalan untuk ke Baling ini akan melalui pekan Kuala Ketil dan pekan-pekan kecil yang lain. Jarak dari Sungai Petani ke Baling lebih kurang 60 km melalui ladang dan hutan. Sesekali kita akan melalui kawasan perkampungan. Anda boleh mengisi minyak siap-siap di Sungai Petani ataupun di pekan Kuala Ketil (masa saya lalu pukul 4 pagi pun masih bukak lagi).

Untuk yang dari Pulau Pinang dan Selatan tanah air, lebih mudah melalui Lebuhraya Butterworth-Kulim untuk ke pekan Baling. Jika anda melalui jalan ini, anda takkan melalui pekan Kuala Ketil jadi kalau ternampak signboard Kuala Ketil, tak perlulah ikut ye. Saya tak tahu jarak dari Butterworth sebab saya tak pernah melalui jalan ini.

Sampai di Pekan Baling, saya nasihatkan anda isi minyak kalau-kalau minyak dah kurang. Sebab anda perlu teruskan lagi perjalanan ke arah Sik. Kolam air panas ini terletak lebih kurang 25 km dari pekan Baling dan stesen minyak di pekan Baling itu adalah yang terakhir sebelum sampai ke kolam air panas. Signboard banyak dipasang untuk menunjukkan arah ke sana, jadi tak perlulah risau.