Powered By Blogger

Saturday, June 8, 2013

Kolam Air Panas Ulu Lenggong, Kedah

Dalam entri kali ni saya nak membawa pembaca sekalian melawat ke Kolam Air Panas Ulu Lenggong, Baling, Kedah. Melawat saja, kalau nak mandi kena pergi sana lah ye.

Ada suara berkata "jalan lagi...asyik bejalan je budak ni". Yes, saya memang suka berjalan. Ajak lah saya ke mana-mana (bukan tempat maksiat ye), asalkan ada bajet, mesti saya akan ikut sama.

Macam mana nak mula ek. Ok. First nya, kolam air panas ni macam nama dia, terletak di Ulu Lenggong, daerah Baling, Kedah. Kedudukannya agak jauh ke dalam hutan, tapi jangan risau kerana ada jalan raya yang sempurna menghubungkan kawasan air panas ni dengan jalan utama Baling-Sik ( laluan negeri  K10  ).

Ketika saya berkunjung ke sini, saya dari arah utara melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar di persimpangan Sungai Petani Utara dan seterusnya ikut arah papan tanda ke Baling.Saya tak dapat menceritakan lebih detail kerana pada pandangan saya lebih baik pembaca sendiri mencari jalan mengikut papan tanda kerana jalannya susah untuk diceritakan secara terperinci.  Jalan untuk ke Baling ini akan melalui pekan Kuala Ketil dan pekan-pekan kecil yang lain. Jarak dari Sungai Petani ke Baling lebih kurang 60 km melalui ladang dan hutan. Sesekali kita akan melalui kawasan perkampungan. Anda boleh mengisi minyak siap-siap di Sungai Petani ataupun di pekan Kuala Ketil (masa saya lalu pukul 4 pagi pun masih bukak lagi).

Untuk yang dari Pulau Pinang dan Selatan tanah air, lebih mudah melalui Lebuhraya Butterworth-Kulim untuk ke pekan Baling. Jika anda melalui jalan ini, anda takkan melalui pekan Kuala Ketil jadi kalau ternampak signboard Kuala Ketil, tak perlulah ikut ye. Saya tak tahu jarak dari Butterworth sebab saya tak pernah melalui jalan ini.

Sampai di Pekan Baling, saya nasihatkan anda isi minyak kalau-kalau minyak dah kurang. Sebab anda perlu teruskan lagi perjalanan ke arah Sik. Kolam air panas ini terletak lebih kurang 25 km dari pekan Baling dan stesen minyak di pekan Baling itu adalah yang terakhir sebelum sampai ke kolam air panas. Signboard banyak dipasang untuk menunjukkan arah ke sana, jadi tak perlulah risau.

Friday, April 6, 2012

Jalan terbelah dua

Lepas isyak tadi saya tak ada benda nak dibuat selain online dan terus online..jalan-jalan dalam facebook. Tetiba ternampak kawan saya share satu gambar yang dikenali iaitu jalan raya yang terbahagi dua dengan batu besar bersantai kat tengah-tengah jalan.


Ada jugak yang tak percaya atau hampir tak percaya kewujudan jalan mcm dalam gambar tu.

Kenapa? Tak percaya ka? haha..

Actually jalan ni sebenarnya wujud kat dunia ni. Jalan yang dimaksudkan tu ialah jalan masuk ke kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang. Ianya bermula dari selekoh selepas pekan Sagil (kalau travel dari arah Tangkak) dan tamat di kawasan Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang. Jalan ni baru siap selepas mula dibina beberapa bulan lepas (last saya lalu kat situ tak mula bina lagi pun).    
  
*Nampak orang tag gambar tu, teringin pulak nak menulis pasaljalan yang unik ni..

signboard Taman Negara Gunung Ledang

Waktu balik dari mandi-mandi kat air terjun Gunung Ledang Resort petang tadi, saya teringin untuk melalui satu jalan yang baru dibukak untuk orang awam. Jadi saya pun membelokkan kereta ke jalan tu

 

Jalan ini sangat lurus pada mulanya, sangat2 menaikkan nafsu untuk memandu laju. Cuma agak bahaya untuk memandu laju sebab keadaan jalan yang muat-muat untuk dua kenderaan dan berbukit-bukit. Bukitnya cukup untuk menghalang pandangan ke depan. 

Tengah-tengah sedap memandu laju, para pemandu akan terkejut bila tiba-tiba ada bongkah batu besar dok bersantai kat tengah-tengah jalan. Dari jauh nampak macam pondok pengawal yang selalu dibina kat tengah jalan tu. Kalau waktu siang, batu tu boleh dilihat dari jauh.

Batu yang duduk tengah-tengah jalan yang saya snap petang tadi. Gambar ni dirakam arah ke Pekan Sagil.

