Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.
Sempena cuti Tahun Baru Cina tahun ni,saya mengambil keputusan utk balik ke Tangkak memandangkan saya mempunyai cuti selama 9 hari. Mula2 saya ambik keputusan nak booking penerbangan pada malam 28 Januari memandangkan malam tu ada tiket penerbangan tambang promosi tapi sebab saya terlalu sibuk dengan assignment dan lab report yg melambak-lambak,akhirnya promosi tu terlepas gitu saja tanpa sempat saya menempah tiket tu.
Akhirnya saya ambik keputusan utk balik naik tren Ekspres Langkawi. Saya memang merupakan salah seorang penumpang setia tren ni,sampai makcik yg jual tiket kat stesen KTM Arau tu pun dah kenal saya. Dan dia lah yg mengajar sy macam mana nak beli tiket last minute time musim perayaan. Time saya datang beberapa hari sebelum tarikh saya nak balik tu,tiket dah sold out.. So makcik tu bagitau kalau nak beli tiket yg ada seat,datang time pagi hari perjalanan sebab biasanya pihak KTMB mesti ada tambah gerabak pagi tu kalau tiket dah sold out. Jadi pagi2 28 Januari tu saya dah dok terpacak depan kaunter tiket tu dan nak dijadikan cerita,akhirnya saya dapat jugak beli tiket dengan seat.
Ekspres Langkawi dari gerabak paling depan
Lebih kurang pukul 7 malam,tren ni bergerak meninggalkan pekan Arau yg di'cintai' tu. Dari mula tu sampai lah tren berhenti kat Bukit Mertajam,nak ditakdirkan seat sebelah saya tu ialah student perempuan sama universiti dgn saya,agak cute jugak la..tapi saya tak berani nak berborak sangat. Kang tak pasal2 dia cakap saya nak mengurat dia pulak..huhu
Sejak kebelakangan ni,tren KTM dah mula menepati masa. Tren yg saya naik tu pun sampai kat KL Sentral lebih kurang pukul 5.45 pagi,cuma lewat 5,6 minit saja dari jadual asal...