Powered By Blogger

Friday, October 21, 2011

Jangan makan sardin..??

Entah kenapa, rakyat Malaysia kebanyakannya suka mengedarkan artikel-artikel yang berunsur fitnah. Selepas tak berjaya memfitnah dan menjatuhkan Secret Recipe, roti Hi-Fi, restoran KFC, Colgate, Cadbury, dan Munchy's (mungkin ada lagi yg saya tak tahu), kali ni mereka cuba menjatuhkan syarikat pembuat ikan sardin pula dengan menggunakan taktik lama mereka iaitu menulis cerita yang buruk dan sedih mengenai produk tersebut.

Adakah sardin dalam tin itu sama taraf dengan najis sampai mahu dipandang jijik?

Sebelum ni, terdapat cerita mengatakan ikan sardin dalam tin diadun dengan cacing dan siput babi. Walaupun tak berapa heboh diperkatakan, tapi ianya sedikit sebanyak memburukkan imej ikan-ikan sardin yang tak bersalah tu. Cuba angpa fikir balik. Untuk apa mereka meletakkan siput babi dan cacing? Sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia, baik yang beragama Islam ataupun Buddha, tak makan siput babi dan cacing.

Baru-baru ni, heboh pulak cerita pasal ikan sardin dalam tin mengandungi bahan kimia penyebab kanser. Notes dan artikel mengenai perkara tu dah banyak tersebar kat blog-blog dan facebook disebabkan sikap rakyat Malaysia yang hanya tau men'share'kan sesuatu perkara tanpa menyelidik kesahihan maklumat yang mereka terima. Bila ada yang menjelaskan perkara sebenar, diorang kutuk pulak orang tu.

Artikel Jangan Makan Sardin boleh dibaca di SINI dan SINI dan di facebook.

Perkara ni tak sepatutnya berlaku sebab ianya akan menyebabkan orang ramai membenci produk-produk sardin dalam tin dan menyebabkan syarikat sardin tu kerugian. Tak rasa bersalah ke menjatuhkan perniagaan orang lain dengan menggunakan alasan-alasan palsu?

Macam mana pula dengan orang-orang Islam yang bekerja dengan syarikat pengetin sardin tu? Adakah nak biarkan mereka hilang pekerjaan akibat kilang ditutup?

Sepatutnya kalau ada sebarang keraguan tentang sesuatu produk, rujuklah pada pihak yang berkenaan (Jabatan Kimia, farmasiologist, Kementerian Kesihatan, etc), bukannya menulis perkara yang buruk-buruk tentang produk tu dan menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak membeli produk  tersebut.


Sampaikan tulang sardin yang lembut kerana pressure semasa proses sterilization itu pun dikatanya akibat bahan kimia penyebab kanser. Bukan ke itu pengetahuan am? 

Mana boleh nak dibandingkan mempressurekan ikan menggunakan alat memasak di rumah dengan alat memasak industri. Sebagai contoh suhu maximum untuk air yang dimasak di rumah sekitar 100°C saja tapi di kilang, mereka boleh buat lebih tinggi dari tu dengan alat-alat yang harga dan teknologinya konpem berganda-ganda lebih mahal daripada alat memasak kat rumah kita. Macam tu jugak dengan pressurenya. Sebab tu kita tak berjaya melembutkan tulang ikan sardin dengan menggunakan periuk belanga kita kat rumah.


Dan tulang ikan sardin tu bukannya sengaja dilembutkan. Ianya hasil proses precooking dan nyahkuman semasa proses mengetin dilakukan. Kalau betul pihak pengilang sardin ni tak bertanggungjawab, dah lama diorang abaikan proses nyahkuman tu untuk jimatkan kos operasi. 


Untuk pengetahuan, semua pengilang makanan ada peraturan, prosedur dan undang-undang yang diorang mesti ikut. Semua tu ditetapkan dan dipantau oleh Kementerian Kesihatan melainkan kalau ia dikilangkan secara haram.

Saya akui agak rumit nak mencari maklumat pasal kesahihan isu sardin penyebab kanser ni di internet. Dan saya bernasib baik kerana ada sorang hamba Allah ni dah terlebih dahulu menghantar emel pada pihak Ayam Brand bertanyakan tentang bahan kimia tu. Berikut emel yang saya copy dan pastekan kat sini :

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum.

Tuan / Puan,

Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser dan tidak HALAL.

Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, tulang ikan menjadi lembut adalah kesan dari proses penyahkuman (sterilization) di mana ikan-ikan sardin yang telah di tinkan di masak di dalam sebuah dandang (atau “retort”) pada suhu mencecah 120°C selama satu jam. Ini perlu bagi memastikan semua kuman dan bakteria yang terdapat di dalam makanan dalam tin tersebut terhapus dan selamat untuk dimakan. Proses ini adalah wajib di dalam sebarang proses pengeluaran produk makanan dalam tin dan ianya tidak boleh disamakan dengan masakan di rumah walau menggunakan “pressure cooker” sekalipun.