Lokasi jalan yang terbelah dua ni terletak di kawasan jalan yang curam (laluan mendaki/menurun). Ada dua tempat jalannya jadi macam ni. Maybe nak hukum orang yang suka drive laju-laju kot..hahaha...

Kedudukan lokasi kedua-dua batu


Batu yang sebijik lagi
 
Bagi saya, batu tu sengaja dibiarkan macam tu. Untuk letupkan batu tu memerlukan belanja yang besar, agak tak berbaloi memandangkan tak banyak kenderaan yang akan melalui jalan tu.
 
Selain masalah kos, maybe diorang sengaja biarkan supaya ada keunikan taman negara ni kot..hahaha

Saturday, February 4, 2012

Kad topap dan kanser

Pernah tak anda lihat gambar ini di mana-mana?


Kalau anda percaya bulat-bulat, anda silap. Sebab beberapa kenyataan dalam nota seperti dalam gambar kat atas ni meragukan dan boleh dipertikaikan.

According to chemist, dalam dunia ni, belum wujud lagi bahan yang dikatakan sebagai "silver nitro oxide". Kebanyakan silver foil yang menutup nombor pin pada kad prepaid yang ada kat pasaran sekarang ni menggunakan bahan berasaskan latex.

Nama substance yang paling hampir dengan yang ditulis dalam nota tu ialah Nitrous Oxide dan Nitric Oxide, tapi tiada bukti dan kajian dapat menunjukkan dua bahan ni boleh menyebabkan apa-apa jenis kanser. Dan kedua-dua bahan ni jugak tak pernah digunakan dalam pembuatan kad prepaid.


Organisasi yang dinamakan sebagai "Medical Research Authority of US" tu pun tak pernah wujud. Kreatif juga orang yang mula-mula buat nota ni, bleh cipta satu nama yang meyakinkan.

Cuma, harap cuba elakkan menggoras kad prepaid tu guna kuku anda sebab ditakuti anda allergic kepada bahan berasaskan latex.

So, please don't spread rumors without confirming them first ya.

Monday, January 9, 2012

It simple!

First at all, saya nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Rasanya tak lewat lagi nak wish. Harap-harap azam anda yg tahun lepas dah pun tercapai...
 
Lama jugak saya tak menjengok blog ni..idea memang banyak, tapi tak pernah nak dapat kesempatan untuk menconteng kat sini. Semester baru diploma UiTM bermula pada November lepas..that's why kalau anda perasan, sejak November saya tak pernah lagi update entri baru . Biase lah, nama pun student engineering, memang busy manjang saja la.
 
Sempena semester baru dan tahun baru ni, saya nak kongsi satu resepi baru yang sangat-sangat simple..sangat sesuai utk orang yang busy mcm saya, dan jugak sesuai utk orang yg malas nak masak tapi nk makan yg sedap2..hehe
 
Nama resepi ni saya bubuh nama Daging Burger Masak Prego..sebab lebih 70% rasanya yg sedap tu datangnya dari sos spagetti jenama Prego.
 
Ni senarai bahan-bahan yg diperlukan :
 
1. Sos pasta :

Sos pasta/spagetti ni...tak semestinya jenama Prego, nak guna yang Kimball or ape-ape jenis pun boleh,asalkan sos pasta...
 
2. Daging burger :

Saya guna jenama Ayam Madu sebab daging nya lembut dan tak padat sangat, senang nak potong-potong dan jugak senang nak masak. Dan yang paling penting daging Ayam Madu ni tengah murah kat pasaraya C Mart time saya pegi shopping haritu, sebab diorang tengah buat jualan penghabisan stok

3. Sosej/frankfurter

Ni pun tak kisah nak pilih jenama apa-apa pun..asal nama frankfurter. Frankfurter ni nak letak boleh, xnak letak pun boleh.. fungsinya cuma utk tambah je, bagi hidangan kita nampak banyak...

4. Dan sedikit garam

Garam ni jgn guna banyak-banyak...cuma dalam separuh cubit je..sebab sos tu sendiri dah ada perasa, garam ni utk tambah high rasa saje...jgn letak banyak-banyak..kang tak pasal-pasal high blood pulak

Cara nak memasaknya pulak,
  • Mula-mula, goreng daging burger dan sosej sampai hampir-hampir nak masak. Lepas tu angkat dan toskan.
  • Panaskan sikit minyak dalam kuali
  • Sementara tunggu minyak panas, boleh lah kita memotong daging-daging burger dan frankfurter yg dah siap goreng tadi jadi cebisan-cebisan kecil....jgn kecik sgt, agak-agak kelihatan comel gitu lah
  • Bila minyak dah panas, tuang sos pasta ke dalam minyak kuali tu ikut banyak mana yang anda terasa nak makan...kalau suka, boleh lah masukkan dengan botol-botol nya sekali ke dalam kuali
  • Pastikan anda semtiasa kacau sos tersebut supaya bahagian bawahnya tak hangus. Bila agak-agak sos tu dah nak masak, masukkan daging-daging burger dan frankfurter yang dah dipotong tadi dan kacau sehingga sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  • Bila dah nmpak macam dah masak, padamkan api dan ianya sedia utk hidangkan. Pastikan anda tak makan terus hidangan tadi sebaik saja angkat dari kuali, sila tunggu ia sejuk sikit baru lah makan.
Macam ni la sepatutnya rupa bentuk hidangan kita...