Setakat ini tiada laporan klinikal atau saintifik yang mengaitkan sardin sebagai punca kepada ketumbuhan fibroid atau mana-mana jenis kanser. Sebaliknya Sardin Ayam Brand secara saintifiknya mengandungi minyak ikan Omega-3, kalsium dan bahan mineral lain yang kita perlukan.

Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan badan-badan pensijilan HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM mengikut negara-negara pengeluar produk tersebut.

Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang pemproses Sardin dalam Sos Tomato kami di Taiping, Malaysia, adalah disijilkan HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk HALAL.

Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan prosedur-prosedurnya adalah dibawah kelolaan Head of Ayam Brand Halal Department.

Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan mereka. 

Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.

Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.

Wassalam.

Yang Benar,

Encik Mohammad Hisham bin Hj.Talib
Head of Ayam Brand Halal Department
A.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.
Tel : 05-895 8811 ( Direct line ) 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sila baca artikel ini untuk mengetahui proses pengetinan ikan sardin:


Farmasiologist sepakat mengatakan tidak ada dalam medical jurnal yg mengatakan tentang makan ikan sardin dlm tin boleh mendatangkan cancer.

Jangan buat specificulasi tanpa sebarang bukti, setahu saya cancer / fibroid tidak dapat dikesan puncanya, tanya le mana2 Dr pun, mereka tak akan dapat tahu mana datang nya fibroid, sama ada dari pemakanan atau keturunan.

In fact, kebanyakan bahan makanan yang kita beli kat supemarket hari ni dah diproses dan dicampur bahan pengawet. Tujuan letak pengawet tu untuk bagi makanan tu tahan lama. Even beras yang kita beli dalam paket kilo-kilo tu pun ada pengawetnya sendiri tau(kapur). Kenapa tak nak kata makan nasi yang terhasil dari beras tu boleh menyebabkan kanser?

Kesimpulannya makanan dalam tin ni especially sardin yang menjadi isu besar skarang ni bukan tak boleh dimakan langsung, bukan untuk dipandang jijik. Tak bahaya kalau makan secara berhemah. Cuma jangan la setiap masa makan sardin je. Makan lah jugak makanan lain yang lebih berkhasiat.



Makanan apa pun, even ikan sardin yang paling organik sekalipun, kalau dah setiap masa makan yang tu je, akan memudaratkan jugak.

in fact, saya lafazkan syahadah jugak....saya pun tak berapa gemar makan sardin, makan bila malas nak masak benda lain je....dan saya tak berniat untuk membetul/salahkan kenyataan tersebut....cuma pandangan saya je...=) 

Kami selamat dimakan... :)

Fakta : 
-Makanan dalam tin memang kurang sikit khasiatnya berbanding makanan yg tak dipack dalam tin. 
-Makanan dalam tin yg dah kemik amat berbahaya untuk dimakan.
-Makanan dlm tin dan diluar tin memudaratkan kesihatan kalau dimakan ketika ianya dah expired.
-Makan makanan ketika di dalam tin berbahaya kerana tin yang tajam. Keluarkan dulu baru makan.

*lepas ni apa pulak yang diorang nak fitnah ye?


Untuk rujukan tentang keraguan sesuatu produk, lawat page ini :


Wallahualam

Tuesday, October 18, 2011

kopi paste

SENYUM SIMPUL...Khas untuk lelaki yang berhasrat berkahwin 4..

Suami  : Lelaki kahwin 3 baru lah sah.

Isteri    : Kenapa pula?

Suami  : Cuba terjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri    : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami  : Berkenaan apa tu?
  
Isteri    : Satu tu "singular", dua atau lebih "plural"

Suami  : Contohnya?

Isteri    : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami  : Ohh...tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri    : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami  : Macam mana pula boleh sama?

Isteri    : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.



Thursday, October 13, 2011

Conteng2

Pada suatu hari, dua orang pekerja di sebuah kedai emas merungut kerana dimarahi oleh bos mereka kerana kedai mereka telah dirompak buat kali yang kesepuluh (sama macam ulang tahun kedai tuu)

Pekerja 1 : Apasal kedai kita je yang kena rompak.
Pekerja 2 : Ini semua salah bos kita la....
Pekerja 1 : Kenapa kau cakap macam tu?
Pekerja 2 : Ye la..sape suruh dia letak papan tanda "sila datang lagi"

Monday, September 26, 2011

Dah dekat tiga bulan saya tak mengupdate blog.


Bukan tak de idea. Macam-macam benda saya dah plan nak tulis kat sini. Tapi byk kerja lain nak buat. Dan bila dah free pulak, rumah kena pecah masuk. Dah hilang laptop..tak dapat nak bukak blog ni. 


Hilanglah kenangan yang banyak disimpan dalam laptop tu. Gambar-gambar yang disimpan sejak tingkatan 4 dulu pun ikut lesap sama. Semua sekali barang yang hilang ialah laptop 5 bijik dan henset 2 bijik. Jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM11 000.


Perompak tu pandai. Dia tau KRT buat rondaan dari tengah malam sampai awal pagi, jadi untuk elakkan kantoi,dia buat kerja tak senonoh tu waktu pagi, time orang pergi kerja. Saya dan kawan keluar dari rumah pukul 8.05 pagi. Lepas dapat tau kelas cancel, pukul 8.30 saya balik ke rumah. Tengok dah lesap laptop.


Sekarang saya guna laptop lain. Insyaallah saya akan cuba update entri dalam blog ni lagi


sekian

Saturday, July 2, 2011

Stesen yang bersara

Macam-macam perkara yang jadi dalam dua minggu ni. Tapi tak dapat la nak tulis semua dalam blog ni. 
   
Sejak hari Khamis minggu lepas, saya tak keluar rumah disebabkan serangan anemia yang teruk. Nak berjalan pun terpaksa pegang benda-benda yang ada supaya tak jatuh.
   
Petang semalam baru saya dapat keluar rumah. Masa dalam perjalanan dari rumah kawan nak balik ke rumah, saya melalui jejantas yang merentasi landasan di stesen keretapi Arau. Dari atas nampak bangunan stesen tu dah dipagar dengan tali merah putih. Stesen tu dah sampai masa persaraannya.
   
   
Untuk pengetahuan, bermula 27 Jun 2011, Stesen Keretapi Arau yang terletak kat belakang Masjid Negeri Perlis akan menamatkan operasinya. Semua operasi penumpang dan barang akan dipindahkan ke stesen sementara yang terletak lebih kurang 100 meter ke arah selatan dari stesen lama. Stesen sementara yang dibina tu agak kecik, jadi penumpang diminta bersabar ya.

Stesen Keretapi Arau
   
Pelan kedudukan stesen sementara
   
Tujuan pemindahan operasi tu ialah untuk membolehkan stesen lama dirobohkan untuk bagi laluan pada projek landasan berkembar Ipoh-Padang Besar. Satu stesen keretapi baru yang lebih besar dan selesa akan dibina kat tapak asal tu supaya dapat menampung penumpang yang lebih ramai pada masa depan. Kalau tengok sekarang ni pun setiap kali ada tren nak sampai, platform penuh dengan orang. Nak jalan dari hujung ke hujung pun susah.
   
Ni la stesen sementara Arau
   
Kemudahan yang akan ada kat stesen baru Arau bila siap nanti
  
Dulu kat kantin stesen Arau ni ada jual keropok lekor. Rasanya kat sini la kopok lekor paling sedap saya pernah makan kat perlis ni. Sebatang seposen saja, besau pulak. Cuma kopok tu hanya dijual sebelah petang je. Semalam saya try cari warung tu kat stesen baru, tapi tak jumpa kedai kopok tu.


Ni ada sikit gambar-gambar kenangan yang saya penah ambik kat sekitar stesen lama tu:

Pemandangan waktu tengah hari tahun 2009. Platform stesen ni nampak panjang, tapi tak cukup panjang untuk tampung tren Senandung Langkawi yang laagi panjang..


Rail tempering machine P2306 tengah berehat kat siding rail. Siding dan jugak pokok besar kat belakang tu sekarang dah tak wujud lagi sebab kawasan tu dah dibina landasan baru.

Sebuah kepala lokomotif menarik gerabak berisi batu kelikir untuk parking kat stesen lepas selesai melakukan kerja membaiki landasan yang rosak akibat banjir. Gambar ni dirakam pukul 6.15 petang 4 November 2010 masa negeri Perlis dilanda banjir besar.

Pemandangan yang dapat dilihat setiap kali ada tren nak datang ambik penumpang. Actually diorang ni bukan nak naik tren biru tu. 99% penumpang yang ada dalam gambar ni nak naik tren Senandung Langkawi yang menghala ke Kuala Lumpur.

  
Ok la. Tu saja nak cerita. tata..

Tuesday, June 21, 2011

Tak tau nak habaq apa dah...

Baru-baru ni saya dah berpindah ke rumah sewa kawan coursemate saya. Sebabnya rumah sewa saya dah tak ramai orang, jadi kos sewa per kepala pun meningkat sama lah.
  
Rumah kawan saya ni pun ok jugak. Ada kemudahan sama macam rumah lama saya macam mesin basuh dan peti ais. TV pun ade. Siap leh dapat tv thailand lagi.
  
Satu kelebihan rumah diorang ni ialah ada kemudahan streamyx. Tapi saya tak teruja sangat pun. Sebab saya dah jadi pelanggan Maxis Broadband sejak lama lagi. Kiranya takde masalah la nak surf internet. 
  
Maxis Broadband tu pun masih kekal dengan kelajuan asalnya (download leh sampai 4.64mbps masa waktu puncak). Jadi saya ambik keputusan untuk teruskan saja perkhidmatan broadband di samping membayar yuran streamyx RM13 sebulan.
  