Fakta : Hidangan ini sesuai dimakan dengan nasi




Friday, October 21, 2011

Jangan makan sardin..??

Entah kenapa, rakyat Malaysia kebanyakannya suka mengedarkan artikel-artikel yang berunsur fitnah. Selepas tak berjaya memfitnah dan menjatuhkan Secret Recipe, roti Hi-Fi, restoran KFC, Colgate, Cadbury, dan Munchy's (mungkin ada lagi yg saya tak tahu), kali ni mereka cuba menjatuhkan syarikat pembuat ikan sardin pula dengan menggunakan taktik lama mereka iaitu menulis cerita yang buruk dan sedih mengenai produk tersebut.

Adakah sardin dalam tin itu sama taraf dengan najis sampai mahu dipandang jijik?

Sebelum ni, terdapat cerita mengatakan ikan sardin dalam tin diadun dengan cacing dan siput babi. Walaupun tak berapa heboh diperkatakan, tapi ianya sedikit sebanyak memburukkan imej ikan-ikan sardin yang tak bersalah tu. Cuba angpa fikir balik. Untuk apa mereka meletakkan siput babi dan cacing? Sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia, baik yang beragama Islam ataupun Buddha, tak makan siput babi dan cacing.

Baru-baru ni, heboh pulak cerita pasal ikan sardin dalam tin mengandungi bahan kimia penyebab kanser. Notes dan artikel mengenai perkara tu dah banyak tersebar kat blog-blog dan facebook disebabkan sikap rakyat Malaysia yang hanya tau men'share'kan sesuatu perkara tanpa menyelidik kesahihan maklumat yang mereka terima. Bila ada yang menjelaskan perkara sebenar, diorang kutuk pulak orang tu.

Artikel Jangan Makan Sardin boleh dibaca di SINI dan SINI dan di facebook.

Perkara ni tak sepatutnya berlaku sebab ianya akan menyebabkan orang ramai membenci produk-produk sardin dalam tin dan menyebabkan syarikat sardin tu kerugian. Tak rasa bersalah ke menjatuhkan perniagaan orang lain dengan menggunakan alasan-alasan palsu?

Macam mana pula dengan orang-orang Islam yang bekerja dengan syarikat pengetin sardin tu? Adakah nak biarkan mereka hilang pekerjaan akibat kilang ditutup?

Sepatutnya kalau ada sebarang keraguan tentang sesuatu produk, rujuklah pada pihak yang berkenaan (Jabatan Kimia, farmasiologist, Kementerian Kesihatan, etc), bukannya menulis perkara yang buruk-buruk tentang produk tu dan menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak membeli produk  tersebut.


Sampaikan tulang sardin yang lembut kerana pressure semasa proses sterilization itu pun dikatanya akibat bahan kimia penyebab kanser. Bukan ke itu pengetahuan am? 

Mana boleh nak dibandingkan mempressurekan ikan menggunakan alat memasak di rumah dengan alat memasak industri. Sebagai contoh suhu maximum untuk air yang dimasak di rumah sekitar 100°C saja tapi di kilang, mereka boleh buat lebih tinggi dari tu dengan alat-alat yang harga dan teknologinya konpem berganda-ganda lebih mahal daripada alat memasak kat rumah kita. Macam tu jugak dengan pressurenya. Sebab tu kita tak berjaya melembutkan tulang ikan sardin dengan menggunakan periuk belanga kita kat rumah.


Dan tulang ikan sardin tu bukannya sengaja dilembutkan. Ianya hasil proses precooking dan nyahkuman semasa proses mengetin dilakukan. Kalau betul pihak pengilang sardin ni tak bertanggungjawab, dah lama diorang abaikan proses nyahkuman tu untuk jimatkan kos operasi. 


Untuk pengetahuan, semua pengilang makanan ada peraturan, prosedur dan undang-undang yang diorang mesti ikut. Semua tu ditetapkan dan dipantau oleh Kementerian Kesihatan melainkan kalau ia dikilangkan secara haram.

Saya akui agak rumit nak mencari maklumat pasal kesahihan isu sardin penyebab kanser ni di internet. Dan saya bernasib baik kerana ada sorang hamba Allah ni dah terlebih dahulu menghantar emel pada pihak Ayam Brand bertanyakan tentang bahan kimia tu. Berikut emel yang saya copy dan pastekan kat sini :

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum.