Nak dijadikan cerita, baru-baru ni kawan saya datang ke rumah. Lepas duduk-duduk beberapa lama,dia pun nak balik. Sebelum berangkat tu dia nak pinjam broadband sebab rumah dia takde internet. Saya dengan baik hatinya pun bagi pinjam dan siap pesan jangan guna banyak-banyak kuota (sebab saya guna plan broadband 3gb saja).
  
  
Dan malam ni saya terkejut bila check quota balance. Daripada 1.7Gb balance masa saya bagi dia pinjam semalam (petak hijau), malam ni cuma tinggal 0.4Gb! Sedangkan bill cycle date ada 7 hari lagi. Kalau saya guna sehari 100mb pun hanya boleh bertahan selama 4 hari saja sebelum broadband tu reached its limit. Adoyai..baru nak guna balance tu buat download movie. Dah abis pulak. Nampaknya lepas ni terpaksa la surf guna streamyx yg tak brape laju tu je.


Sebelum ni pun pernah terjadi macam ni jugak. Sila rujuk entri ini.


Adakah ianya salah saya sebab terlampau baik hati bagi orang pinjam broadband?

Monday, June 20, 2011

Gagal daftar MUET: Salah sape ek?

* Entri ini hanya luahan perasaan saja,bukan berniat untuk memaki-maki mana-mana pihak yg berkenaan.


Sewaktu entri ni ditulis, saya terasa nak marah-marah.Puncanya satu je, sebab saya tak dapat mendaftar untuk menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET). 

Dan yang menyebabkan saya marah ialah kegagalan mendaftar tu bukannya 100% disebabkan salah saya. Ianya berpunca daripada kekeliruan di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Saya dah berusaha mengikut semua langkah-langkah yang terdapat dalam Manual Pendaftaran Online untuk calon persendirian tapi tak berjaya.

Ketika saya cuba mendaftar, website tu memberitahu bahawa nombor kad pengenalan saya telah terdapat dalam pangkalan data mereka, atau dengan kata lain sudah didaftarkan dengan MPM. Sedangkan saya belum sekalipun mendaftar untuk ujian MUET tu sepanjang hayat saya.

Ok la. Saya cuba bersangka baik dengan mereka. Mungkin betul saya dah mendaftar atau ada kawan-kawan saya dah tolong daftar. Saya pun cuba tekan butang FORGOT PASSWORD tu untuk mendapatkan password yang mungkin saya telah lupa.

Lepas dah siap isi, saya pun tekan butang simpan. Tapi lepas saya klik butang simpan tu, dia keluar pulak popup ini.


Yang menjadi tanda tanya, macam mana dia boleh kata nombor kad pengenalan dan nama ibu saya tak ada dalam pangkalan data mereka sedangkan masa saya nak daftar tadi dia kata dah ada. Terserlah kekeliruannya di situ..

Dan langkah terakhir saya ialah cuba login dengan menggunakan apa-apa perkataan yang mungkin saya guna sebagai password (hampir kesemua akaun internet seperti emel dan facebook saya menggunakan password yang sama). Semua saya dah try termasuk nombor PIN MEC yang kita dapat masa buat bayaran kat BSN, tapi tetap tak berjaya login.


Saya cuba jugak menghubungi nombor yang terdapat kat website MPM tu tapi tak ada orang angkat. Maybe diorang cuti kot.

Dalam situasi ni, hanya dua kemungkinan yang ada. Satu, saya tersalah website (rasanya saya tak salah bukak website ni) dan yang kedua, ada seorang lagi calon MUET yang memiliki nombor kad pengenalan yang sama dengan saya dan telah mendaftar menggunakan nombor kad pengenalan itu menyebabkan pendaftaran saya disekat.

Dan untuk pengetahuan, pendaftaran MUET untuk akhir tahun 2011 dah ditutup mulai jam 12 malam tadi (jam 00:00 20 jun 2011).  Dan ianya bermakna duit 60 ringgit yang saya bayar untuk membeli nombor pin MEC tu lesap gitu saja...

Kepada MPM, saya nak mintak mereka kemaskini la website diorang tu. Terlalu banyak kekeliruan di situ. Info-info dalam website tu pun banyak yang mengelirukan. Malah tak melampau untuk mengatakan bahawa website tu langsung tak mesra pengguna!

Sunday, June 19, 2011

Hutan Lipur Puncak Janing, Kedah

Apa yg dimaksudkan dengan forest (hutan)?

  • F stand for "Fish and wildlife" (Ikan dan hidupan liar)
  • O stand for "Outdoor recreation" (kegiatan luar)
  • R stand for "Range and forages" 
  • E stand for "Environmental amenities"
  • S stand for "Soil conservation" (Pemuliharaan tanih)
  • and T stand for "Timber" (kayu balak, bukan 'balak' yg lagi satu tu)
Tujuan saya menulis entri ni bukanlah utk bercerita tentang definisi hutan ataupun menjadi penterjemah. Kali ni saya nak bawak anda ke satu kawasan rekreasi di negeri jelapang padi, Kedah.

Kawasan yang dimaksudkan ialah Hutan lipur Puncak Janing. Ada juga yang panggil kawasan riadah ni sebagai Air Terjun Puncak Janing, Hutan Simpan Puncak Janing....whatever lah..asalkan semuanya adalah kawasan yg sama.

Hutan Lipur Puncak Janing ni terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin. Ianya terletak lebih kurang 50km dari Alor Setar melalui jalan dari Jitra ke Kuala Nerang. Ianya kaya dengan flora dan fauna dan mempunyai air terjun dan sungai yang mengalir sepanjang kawasan rekreasi tersebut.


Aktiviti yang boleh dijalankan termasuklah mandi-manda, berkelah, bersiar-siar, mendaki gunung, berkhemah dan jungle tracking. Antara kemudahan yang disediakan ialah dewan, surau dan padang. Ada jugak denai hutan yang menghubungkan hutan lipur ni dengan hutan lipur Bukit Wang. 



Tetapi yang mengecewakan saya ialah hampir semua kemudahan yang terdapat di kawasan rekreasi ni tidak dijaga  dan diselenggara dengan baik. Jangan pelik bila kita menyusuri tangga laluan pejalan kaki yang disediakan, tiba-tiba ada paip besar melintang menghalang jalan. Saya juga tidak menjumpai tandas yang berfungsi di kawasan ini.


Sewaktu saya sampai ke sini, jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang. Suasana memang sunyi sangat sebab tak sampai sejam lagi anak2 jin akan keluar ke tadika dan bapak-bapak jin keluar bekerja. Jadi tak elok duduk kat luar rumah waktu-waktu macam ni. Hanya ada sekumpulan budak-budak kampung berhampiran mandi-manda di situ.

Oleh sebab hari dah lewat, jad tak sempatlah saya nak merasa kedinginan air sunga puncak Janing ni. Lagipun musim kemarau ni air yang mengalir tak banyak. 

Monday, June 6, 2011

Gua Kerbau, Kodiang, Kedah

Banyak gambar yang disnap kat gua tu kabur. Masa snap gambar tu kat sana nampak elok je. Bila masukkan dalam laptop baru nampak kabur.


  
Gua Kerbau merupakan salah satu daripada puluhan gua batu kapur yang terbentuk dalam sebuah bukit batu kapur berhampiran Pekan Kodiang, Kedah.
Jalan masuk ke kawasan gua ni senang ditemui memandangkan ada banyak papan tanda tunjuk arah dipasang dari jalan Kodiang-Jitra hingga ke kawasan gua.
   
   
Tak seperti rakannya,Gua Kelam, Gua Kerbau ni masih menjadi tempat kediaman bagi haiwan2 seperti batman(kelawar), burung-burung dan lain-lain. Dalam beberapa bahagian gua ni banyak najis kelawar yang wangi lagi segar berselerak atas lantai gua. Bahagian dalam gua ni sentiasa sejuk walaupun cuaca kat luar panas terik.
   
Kat dalam gua ni jugak terdapat laluan disediakan untuk pengunjung meneroka ke beberapa bahagian gua. Lampu jugak ada disediakan tapi masa kami datang, takde sebijik pun yang menyala. Lupa bayar bil kot.
   
Tangga ke bahagian atas gua


Bagi pengunjung yang berminat dengan aktiviti meneroka gua, Gua Kerbau ni sesuai untuk aktiviti tersebut sebab kat dalam gua ni terdapat banyak cabang-cabang yang menuju ke arah dalam bukit dan dipercayai boleh menembusi ke gua-gua lain yang ada kat situ.

Satu kekurangan gua ni berbanding Gua Kelam ialah kat sini tak ada sungai untuk mandi-manda macam kat Gua Kelam.


Gua yang tak bernama berhampiran Gua Kerbau
  
Selain gua ni, terdapat satu lagi gua berhampiran yang menjadi lawatan pelancong iaitu Gua Batu Putih. Tapi tadi kami tak punya banyak masa untuk meneroka gua tersebut. Jadi kami hanya masuk ke Gua Kerbau sebab rasanya keadaan dalam Gua Batu Putih tu pun lebih kurang sama je dengan Gua Kerbau ni. 
   
   
   
Batu ini tertulis begini:
  
Gua Kerbau dan Gua Batu Putih pernah menjadi tempat kediaman masyarakat purba berdasarkan kepada penyelidikan dan penemuan di gua ini. Artifak-artifak yang ditemui di Gua Kerbau ialah alat-alat batu zaman Neolitik serta tembikar berkaki tiga yang mempunyai persamaan dengan penemuan di Bukit Tengku Lembu di Perlis dan di Ban Kao di Thailand. 
    
Di Gua Batu Putih kira-kira 200 meter ke arah barat laut Gua Kerbau terdapat lukisan-lukisan antaranya berbentuk manusia dan binatang. Adalah dipercayai lukisan-lukisan ini dilukis oleh masyarakat orang asli yang pernah tinggal di gua ini.
 