Tuan / Puan,

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser dan tidak HALAL.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, tulang ikan menjadi lembut adalah kesan dari proses penyahkuman (sterilization) di mana ikan-ikan sardin yang telah di tinkan di masak di dalam sebuah dandang (atau “retort”) pada suhu mencecah 120°C selama satu jam. Ini perlu bagi memastikan semua kuman dan bakteria yang terdapat di dalam makanan dalam tin tersebut terhapus dan selamat untuk dimakan. Proses ini adalah wajib di dalam sebarang proses pengeluaran produk makanan dalam tin dan ianya tidak boleh disamakan dengan masakan di rumah walau menggunakan “pressure cooker” sekalipun.

Setakat ini tiada laporan klinikal atau saintifik yang mengaitkan sardin sebagai punca kepada ketumbuhan fibroid atau mana-mana jenis kanser. Sebaliknya Sardin Ayam Brand secara saintifiknya mengandungi minyak ikan Omega-3, kalsium dan bahan mineral lain yang kita perlukan.

Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan badan-badan pensijilan HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM mengikut negara-negara pengeluar produk tersebut.

Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang pemproses Sardin dalam Sos Tomato kami di Taiping, Malaysia, adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.

Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah kelolaan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka. 

Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.

Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.

Wassalam.

Yang Benar,

Encik Mohammad Hisham bin Hj.Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line ) 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sila baca artikel ini untuk mengetahui proses pengetinan ikan sardin:


Farmasiologist sepakat mengatakan tidak ada dalam medical jurnal yg mengatakan tentang makan ikan sardin dlm tin boleh mendatangkan cancer.

Jangan buat specificulasi tanpa sebarang bukti, setahu saya cancer / fibroid tidak dapat dikesan puncanya, tanya le mana2 Dr pun, mereka tak akan dapat tahu mana datang nya fibroid, sama ada dari pemakanan atau keturunan.

In fact, kebanyakan bahan makanan yang kita beli kat supemarket hari ni dah diproses dan dicampur bahan pengawet. Tujuan letak pengawet tu untuk bagi makanan tu tahan lama. Even beras yang kita beli dalam paket kilo-kilo tu pun ada pengawetnya sendiri tau(kapur). Kenapa tak nak kata makan nasi yang terhasil dari beras tu boleh menyebabkan kanser?

Kesimpulannya makanan dalam tin ni especially sardin yang menjadi isu besar skarang ni bukan tak boleh dimakan langsung, bukan untuk dipandang jijik. Tak bahaya kalau makan secara berhemah. Cuma jangan la setiap masa makan sardin je. Makan lah jugak makanan lain yang lebih berkhasiat.



Makanan apa pun, even ikan sardin yang paling organik sekalipun, kalau dah setiap masa makan yang tu je, akan memudaratkan jugak.

in fact, saya lafazkan syahadah jugak....saya pun tak berapa gemar makan sardin, makan bila malas nak masak benda lain je....dan saya tak berniat untuk membetul/salahkan kenyataan tersebut....cuma pandangan saya je...=) 

Kami selamat dimakan... :)

Fakta : 
-Makanan dalam tin memang kurang sikit khasiatnya berbanding makanan yg tak dipack dalam tin. 
-Makanan dalam tin yg dah kemik amat berbahaya untuk dimakan.
-Makanan dlm tin dan diluar tin memudaratkan kesihatan kalau dimakan ketika ianya dah expired.
-Makan makanan ketika di dalam tin berbahaya kerana tin yang tajam. Keluarkan dulu baru makan.

*lepas ni apa pulak yang diorang nak fitnah ye?


Untuk rujukan tentang keraguan sesuatu produk, lawat page ini :


Wallahualam

Tuesday, October 18, 2011

kopi paste

SENYUM SIMPUL...Khas untuk lelaki yang berhasrat berkahwin 4..

Suami  : Lelaki kahwin 3 baru lah sah.

Isteri    : Kenapa pula?

Suami  : Cuba terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri    : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami  : Berkenaan apa tu?
  
Isteri    : Satu tu "singular", dua atau lebih "plural"

Suami  : Contohnya?

Isteri    : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami  : Ohh...tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri    : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami  : Macam mana pula boleh sama?

Isteri    : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.



Thursday, October 13, 2011

Conteng2

Pada suatu hari, dua orang pekerja di sebuah kedai emas merungut kerana dimarahi oleh bos mereka kerana kedai mereka telah dirompak buat kali yang kesepuluh (sama macam ulang tahun kedai tuu)

Pekerja 1 : Apasal kedai kita je yang kena rompak.
Pekerja 2 : Ini semua salah bos kita la....
Pekerja 1 : Kenapa kau cakap macam tu?
Pekerja 2 : Ye la..sape suruh dia letak papan tanda "sila datang lagi"