Salah satu terowong menuju ke bawah tanah

Monday, May 30, 2011

Kisah RM50 (Lima Puluh Ringgit Malaysia tunai)

Alhamdulillah,pukul 10.30 pagi tadi, saya selamat sampai kat Perlis lepas menempuh perjalanan 13 jam yang mensengal-sengalkan tulang belakang. Macam biasa dari Tangkak saya naik Cepat ekspres ke Alor Setar lepastu sambung naik bas Mara Liner ke Jejawi.
  
13 jam? Kenapa lama sangat? Sebabnya bas yang saya naik tu tersangkut dalam traffic jam lepas kawasan RnR Seremban arah utara. Ada accident kat situ tapi tak pasti jenis kenderaan sebab saya duduk seat belakang skali, susah nak tengok luar. Yang pasti kesesakan tu sangat panjang, ambik masa hampir sejam nak melepasi kawasan accident tu. Kalau tak de accident,dalam 12 jam dah sampai dah.
   
Sebelum bertolak tu mak saya bagi duit untuk belanja seminggu. Dua keping/helai wang kertas RM50, jumlahnya RM100. Dengarnya macam gempak. wow! RM50! Tapi tahukah anda sebenarnya duit RM50 tu tak laku. Ianya tak boleh digunakan kat kedai-kedai di sepanjang perjalanan saya.


Masa bas tu sampai kat hentian bas Medan Gopeng, Ipoh, saya turun dari bas utk ke sebuah kedai yang terletak kat hujung platform bas tu. Masa nak bertolak tadi saya tak teringat nak bawak air, jadi saya nak beli air botol. Sampai masa nak bayar, lelaki yang jaga kat kaunter tu tak nak terima duit RM50 tu. Katanya dia tak ada duit kecik. Mula-mula saya ingat dia cuba mengelak untuk keluarkan duit kecik, jadi saya terus tunggu situ. Lepas tu agaknya dia sedar saya masih nak bayar,dia bagitau lagi dia takde duit kecik dengan gaya macam nak marah. Saya terus letak balik air tu, terus pegi naik bas.
      
Lepas sampai kat Alor Setar, saya melawat kedai 7-eleven kat depan Terminal Shahab, pun sama. Diorang tak nak terima duit RM50 tu walaupun saya dah berusaha membeli air yang agak mahal. 
   
Dan akhirnya satu-satunya peniaga yang nak terima  duit RM50 tu ialah konduktor bas Mara Liner yang saya naik untuk ke Kangar tu.
   
Perkara ni selalu berlaku pada saya. Bukan setakat kat kedai-kedai kecik, kadang-kadang kat pasaraya besar pun diorang tak nak terima duit tu.
  
Jadi saya beranggapan duit RM50 tu cuma tinggi pada nilainya saja, tapi tak sah digunakan untuk berurus niaga kat kedai-kedai kecik walaupun kat atasnya tercetak ''wang ini sah diperakukan dengan nilai''. That's why saya tak suka keluarkan nilai RM50 kalau berurusan kat mesin ATM.
   
Apa kata kerajaan keluarkan duit RM1 dan RM10 je? huhu

Friday, May 20, 2011

Dari Melaka ke Port Dickson

Semalam saya ikut ayah saya ke Melaka, nak hantar akak saya untuk interview kat am assurance (ambank le). Sementara tunggu akak saya habis interview, kami melepak kat Masjid Selat kat tepi laut tu sambil menonton kapal-kapal yang belayar di Selat Melaka.

Ni lah Masjid Selat. Dia duduk atas air

Signboard Selat Melaka. Sebelah tu adik saya. Sibuk je nak ajak turun kat laut

Lepas dah lama kat situ, bersiar-siar dalam bandar Melaka pulak. Dah lama saya tak masuk dalam bandar Melaka nih..dah banyak berubah. Kad depan Mahkota Parade dah ada Dataran Pahlawan. Dulu masa kecik tak siap lagi.



Ni dataran Pahlawan. Besarnya lebih kurang setengah saiz Plaza Angsana kat JB. 

Yg tengah dalam pembinaan kat belakang tu ialah Hatten Square. Bentuk bahagian bawah bangunan tu memang betul-betul square. Sekali tengok macam bangunan sarang burung layang-layang pun ada..huhu

Melaka IT Fair 2011 akan dianjurkan kat sana 27 hingga 29 Mei. Pakat-pakat mai na..

             The Melaka IT Fair details are as below: 
          Date of event: 27th May 2011 till 29th May 2011
          Time: 10.00am – 10.00pm
          Location: Concourse Area and Level 1, Hatten Square

Beca penuh dengan bunga. Mesti banyak lebah datang




 Ni masjid yg bersejarah. Masjid Kampung Hulu. Dah seratus tahun kot.

Dah entah berapa banyak kali saya datang ke Melaka,tapi baru semalam saya jumpa Jonker Walk. Tu pun tak sengaja, pusing punya pusing tau-tau dah ada kat sana.

 Pintu gerbang Jonker Walk



Lepas akak saya dah habis interview, ayah saya bawak pergi ke Port Dickson, salah satu kawasan yang paling saya suka kat Malaysia. Kira ni kali ketiga la saya sampai kat sana. Dari Melaka, masuk lebuhraya Utara-Selatan dari tol Simpang Empat lepas tu lalu lebuhraya Seremban-Port Dickson. Jarak lebih kurang je dengan lalu jalan lama Masjid Tanah ke Port Dickson cuma lalu highway mesti lagi cepat sampai sebab boleh bawak laju. had laju 110 km/j saje ye.


Actually kami pergi sana bukan nak mandi pantai atau berkelah. Ayah saya cuma nak survey apartment untuk dijual yang dia jumpa kat internet. Jual murah katanya.

Sampai kat sana, rupanya apartment tu saya pernah usha masa datang melancong ke PD sama abang saya bulan disember haritu. Mungkin sebab dia duduk kat lereng bukit betul-betul dekat dengan jalan raya. Kira jalan raya tu separas dengan tingkat lima blok yang duduk tepi jalan tu.

 
Nama tempat ni Mayang Sari Resort and Suite. Unit-unit yang nak dijual terletak kat blok yang depan tu (bukan yang sebelah kanan ni). Blok tu baru direnovate, masa saya datang melawat ni pun  diorang tak habis renovate lagi. 

Yup2. Blok ni la

Bangunan apartment ni ada 10 ke 11 tingkat. Satu unit apartment ada dua bilik tidur. Kalau tak silap saya dengar ayah saya kata seunit yang kat atas tu harganya lebih kurang RM10k saje. Kat depan dia ada pool. Satu perkara yang saya suka ialah kat sebelah resort ni ada kawasan pantai berpasir yang luas. Boleh la pegi main pasir selalu.

Tapi kami datang nak survey saje. Beli atau tak itu lain cerita ye. Kalau ada rezeki, beli. Kalau tak, apa nak kata..

Ok la. Itu saja nak cerita. Sekian

Sunday, May 15, 2011

menurut biar berilmu, mengikut biar berakal

Semalam ada sorang kawan saya kat facebook telah menshare satu cerpen pasal huru-hara di bulan ramadan. Cerpennya berbunyi macam ni:

---------------------------------------------------------------------------------------

Mungkin HURU-HARA 15 Ramadhan, Jumaat


 03hb Ogos 2012 ( bersamaan 15 Ramadhan, Jumaat )

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..

Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Actually nota atau mesej ni dah lama jadi isu hangat kat facebook dan blog-blog. Dah basi pun,tapi masih ada lagi yang kutip dan terus share pada kawan-kawan. Kebetulan malam tadi saya ada masa yg lapang sangat, sempat la saya menggodeh isu ni kat beberapa laman forum yg dicari guna encik Google. Kat sini saya copy salah satu jawapan yg menarik dan jelas mengenai hadis yg digunakan dalan notes tu:
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini jawapan dari JAKIM

"Walaikum salam....



Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do'if Jiddan atau Maudu'. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas



Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A'lam Nubala' ; " Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.



Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).



Wallahu a'lam...semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya...



Wassalam...



Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)

29 Julai 2009
----------------------------------------------------------------------------------

Status hadis ini: Hadis palsu, lihat, Al-Albani, dalam kitab Silsilah Dhaifah, no: 6471

Ni pulak jawapan daripada forum satu lagi:

Ini pula jawapan Ustaz Adlan AAN 

1- Hadith ini adalah di antara hadith-hadith palsu dan tidak sahih yang tersebar setiap kali tibanya bulan Ramadhan yang mulia. Walaupun telah berulang kali diterangkan oleh ramai ulama hadith masa kini, hadith ini tetap tersebar dan berlegar dalam masayarkat.

2- Hadith ini tidak ada di dalam mana-mana buku utama hadith sebagaimana kajian para ulama hadith dulu dan kini. Walaupun ia ada di dalam buku al-Fitan karya Nu'aim Bin Hammad, ia tidak diriwayatkan oleh imam-imam hadith terkemuka dalam buku-buku utama.

3- Pengkaji hadith sejak dahulu hingga kini telah meneliti asal-usul hadith ini termasuk rantaian periwayatan yang dikemukakan oleh Nu'aim dan mendapati ia dipenuhi dengan pelbagai masalah seperti periwayat yang tidak dipercayai dan sebagainya.

4- Seharusnya umat Islam lebih berhati-hati dalam menerima mana-mana maklumat tentang Islam agar diselidiki sumber asalnya dan kesahihannya.

wallahu a'lam
------------------------------------------------------------------------
Dalam masa tak sampai sejam,saya dah dapat banyak maklumat yang cukup untuk mengesahkan ketidak sahihan hadis tu. Pelik jugak rasanya kenapa masih ada yg share lagi notes tu sedangkan dah ramai yg mempertikaikannya kat internet. 

Secara asasnya, kalau tidak dinyatakan siapa perawinya( hadis riwayat siapa) better jgn di ambil melainkan yang mmg kita tahu kesahihannya. Better ambil hadis yang dari kitab yang enam bukhari, muslim, ibn marjah, an nasaie dan ahmad. yang lain tu melainkan kita ada ilmu, then boleh di tarjih dan di takrijkan (memeriksa kesahihah hadis dan mengeluarkan hadis)...

Lain2 maklumat berkaitan hadis-hadis ni dan cara-cara mengenalpasti hadis sahih atau palsu boleh dibaca kat sini:



Ini salah satu kandungan buku tersebut yg saya copy n paste.

Cara kita ingin mengkaji sesuatu hadis bergantung kepada sejauh mana ilmu dan pengetahuan kita dalam bidang hadis. Untuk mereka yang ingin tahu, saya cadangkan di sini cara dan kaedah untuk menganalisis sesuatu hadis:

1-  Bagi mereka yang menguasai bahasa Arab dan mampu membaca hasil kajian para ulama hadis terdahulu, maka cara untuk menganalisis sesuatu hadis ialah dengan menyemak terlebih dahulu apa yang telah dikatakan oleh ulama-ulama hadis tentang hadis tersebut. Sebagai contoh, jika kita bertemu dengan sebuah hadis yang terdapat dalam buku al Jami’ al Kabir atau Sunan al Tirmizi, maka kita mestilah melihat apa kata Abu Bakr Ibn al Arabi dalam Aridhat al Ahwazi, komen al Mubarakfuri dalam Tuhfatu al Ahwazi, kata pengkaji dan penyemak Sunan al Tirmizi seperti Ahmad Syakir, al Albani, Basyar Awwad Ma’ruf dan lain-lain lagi. Setelah pandangan mereka ditemui, nilailah dengan melihat kekuatan hujah masing-masing. Mungkin hadis yang sama ada dalam buku-buku lain. Maka perlulah kita melihat apa kata pengkaji buku tersebut. 

2-  Sekiranya telah lama berpengalaman dalam membaca kajian ulama, bolehlah mempraktikkan teori mustolah hadis dengan mengeluarkan sanad-sanad hadis tersebut lalu disemak satu persatu kedudukan periwayatnya. Ini boleh dilakukan dengan menyemak apa pandangan para ulama dalam bidang al Jarh wa at Ta’dil (pujian dan kritikan terhadap periwayat) seperti buku Tahrir Taqrib al Tahzib[1] , Tahzib al Kamal[2]Mizan al I’tidal[3] dan lain-lain lagi.  Kajian ini dibandingkan dan digabungkan pula dengan langkah pertama tadi, maka hasilnya akan bertambahlah ilmu dan maklumat kita dalam pengkajian hadis.

3-  Bagi mereka yang tidak mampu, maka perlulah mengambil pandangan mereka yang tahu. Kalau dalam perubatan kita merujuk kepada doktor atau ahli farmasi, dalam kejuruteraan kita akan merujuk kepada jurutera, maka dalam bidang hadis, rujuklah kepada para ilmuwan yang tahu dan berpengalaman dalam bidang pengkajian hadis.

4-  Membaca buku-buku hadis yang telah diterjemah juga merupakan satu cara untuk mengetahui kesahihan hadis. Perkara ini penting terutama buku-buku yang telah diberi komen tentang kedudukan atau darjat sesuatu hadis sama ada sahih atau tidak. Contohnya buku-buku seperti Koleksi Hadis-Hadis Nabi (4 jilid) yang dicetak oleh syarikat Jahabersa. Buku ini telah diberi nota kaki yang membicarakan tentang darjat hadis bersumberkan al Albani. Terdapat juga buku lain seperti Sahih Sunan Abu Daud  yang diterjemahkan dalam bahasa Indonesia dan lain-lain lagi.
-----------------------------------------------------------------------

Saya tak salahkan sesiapa yg share notes tu. Cuma rasa sikit marah pada orang yg mula2 menulis tu. Yang lain cuma share saja. Dan saya sebenarnya bukannya sibuk sangat nak memperbesarkan isu ni. Mungkin niatnya baik,nak bagitau orang bahawa planet X tu nak langgar bumi (kalau betul la), tapi kenapa mesti menggunakan hadis yg tak dipastikan kesahihannya untuk meyakinkan orang?

 Jadi lepas ni kalau nak share sesuatu notes atau artikel yg ada hadis, sila lah pastikan dulu hadis tu samada sahih atau tak. Bak kata seorang blogger, kalau menurut biar berilmu, nak mengikut biar berakal.

Sama ada info-info yang didapati benar ataupun salah, apa yang wajib kita ketahui ialah mengenai hari Kiamat. Hari yang pasti dan tetap akan berlaku. Berdoalah kita supaya kita tergolong dikalangan  orang yang dilindungi oleh Allah s.w.t bila sampainya kemusnahan dunia ni nanti.



Sumber rujukan: